Best Nasi Lemak in Kuala Lumpur for Your Nasi Cravings
Nasi Lemak Delivery Kuala Lumpur | Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua antara menu nasi lemak yang boleh kita nikmati di Malaysia.
Kita semua sedia maklum bahawasanya Nasi Lemak merupakan makanan kebangsaan kita. Nasi yang dimasak bersama santan dan beberapa rempah yang lain selain ditambah dengan daun pandan supaya wangiannya lebih menyerlah.
Dihidang juga bersama hirisan timun, ikan bilis dan kacang tanah goreng melengkapkan lagi nasi lemak ini. Biasanya dihidang di atas daun pisang supaya panasnya nasi bersama daun pisang tadi menghasilkan pula aroma dan bau yang sukar untuk diungkapkan. Wangi!
Jadi tidak hairanlah jika nasi lemak diangkat sebangai makanan kebangsaan kita. Jika tanya sahaja warga asing apa yang mereka tahu tentang Malaysia, pastinya nasi lemak yang bakal terpacul dari mulut mereka.
Jika dahulu, nasi lemak dimakan sewaktu sarapan, namun sekarang ianya boleh dinikmati sepanjang waktu. Tak kira sarapan, makan tengahari, makan malam, hatta makan tengah malam sekalipun!
Ianya boleh dijumpai di pelbagai pelusuk sepanjang anda berada di Malaysia. Dari timur ke barat, semenanjung ke Borneo, segenap tempat anda akan menjumpai nasi lemak ini dengan variasi yang pelbagai. Dari gerai hinggalah ke restoran bertaraf 5 bintang sekalipun.
“Alaa, selalu makan nasi lemak nanti bosan juga.”
Pelbagai variasi nasi lemak telah ada dipasaran dan dinikmati oleh berbagai golongan rakyat Malaysia. Dari variasi sambal sehinggalah lauk pauk yang dihidang bersama nasi lemak ini. Jika Kelantan, sambalnya sedikit manis, tempat lain juga berbeza mengikut resepi dan citarasa masing-masing. Jadi tiada istilah bosan.
Bagi lauk pula, terdapat pelbagai variasi yang boleh dipilih untuk dinikmati bersama nasi lemak ini. Saya sendiri pun belum berpeluang untuk menikmati segala lauk pauk yang ada ini. Jadi, jom kita saksikan beberapa lauk yang biasanya disajikan bersama nasi lemak ini.
Nasi Lemak Telur Mata
Nasi lemak bersama telur mata ini merupakan antara nasi lemak yang paling asas yang biasa kita jumpai dalam pasaran. Selain telur rebus yang merupakan komponen wajib, telur mata juga boleh ditambah untuk melengkapkan lagi sumber protein pada makanan ini. Boleh dikatakan ini adalah yang paling murah dalam menu tambahan nasi lemak yang lain.
Nasi Lemak Ayam Goreng / Ayam Berempah
Menu ini memang biasa kita lihat bersama nasi lemak. Ayam goreng biasa atau ayam goreng berempah digandingkan bersama nasi lemak dan sambal asli sememangnya sedap. Ini kerana dengan ayam goreng ini, ia tidak mengganggu rasa asli sambal nasi lemak tersebut.
Menu ini bolehlah dinikmati oleh sesiapa sahaja yang sukakan nasi lemak dengan sambal tanpa merubah rasa asli nasi lemak itu tadi. Sesuap demi sesuap, tak perasan semuanya telah habis dinikmati.
Nasi Lemak Rendang Ayam / Daging
Rendang juga tidak dapat dipisahkan dengan makanan nusantara. Walaupun asalnya dari Indonesia, namun rendang dinikmati secara meluas di Malaysia. Dengan ayam atau daging yang dimasak empuk bersama rempah, santan dan juga bahan yang lain sememangnya membangkitkan lagi selera jika dipasangkan bersama dengan nasi lemak ini.
Boleh pilih untuk menggunakan sambal nasi lemak atau kuah rendang atau campur keduanya! Memang terbaiklah. Ini juga merupakan antara menu yang menjadi kegemaran saya sendiri. Gaul semuanya dan umphhh sedap tak terhingga. Yang ini biasanya saya pesan dengan nasi lemak delivery sahaja.
Nasi Lemak Ayam Masak Merah
Ayam masak merah ini juga antara yang mendapat pemintaan yang tinggi untuk bersama dengan nasi lemak. Ianya cukup sesuai dipasangkan kerana sambal yang digunakan dengan ayam tersebut amatlah serasi dengan sambal nasi lemak tadi.
Dengan ayam yang dimasak lembut sehingga segala sambalnya meresap ke dalam ayam tadi menjadikan ianya cair dalam mulut sewaktu disuap bersama nasi lemak. Yummeh..
Nasi Lemak Sambal Sotong / Sambal Kerang
Menu ini pula gandingan hebat kepada nasi lemak. Bagi yang suka akan makanan laut (seafood) patut mencuba menu ini. Ini antara yang menjadi kegilaan ramai warga Malaysia.
Sotong dan kerang dimasak dengan lada kering dan bawang sampai pecah minyak. Ianya juga diperasakan dengan baik supaya rasaya serasi bersama nasi lemak. Dengan lembutnya sotong dan nasi lemak saya yakin akan membuatkan anda akan pesan lagi dan lagi. This is the real Malaysian food!
Bagaimana? Menarik bukan nasi lemak ini? Bukan hanya bersama telur rebus, kacang, timun dan ikan bilis sahaja, ianya juga boleh divariasi dan dipadankan dengan pelbagai jenis lauk yang lain. Jadi sememangnya ianya sesuai untuk dinikmati oleh sesiapa sahaja di mana jua.
Oh! Tahukah anda yang nasi lemak juga boleh ditempah secara dalam talian dan ianya akan dihantar secara terus kepada anda melalui nasi lemak delivery melalui aplikasi FoodPanda.
Jadi jangan lupa untuk pesan nasi lemak delivery anda bersama FoodPanda. Saya juga selalu pesan sahaja dan nikmati bersama keluarga di rumah. Mudah dan senang.