November 11, 2024
Lain-Lain

Cara Mohon Salinan Sijil PMR, SPM Yang Hilang Atau Rosak Online

Cara Mohon Salinan Sijil PMR, SPM Yang Hilang Atau Rosak Online | Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai Cara Mohon Salinan Sijil PMR, SPM Yang Hilang Atau Rosak secara Online.

Cara Mohon Salinan Sijil PMR, SPM Yang Hilang Atau Rosak Online
Cara Mohon Salinan Sijil PMR, SPM Yang Hilang Atau Rosak Online

Mungkin ada di antara kita yang telah kehilangan sijil-sijil peperiksaan penting dalam kehidupan kan? Ada yang hilang sijil SPM, yang hilang sijil PMR. Mungkin ada juga yang telah rosak disebabkan terkena air ataupun kebakaran. Susah sebenarnya bila tak ada sijil ini. Nak mintak kerja dan buat apapun perlukan sijil ini.

Jadi, bagaimana nak dapatkan kembali sijil yang telah hilang ini? Memang tak boleh dapatkan kembali ke? Jangan bimbang kerana sijil ini boleh didapati semula dengan memohon kepada Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Cara Mohon Sijil Hilang atau Rosak

1. Buka laman web e-Lembaga Peperiksaan atau muat turun aplikasi melalui Google Play.

Untuk membuat permohonan lebih lancar, adalah disarankan untuk menggunakan aplikasi e-Lembaga Peperiksaan.

2. Setelah itu, pergi ke Menu dan pilih “Perkhidmatan”.

3. Klik pada “Salinan Keputusan” dan pilih jenis sijil yang dimahukan.

4. Masukkan nombor kad pengenalan dan tekan pada “Papar Borang Permohonan”.

5. Isi maklumat yang diperlukan termasuk butiran peribadi dan permohonan. Untuk penghantaran salinan, korang boleh memilih “Ambil Sendiri” atau “Pos Laju”. Jika menggunakan Pos Laju, tambahan RM10 diperlukan untuk tujuan penghantaran.

6. Setelah selesai, tandakan pada pengesahan dan perakuan pemohon. Kemudian tekan “Mohon” dan “Ya”.

7. Di bahagian pembayaran, buat pilihan pembayaran dan tekan “Proceed”.

8. Setelah selesai membuat pembayaran, satu tetingkap akan dipaparkan dan tekan pada “Cetak” untuk menyimpan maklumat pembayaran.

Kos Bayaran Sijil Hilang

UNtuk makluman semua, bayaran sebanyak RM30 diperlukan untuk proses permohonan. Tambahan RM10 pula dikenakan bagi penghantaran sijil melalui Pos Laju.

Jadi bagaimana? Semoga membantu anda smeua untuk mendapatkan kembali salinan sijil peperiksaan anda.

Jika anda rasa entri penulisan ini membantu, sila share dan kongsikan di laman media sosial anda. 🙂

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

5 thoughts on “Cara Mohon Salinan Sijil PMR, SPM Yang Hilang Atau Rosak Online

  • Thanks for the tips. Surely this will be useful for a lot of people.

    Reply
    • Nurul Fadilah Shahrin

      Assalam mcm mana nk buat pembayaran online tu ya? Tiada nombor account yg disertakan pun mohon pencerahan asap pleasee urgent sgt2

      Reply
  • NUR SHAFIKA BINTI ZAINUDDIN

    Saya dah buat permohonan tapi bila saya nak bayar takde button untuk saya bayar, mcm mana ye?

    Reply
    • sama saya pon sama mcm mana nak buat ya

      Reply
  • Perunding Great Eastern Takaful

    Terima kasih atas paduan yang di berikan. Sangat membantu kepada saya terutama orang baru yang hendak menduduki Peperiksaan Takaful. Syarat minimum untuk jadi agent mestilah mempunyai SPM dengan 5 mata pelajaran lulus termasuk Bahasa Melayu. Jadi kalau tiada Sjil SPM yang hendak di tunjukkan, memang sukar nak mendaftar sebagai Agent Takaful.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *