November 10, 2024
Lain-Lain

Carina – We Care We Love

Carina – We Care We Love | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai Carina. Siapa Carina? Teruskan membaca sehingga habis.

Siapa Carina?

Untuk makluman anda semua, Carina merupakan pengeluar tisu pertama Malaysia. Ia ditubuhkan pada tahun 2009 dan menggunakan hanya 100% pulpa dara dan 100% kapas tulen asli membolehkan Carina memberikan keselesaan kepada orang ramai disamping mengekalkan standard kualiti produk. Ia adalah pilihan terbaik untuk mereka yang berkulit sensitif kerana produk yang dihasilkan oleh Carina tidak mengandungi sebarang komponen kitar semula, justeru menjadikannya lembut pada kulit dan tahan lasak.

Carina memang dicipta khas untuk kita orang Asia Tenggara. Mana tidaknya, kita mengalami iklim yang sentiasa berubah-rubah. Kepelbagaian kita menjadikan kita bergitu penuh dengan budaya dan adat resam yang berbeza. Dengan iklim yang berubah, dengan budaya yang berbeza, tisu yang berkualiti tinggi amatlah diperlukan. Makanan kita juga pelbagai. Ada yang berminyak, bersantan dan pelbagai lagi. Sedap memang sedap, tapi kalau tisu yang digunakan biasa-biasa, memang tak bersihlah kalau digunakan. Selain itu, tisu Carina juga mesra alam kerana ia larut dalam air, melindungi bukan sahaja anda tetapi juga alam sekitar.

Carina 2023 – We Care, We Love
Pelbagai produk Carina yang terdapat di pasaran.

Tahun 2022 telah melabuhkan tirainya. Pelbagai suka dan duka berlaku dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Namun di tahun 2023 ini CARINA berazam untuk bergerak ke hadapan mengikut peredaran zaman dan terus maju selepas pandemik. Konsep baharu telah dihasilkan dengan tema “We Care, We Love“.

  • Menggalakkan kesedaran kebersihan, mewujudkan persekitaran yang sihat dan mengurangkan pencemaran
  • Menjaga kulit anda dengan menyediakan 100% kapas tulen semulajadi yang mesra kulit
  • Pengeluaran tempatan untuk meningkatkan pemulihan ekonomi
  • Khusus untuk memenuhi keperluan dan kehendak orang Asia Tenggara
  • 4 siri untuk memenuhi permintaan pasaran

We Care, We Love“, menyatakan kepercayaan mereka bahawa menghasilkan produk berkualiti tinggi akan mempengaruhi dan menghasilkan penjagaan dan kasih sayang yang lebih baik untuk keluarga. #CarinaCares terhadap anda dan keluarga anda.

4 Siri Utama Produk Keluaran Carina

Carina mempunyai 4 siri utama iaitu:

  1. Penjagaan Kecantikan (Beauty Care) – Siri Tisu Kering Carina diperbuat daripada 100% PURE VIRGIN PULP untuk memastikan kebersihannya, menjadikan ia lembut dan selamat digunakan pada kulit, termasuk kulit sensitif, dan Siri Kapas yang diperbuat daripada 100% PURE COTTON yang sesuai untuk kegunaan kecantikan kerana ia bersifat hypoallergenic dan tidak akan menyebabkan iritasi dan kerosakan kulit kerana kapas yang digunakan adalah bahan semula jadi yang asli.
  2. Penjagaan Bilik Mandi (Toiletries Care) – Tisu Bilik Mandi dengan 3 lapisan, menjadikan ia lebih kuat dan lembut untuk digunakan.
  3. Peralatan Dapur (Kitchenware) – Siri Tisu Dapur kami menjadikan permukaan dapur dan peralatan bersih, berkilat dan bebas calar. Ia membantu membersihkan kaunter dapur dan peralatan serta menyental tumpahan cecair.
  4. Penjagaan Kesihatan (Health Care) – Siri Tisu Basah kami mengandungi 99% air, bebas paraben yang tidak menyebabkan sensitiviti kulit dan alahan.
Siri Carina

Terdapat pelbagai jenis produk dihasilkan oleh pihak Carina. Ianya dihasilkan khas untuk memastikan keselesaan pengguna dan selamat digunakan.

Siri Tisu Kering

Siri Tisu Kering Carina diperbuat daripada 100% PURE VIRGIN PULP untuk memastikan kebersihannya, menjadikan ia lembut dan selamat digunakan pada kulit, termasuk kulit sensitif. Yang pasti saya selalu pastikan ada tisu di dalam poket seluar saya untuk memudahkan urusan. Saya ni walaupun lelaki tapi tak suka melekit. Bila badan berpeluh, saya jadi tak selesa. Bila ada tisu ni mudah sikit nak lap muka dan badan. Mujurlah ada Carina ni, mudah kerja.

Siri Kapas yang diperbuat daripada 100% PURE COTTON yang sesuai untuk kegunaan kecantikan kerana ia bersifat hypoallergenic dan tidak akan menyebabkan iritasi dan kerosakan kulit kerana kapas yang digunakan adalah bahan semula jadi yang asli. Saya suka guna cotton bud Carina ni. Rasa bersih telinga saya. Sebab ianya diperbuat daripada 100% kapas, jadi tak rasa kasar sangat la dalam telinga. Just nice dan selesa.

Siri Tisu Basah kami mengandungi 99% air, bebas paraben yang tidak menyebabkan sensitiviti kulit dan alahan. Saya yang ni memang akan selalu guna bila balik dari luar rumah. Saya nipengguna motor. Bila balik muka mesti penuh debu jalanan. Nak bersih serta merta akan guna tisu ni. Lap-lap pada muka memang kotor habislah tisu. Nak bagitahu yang betapa banyaknya kotoran pada muka kalau tak dibersihkan. Nasib baik ada tisu basah ni, dapatlah memudahkan kerja nak bersihkan muka saya.

Siri tisu dapur Carina ni best. Tisu yang tebal dan menyerap cecair dengan baik. Bukan hanya cecair dari air, namun minyak masak juga! Almaklumlah bila memasak ni pasti akan ada percikan manja sambal ataupun apa jua dari masakan yang dimasak. Jenuh pula nak bersihkan. Nasib baiklah ada tisu dapur ni, lap-lap je settle.

Cara Mendapatkan Produk Carina

Untuk anda yang teringin dan berkenan untuk mencuba produk Carina ni bolehlah mendapatkannya di mana-mana medium di bawah. Nak dapatkan secara terus di pasaraya pun boleh. Nak beli dalam talian pun boleh. Mudah sahaja cara nak dapatkannya.

Secara Offline

  • Aeon Big,
  • Aeon Wellness,
  • Econsave,
  • Mydin,
  • NSK,
  • Ascen+ Pharmacy,
  • MiX Store,
  • PotBoy Groceries,
  • C-Mart Penang, Kedah, Perlis
  • Ceria 99 Penang, Kedah, Perak
  • Family Stores Seremban
  • Family Stores Melaka
  • Oppa Mart Melaka & Seremban
  • Nirwana Maju Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan
  • Target Supermarket Johor
  • Song Mart Malaysia Johor
  • Pasaraya Hwa Thai Johor

Secara Online (Dalam talian)

Carina Gift Box

Untuk anda yang tak tahu nak mulakan guna produk Carina ni yang mana dulu, boleh dapatkan Carina Gift Box. Kerana di dalam gift box ini terdapat banyak produk Carina yang boleh anda cuba. Tak payah pening kepala nak pilih. Bila dah suka dan jatuh cinta, bolehlah dapatkan produk loose yang lain.

Nak jadikan Carina Gift Box ni sebagai hadiah pun boleh. Berikut produk yang terdapat dalam Carina Gift Box ni.

Selain produk, di dalam Carina Gift Box, terdapat juga:

  1. Shop online voucher Shopee Carina official Store RM 5 voucher
  2. Review & Win campaign flyer
  3. Carina Surprise Ang-pao sehingga RM88 melalui TNG

Dimana boleh dapatkan Carina Gift Box?

  • Aeon Big (Cawangan terpilih)
  • Mix Store (Cawangan terpilih @ IOI City Mall)
  • Hot Market @ Berjaya Times Square
  • Tong Hup Trading, Melaka
Oh! ha untuk anda yang teringin nak dapatkan beg limited Carina ni, bolehlah buat pembelian minumum RM40 ya. Cantik betul!
CARINA Review & *WIN

Untuk makluman semua, sekarang Carina sedang mengadakan peraduan Review dan Menang. Sehingga 300 reviewer terbaik bakal membawa pulang produk Carina berjumlah RM150. Apa kata korang yang pengguna produk Carina ni sertai peraduan ini. Nak turut serta pun bukannya susah. Ikut sahaja apa yang dinyatakan di bawah ini. Saya sendiri pun nak join jugak la nanti.

kOntest Carina

Cara MENYERTAI:

1. Muat naik Foto/VIDEO Ulasan pengalaman anda dengan MANA-MANA produk siri CARINA di Facebook/Instagram/ Tiktok

2. Beritahu sebab anda akan mengesyorkannya & tag @CARINA rasmi Facebook / Instagram / Tiktok

3. Hashtags #MYCarina #WeCareWeLove (pastikan post anda adalah umum).

*Terma & Syarat:

  1. Tempoh kempen: SEKARANG- 30 April 2023
  2. #300 #Penilai Terbaik akan dipilih untuk MENANG 3 Bulan Bekalan Rumah Carina bernilai RM150. Pihak Carina akan screenshot pemenang dan umumkan pemenang di halaman Facebook mereka bermula dari Feb 2023. Sila nantikan!
  3. Hadiah tidak boleh ditukar, tidak boleh dipindah milik, dan tidak boleh ditebus dengan wang tunai atau hadiah lain. Pihak Carina berhak untuk mengubah suai dan meminda terma dan syarat tanpa notis terlebih dahulu.
  4. Resit WAJIB ditunjukkan untuk menuntut hadiah.
  5. Setiap pemenang hanya sah untuk menuntut sekali sahaja, Nama & resit Pembelian yang sama tidak dibenarkan.
  6. Resit pembelian sah dari 1 Jan 2023- 31 April 2023 sahaja.
  7. Baucar tunai bernilai RM150 adalah untuk pembelian produk CARINA sahaja, setiap baucar tunai RM50 hanya sah selama 1 bulan.
  8. Carina berhak untuk mengubah suai dan meminda terma dan syarat tanpa notis terlebih dahulu.

Jadi tunggu apa lagi. Pastikan anda turut serta dan berpeluang menang hadiah best. Banyak tu pemenang yang bakal dipilih. Mana tahu anda adslah salah seorang pengguna yang bertuah nanti.

Hubungi Carina

Untuk anda yang mempunyai sebarang persoalan ataupun apa jua kemusykilan berkenaan produk Carina bolehlah berhubung secara terus dengan mereka melalui mana-mana medium seperti di bawah.

Boleh juga menghantar email melalui wangzhengcarina@gmail.com untuk sebarang urusan berkaitan.

Saksikan rangkuman mengenai Carina pada video di bawah.

#MildAndGentle #comfortable #pure #SoftAndTender#CarinaMalaysia #CarinaCares #HealthyTissue #VITAMEDIA #CARINA #WeCareWeLove#beautytissue #BetterLife #CarinaMY #MYCarina #Tissue #CarinaTissue #handkerchieftissue#handkerchief #VirginPulp #PurePulp #Wallettissue #CarinaLavender #CarinaGreentea#CarinaRose #CarinaEveryday #CarinaPure #CarinaCaringLife #CarinaForAll #BetterwithCarina#CarinaFamily #Carina100natural #CarinaNature

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *