Denaihati Dot Com- Alkisah Sebuah Blog
Assalamualaikum dan salam Sejahtera buat semua para pembaca budiman sekalian. Entri kali ini ingin saya mengimbau kembali memori lama saya ketika mula berblogging dahulu. Lebih kurang 2 tahun dahulu. Pelbagai perit jerih dan sumber rujukan saya gunapakai untuk menulis blog. Bagai di awan-awangan dan tidak tahu apa-apa.
Dari platfom blogspot kepada platform wordpress. Dari segi gaya tulisan, SEO dan sebagainya , saya mencari rujukan yang sesuai. Akhirnya saya temui Denaihati.com. Ini pun diperkenalkan oleh kawan saya kepada saya. Lepas membaca entri yang terkandung dalam blog Denaihati, saya tertarik dengan cara penulisan yang ringkas dan mudah difahami. Terus saya melekat dekat blog ini.

Selain dari sudut penulisan entri beliau, saya juga begitu tertarik dengan rekaan design blog yang ringkas dan mudah untuk dibaca. Ini memperkuatkan lagi minat saya dengan blog ini. Pada tahun 2011 kalau tidak silap saya, teman blogging saya Paihujey ada masuk Kontest Gadget Impian anjuran Denaihati ini. Saya turut membantunya dalam pertandingan itu. Saya tidak menyertainya kerana berasa kurang yakin denga blog saya yang baru beberapa bulan sahaja umurnya ketika itu.
Saya membaca dan terus membaca setiap coretan perjalan, tulisan tentang sukan dan sebagainya yang ditulis dalam blog Denaihati. Tapi yang menjadi persoalan kepada saya ialah, siapa penulis Denaihati ini sebenarnya. Biasanya kalau penulis blog sememangnya tidak sah kalau tidak lekatkan gambar muka sendiri di blognya, tapi berbeza dengan tuan empunya blog ini. Pemalu mungkin tuannya. Namun selepas beberapa ketika, akhirnya muncul juga tuan empunya blog ini. Saya mengenali tuan empunya blog ini setelah membaca entri mengenai kontest Toshiba Intel Ultrabook Challenge. Abang Eryqazz la kalau tak silap saya tulis di facebooknya tentang terbongkarnya identiti Denaihati ini, terus saya menonton video di youtube itu.
Setelah mengenali beliau, terus sahaja saya add facebooknya untuk memudahkan saya mengetahui tentang dunia blogging. Almaklumlah otai, mesti banyak ilmu yang diturunkan nanti. Like fanpage nya tu sudah pasti, dan yang paling menarik ialah group komuniti Denahati. Pelbagai alkisah dan ragam mengenai dunia blogging dibincangkan dalam group tersebut. Ping entri pun boleh!
[pullquote align=”left|center|right” textalign=”left|center|right” width=”30%”]Sejujurnya benarlah pepatah orang tua-tua, kalau nak jadi orang baik, kenalah berguru dengan orang yang baik-baik.[/pullquote]
Sejujurnya benarlah pepatah orang tua-tua, kalau nak jadi orang baik, kenalah berguru dengan orang yang baik-baik. Dan Denaihati juga adalah antara guru dan sumber rujukan saya dalam penulisan blog. Dan alhamdulillah, percubaan pertama saya dalam penulisan entri membuahkan hasil dengan saya memenangi Samsung Galaxy S2, iPad dan wang tunai RM1000. Seterusnya rezeki saya dalam arena blogging makin baik hari demi hari. Banyak benda baru yang dapat saya pelajari.
Mesti anda semua pun teruja ingin belajar bagaimana caranya untuk menjana wang melalui blog bukan? Oleh itu Denaihati berbesar hati untuk mengadakan Seminar Buat Duit Dengan Blog. Butiran seminar seperti berikut.
-
- Tarikh : 19/5/2013
-
- Lokasi : Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Selangor
-
- Masa : 8.30 am – 1.30 pm
-
- Seminar akan menggunakan Bahasa Melayu
-
- Yuran penyertaan RM50 sehingga 5/5/2013. Selepas tarikh 5/5/13 yuran penyertaan adalah RM100.
Buat semua yang masih terpinga-pinga bagaimana untuk menyertai seminar ini bolehlah pergi ke laman web Denaihati sendiri di sini untuk mengetahui dengan lembih lanjut mengenai seminar ini. Sesungguhnya banyak ilmu yang akan dikongsikan bersama kita semua dalam seminar itu nanti. Seminar ini terbuka kepada semua lapisan, tidak kira suri rumah, pelajar, pegawai kerajaan, ketua kampung dan sebagainya. Jom bersama-sama dalam seminar ini nanti.
Pesanan; Jom Meriahkan fanpage Denaihati untuk mengetahui info-info terkini mengenai seminar ini Â
(Tekan Gambar untuk ke page)
Macam menarik jer semnar nih. Boleh turut serta kalau berkelapangan
Jemput la datang. Banyak iput yang bakal anda dapat nanti 🙂
Terimakasih kerana berkongsi hal ini,mengenai seminar saya betu betul tak dapat hadir kerana hal pekerjaan.Harap rakan rakan boleh berjaya setelah mengikuti seminar.
Tidak mengapa. Mungkin dapat turut serta lain kali sahaja..
apasal ramai orang review blog dh ni. haha..
haha.. Saje mengisi masa lapang bro 😛
wahh..ko mesti banyak masa lapang kan. bagi sikit.
Pingback: Review Terbaik Blog Denaihati
Pingback: Review Terbaik Pilihan Denaihati | Bro Framestone
selamat berjaya buat bro amir =)
blog denaihati.com sememangnya dekat di hati, kan?
Pingback: Undi Undi Undi Sekarang! | amirnawawi
assalamualaikum…memang seorang blogger terbaik la DH…..:)
Ya.. Memang pom..
guluck bro,,tangah jalan2 nak pilih review terbaik.hehe
Undilah saya..hehe3.
Tertarik dengan kata-kata tu .. memang benar, kalau kita nak jadi orang berilmu …kena dikelilingi dan berkawan dengan orang ada ilmu.
Memang terbaik blog denai hati ni…
Yup. Selalu gak berkunjung ke sana
Hebatlahhh blog nie,,,,
moga2 dapat jd bog pilihan mcm denaihati