Entri Sebaran Terbanyak Dari Blog Denaihati

Entri Sebaran Terbanyak Dari Blog Denahati

Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua pembaca blog yang budiman sekalian, Semoga nada smeua berada dalam keadaan sihat sejahtera bersama keluarga tercinta hendaknya. Baiklah pada kali ini ingin saya kongsikan dengan anda semua mengenai entri sebarang yang terbanyak dari blog Denaihati.

Pada hari kelmarin Tuan Amir, iaitu Pemilik Blog Denaihati mengadakan cabaran untuk blogger supaya membaca entri penulisan blog beliau dari tahun 2012 hingga 2014 dan senaraikan 5 entri yang mendapat sebaran terbanyak dalam tahun-tahun ini.

Denaihati

Semua sedia maklum bahawa Denaihati merupakan antara blog yang terbaik di Malaysia. Pelbagai anugerah sudah berjaya dirangkul dalam pelbagai majlis yang diadakan. Jadi tidak hairanlah jika blog beliau menjadi tumpuan ramai untuk membacanya.

Saya juga merupakan salah seorang pembaca setia blog ini. Mana tidaknya, beliau menjadi salah seorang mentor saya dalam bidang penulisan di blog ini. Setiap cabaran yang dianjurkannya saya sertai. Memang menarik dan patut diturut serta oleh semua. Rasanya kalau search perkataan Denaihati kat blog saya ini, banyak jugak entri yang keluar.

Baiklah, bebralik kepada tugasan asal iaitu untuk mencari 5 entri yang terbanyak sebaran, Berikut adalah 5 entri yang tersebut.

1. Waktu imsak dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia

Entri ini ditulis pada 20 Julai 2012. Beberapa hari sebelum tibanya bulan puasa. Sememangnya akan menjadi carian buat semua umat Islam di Malaysia ini. Waktu Maghrib dan Imsak mestilah yang paling popular..huhu

2. Buffet ramadhan Hotel dan Restoren di Malaysia

Entri ini pula ditulis pada 23 Julai 2012. Dengan memberikan maklumat senarai hotel dan juga restoren yang menyajikan hidangan buffet untuk berbuka puasa, sememangnnya akan menjadi carian pengguna internet. Bulan puasa, ramailah yang tercari-cari tempat yang istimewa untuk berbuka bukan?

3. Semak Saman AES online

Entri ini sememangnya akan menjadi buruan ramai dengan kata kunci AES. Dengan kebajiran kamera AES disegenap lebuhraya seluruh Malaysia, pastinya ramai yang kena saman. Almaklumlah rakyat Malaysia ni ramai yang memandu melebihi had laju. Dah kena saman tu baguslah cari cara nak bayar, jangan salahkan orang pula bila kena saman..hehe

4. Aqiqah Ramadan di Kemboja

Entri ini pula ditulis untuk mempromosikan program EQurban. Program ini dijalankan untuk memberi bantuan kepada penduduk Muslim di Kemboja. Kita cuma bayar wang dan program Aqiqah dan korban dijalankan di Kemboja bagi pihak kita.

5. Sebab Doa Tak Diterima dan Zuriat Nakal.

Nah, blog Denaihati bukan sahaja terkandung entri pasal hal-hal semasa, perlawanan EPL, namun ada juga pengisian rohani. Tak kurang hebat juga sebaran yang dapat dari perkongsian ini. Mana tidaknya, sampai 1.7K sebaran untuk entri ini. Semoga semua mendapat manfaat.

Mungkin itu sahaja dulu apa yang dapat saya taipkan disini. Namun rasanya bila sebut sahaja nama Denaihati, sudah ramai yang mengenalinya. Masakan tidak kenal, blog fmees kat Malaysia kot. Apapun semoga team Denaihati terus suksess dan menyemarakkan lagi industri blogging dan media sosial di Malaysia ini.

Chaiyokk chaiyokk!

AM: Nak jadi macam Denahati gak.. 🙂

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

2 thoughts on “Entri Sebaran Terbanyak Dari Blog Denaihati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge