July 21, 2024
Lain-Lain

Hot 10S oleh Infinix Mobility Limited Kini di Malaysia

Hot 10S oleh Infinix Mobility Limited Kini di Malaysia | Telefon pintar yang didedikasikan untuk permainan video dan hiburan akan dilancarkan dengan casing telefon eksklusif dan penutup belakangkolaborasi bersama Mobile Legends: Bang Bang (MLBB)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai siri Hot 10S di Malaysia.

Hot 10S hitam

Perhatian semua peminat permainan video dan teknologi! Jenama teknologi global Infinix dengan bangganya mengumumkan pelancaran inovasi terbaru mereka, siri Hot 10S di Malaysia pada 13 Julai 2021. Siri Hot 10S akan dilancarkan secara eksklusif di Shopee dan pengguna boleh mula ‘add to cart’ pada 7 Julai 2021!

Hot 10S terbaru silver

Khas untuk peminat teknologi, pengemar permainan video, pelajar, dan generasi muda yang akan datang, Hot 10S yang menarik dengan harga yang berpatutan adalah penambahan baru  kepada portfolio Hot 10. Telefon pintar permainan video dan hiburan yang dinanti-nantikan ini membolehkan pengguna bermain permainan video dengan lancar dan ikuti trend terkini dengan lebih mudah.

Hot 10S dua warna

Untuk memeriahkan lagi pelancaran di kalangan peminatnya, Infinix dengan kolaborasi permainan video Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), mencipta penutup belakang telefon bimbit edisi terhad yang diukir dengan reka bentuk MLBB serta casing telefon MLBB estetik yang didedikasikan untuk siri Hot 10S. Infinix akan mendedahkan lebih banyak lagi maklumat tentang spesifikasi telefon dan ciri-ciri pada hari pelancaran tersebut.

Untuk maklumat lanjut dan terkini mengenai siri ini, boleh layari medium seperti di bawah:
Laman web: Infinix Malaysia,
Facebook: Infinix Malaysia
Instragram : infinixmobilemalaysia
Kedai Shopee: Infinix Official Store

Jadi buat anda yang berminat untuk dapatkan peranti terbaik ini bolehlah menambah dalam cart anda di Shopee bermula 7 Julai ni dan nantikan pelancaran rasmi pada 13 Julai nanti. Jom bertindak sekarang!

Kedai Shopee: Infinix Official Store

Tak sabar rasanya nak jadi orang pertama mendapatkan telefon ini di Malaysia 🙂

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *