Ice-Watch’s Light Up The Night Run 2018 Kini Kembali di Putrajaya
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai pelancaran Ice-Watch’s Light Up The Night Run 2018.
Untuk makluman semua, pihak Ice-Watch dan The Marathon Company telah mengumumkan bahawasanya Ice-Watch telah sekali lagi menjadi penaja utama untuk acara tahunan Ice-Watch’s Light Up The Night Run bagi tahun 2018. Jenama jam dari Belgium ini akan berkerjasama dengan pihak The Marathon Company untuk menganjurkan larian tahun ke-3 yang akan diadakan pada 1 Disember 2018 nanti.
Untuk makluman semua, larian ini akan bermula dan berakhir di IOI Putrajaya. Larian ini akan melibatkan jarak sejauh 5KM dan juga 10KM disekitar kawasan Putrajaya. Larian yang sama telah diadakan pada tahun 2016 yang mana telah disertai oleh 6000 peserta. Pada tahun ini, pihak penganjur mensasarkan penyertaan dua kali ganda dari tahun sebelumnya. Ini disebabkan oleh ramai yang teruja dengan tempat terbaru larian iaitu IOI Putrajaya.
Pada tahun ini, 2nd Skin akan menjadi pembekal baju kepada para peserta. Terdapat 7 pilihan warna yang boleh dipilih oleh peserta berdasarkan warna jam daripada jenama Ice-Watch. Ianya pasti memberikan lebih warna warni pada larian itu nanti. Maka kenalah dengan tema larian tersebut iaitu light up the night.
Sebenarnya, tujuan utama larian ini adalah untuk memupuk kesedaran dalam diri masyarakat dan keluarga tentang kepentingan menjalani kehidupan sihat. Dengan lebih bersenam, badan akan lebih cergas dan sihat. Larian ini diadakan bertujuan untuk menyokong dan menyemarakkan sukan larian yang akan memberi kesan positif kepada rakyat Malaysia.
Selain daripada pengumuman mengenai larian ini, pada majls tersebut, saya juga telah melihat pelbagai koleksi dari pihak Ice-Watch. Antara koleksi terbaru mereka adalah ICE Steel dan ICE Sunset. Jam ini boleh didapati dikesemua rangkaian kedai Ice-Watch diseluruh negara.
Untuk maklumat lanjut mengenai jam Ice-Watch ataupun Ice-Watch’s Light Up The Night Run 2018 bolehlah melayari mana-mana medium seperti di bawah:
Pendaftaran larian: http://www.racexasia.com/event/ice-watch-light-up-the-night-run-2018/
Ice-Watch Facebook: fb.com/ice.watch.my
Ice-Watch Instagram: instagram.com/icewatch_my