April 20, 2024
Lain-Lain

Jana Pendapatan Dengan Affiliated – Bagaimana?

Jana Pendapatan Dengan Affiliated – Bagaimana? | Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai Bagaimana untuk Jana Pendapatan Dengan Affiliated.

Jana Pendapatan Dengan Affiliated
Apa Itu Affliated?

Affiliate marketing is a type of performance-based marketing in which a business rewards one or more affiliates for each visitor or customer brought by the affiliate’s own marketing efforts. ” – Wikipedia

Baiklah itu adalah maksud affiliated. Kalau bahasa mudah yang senang untuk difahami adalah affiliated ni anda kena promote sesuatu link kepada pelanggan dan pelanggan tersebut pergi ke link tersebut dan membuat sebarang transaksi atau pembelian, anda akan mendapat bayaran komisen melaluinya.

Affiliated ini tidak semestinya kepada barang fizikal sahaja seperti pinggan mangkuk, baju dan makanan. Namun ianya juga termasuk kepada produk digital seperti e-book, lagu, software dan sebagainya.

Bagaimana Ianya Dibayar?

OK baiklah setelah pelanggan pergi ke sesuatu website menerusi link yang anda kongsikan, sistem yang dibuat oleh pihak affilated tersebut akan mengesan dan merekod segala pembelian oleh pihak pelanggan itu tadi.

Oh, ada ke sistem macam tu? Ada. Memang dah lama ada. Kalau saya nak terangkan terperinci mengenai cache cookies tu semua agak teknikal. Namun ketahuilah yang rekod pelanggan akan tersimpan rapi oleh pihak affiliated itu tadi. Dan ianya akan dikira untuk pembayaran komisen anda.

Berapa Jana Pendapatan Dengan Affiliated?

Ini merupakan soalan yang sering ditanya oleh semua. Ramai yang teringin nak tahu berapa bayaran affiliated ini. Sebenarnya bayaran ini berdasarkan pemberian ataupun perjanjian dari pihak affiliated tersebut.

Sebagai contoh, Shopee. Saya juga diberikan peluang untuk menjadi Shopee affiliated. Setiap pembelian melalui link yang saya kongsikan, saya akan mendapat 5% dari setiap transaksi pelanggan tersebut. Dengan maksimum RM30 setiap trasaksi. Ini adalah affiliated bagi Shopee.

Bagi produk dari website lain pula, ada yang berikan 15% dari jualan sebagai komisen affiliated. Saya ada sertai affiliated penjualan pinggan mangkuk dan diberikan 15% komisen jualan ini. Sebagai contoh, jika anda berjaya menjual RM1000 jualan, anda akan mendapat RM150 komisen. Itu belum lagi bonus, jika ada.

Bayaran ini merupakan subjektif. Anda perlu mendapatkan penjelasan awal dari pihak yang anda ingin menjadi affiliated tersebut. Jika produk digital, seperti e-book, biasanya ia akan dibayar komisen mengikut jumlah e-book yang pelanggan beli melalui link anda.

Bayaran berbeza beza. Ada yang berdasarkan peratusan (percentage) dan ada juga berdasarkan kuantiti. Makin banyak yang anda berjaya jual, makin tinggi komisen yang anda dapat. Pokok pangkalnya, lihat perjanjian asal anda dan pembekal affilated tersebut. Fahami betul-betil berapa bayaran yang anda bakal perolehi. Ada yang biasaya mendapat RM50 untuk setiap produk digital yang terjual! Tapi bukan saya lah. hehehe

Beza Affiliated dan Dropship

Sebenarnya ada beza ke affiliated dengan dropship? Ramai yang keliru. Sebenarnya ada beza bagi kedua-dua ini. Namun ianya akan saya kupas dalam etnri yang seterusnya.

Mana lagi best, affiliated atau dropship?

Bagi saya, affiliated lagi best dan memudahkan kerja. Kenapa? Nantikan entri seterusnya. 🙂

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *