January 22, 2025
Lain-Lain

Jana Pendapatan Waktu PKP Dengan CPG Cosmetics

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua berita baik sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini iaitu untuk menjana pendapatan tambahan dengan CPG Cosmetics.

Sekarang kita telah memasuki fasa ketiga dalam PKP. Sudah lebih sebulan maksudnya ktia telah berada di rumah tanpa berbuat apa-apa. Penat juga rupanya berada di rumah tanpa berbuat apa-apa ini. Saya sendiri telah merasa lemau dan juga mati kutu kerana tiada apa yang dapat saya lakukan.

Nak bersihkan rumah, sudah bersih, nak jaga anak, isteri pun belum ada, apatah lagi anak. Ha! Barulah saya sedar yang tak buat apa-apa pun memenatkan :’)

Namun semoga kita semua tetap berada di rumah dan sentiasa berwaspada, Ini kerana musuh yang sedang kita perangi adalah musuh yang tidak kita nampak dan boleh kita bayangkan. Tiada kalah dan menang dalam peperangan virtual ini. Yang ada hanyalah kesungguhan kita untuk menang di akhirnya.

Namun apa yang pasti, ramai yang terkesan dengan wabak Covid-19 ini. Terkena penyakit itu mintak dijauhkan lah, namun secara tidak langsung ianya juga menjadikan kita kehilangan sumber pendapatan dan juga mata pencarian. Bagi yang bekerja swasta dan juga yang bekerja sendiri, ianya cukup menduga kita semua.

Masa Mencabar

Dalam keadaan inilah kita akan berusaha untuk memastikan kelangsungan hidup kita dapat diteruskan. Bagi yang berkeluarga, ianya sememangnya menduga semua. Semoga anda terus tabah.

Namun dengan pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi yang telah diumumkan oleh PM pada awal bulan lalu sedikit sebanyak dapat memberikan nafas lega kepada kita semua. Sekurangnya dapatlah juga meringankan beban dalam musim yang mencabar ini.

Namun, tidak hanya dengan pengumuman tersebut, perlu kita fikirkan adalah bagaimana untuk menjana lebih pendapatan untuk menampung kehidupan kita selepas ini. Saya yakin kita memerlukan lebih lagi duit belanja sementelah musim perayaan juga hampir tiba.

Jana Pendapatan Dengan CPG

Selain tidak berbuat apa-apa di rumah, saya cadangkan untuk anda semua berjinak-jinak dalam bidang perniagaan. Salah satu peluang yang saya ingin kongsikan ini mungkin dapat mengubah hidup anda. Mungkin disebalik ujian ini, terselindung hikmah yang tidak kita jangka-jangka.

Apa kata kalau anda semua bersama dengan 𝐂𝐏𝐆 𝐂𝐨𝐬𝐦𝐞𝐭𝐢𝐜𝐬. Ini kerana pihak mereka 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐩𝐞𝐥𝐮𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐞𝐬𝐢𝐚𝐩𝐚 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐢𝐧𝐠𝐢𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 mereka. 𝐒𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐥𝐞𝐯𝐞𝐥 𝐩𝐚𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 𝐦𝐚𝐡𝐮𝐩𝐮𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐝𝐫𝐨𝐩𝐬𝐡𝐢𝐩 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚. P𝐢𝐡𝐚𝐤 CPG Cosmetics 𝐬𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐥𝐮-𝐧𝐠𝐚𝐥𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐟𝐚𝐦𝐢𝐥𝐲 mereka!

Mungkin ini adalah peluang untuk anda pergi dengan lebih jauh dalam perniagaan. Walaupun tanpa pengalaman, insyaAllah team CPG sedia membantu anda untuk mencapai apa yang anda inginkan. Daripada duduk dirumah tanpa berbuat apa-apa, lebih baik kiranya kita dapat bersama dalam bisnes ini.

Produk CPG Cosmetics
Antara produk dari CPG Cosmetics

Tonton TV, layan Youtube, dengar muzik atau buat duit. Kita sendiri yang tentukan apa yang kita mahu. Hasilnya juga bergantung kepada apa yang kita usahakan .Usah mengharap bulan dan bintang kalau sekadar terbaring tanpa usaha.

Susah ke untuk jana pendapatan dengan CPG Cosmetics ini? Tidak susah tuan puan, ianya hanya menggunakan internet sahaja. Sementara anda gunakan internet untuk menonton video ataupun melayari laman sosisal, masa inilah juga anda boleh selitkan untuk menjual produk dari CPG ini.

Anda tak usah khawatir kerana produk CPG Cosmetics ini telah berada lama dalam pasaran dan juga diakui oleh ramai pengguna setia mereka. Produk mereka juga berada di banyak stokis dan juga kedai-kedai di seluruh negara.

Jadi, buat anda yang berminat untuk turut sama ddengan CPG Cosmetics bolehlah menghubungi dengan menekan pautan di bawah:

http://www.wasap.my/60124363187/agentmacL

http://www.wasap.my/60139965165/agentmacL

http://www.wasap.my/60198311758/agentmacL

CPG Cosmetics Untuk Semua

Baiklah mungkin ada di antara anda semua yang masih belum mengenali apa itu CPG Cosmetics. Mari saya kongsikan dengan serba sedikit supaya anda dapat bayangkan dan dapat gambaran jelas mengenainya.

Pengasas CPG Cosmetics

CPG Cosmetics diasaskan oleh Cik Puan Gojes (CPG) atau nama sebenarnya Ismaniza Fahida Ismail. Cik Puan Gojes kini berusia 38 tahun merupakan anak jati negeri Kedah. Dahulunya beliau merupakan seorang pendidik namun kini bergelar usahawan kosmetik berjaya.

Kejayaan tidak datang dengan mudah dan sekelip mata. Beliau pernah melalui kehidupan yang susah kerana beliau bukanlah berasal dari keluarga yang senang. Sebagai anak sulung dari 5 beradik, beliau telah memikul tugas untuk membantu ibunya berniaga sejak dari bangku sekolah lagi. Pada waktu pagi beliau menjual laksa yang dimasak oleh ibunya, manakala sebelah petang pula menjual jeruk buah.

Cik Puan Gojes pengasas CPG Cosmetics sewaktu menerima anugerah

Berbekalkan kecekalan dan pengalaman berniaga itu telah lama ada dalam diri Cik Puan Gojes ini, kini beliau telah berjaya membina empayarnya sendiri. Lagi membanggakan, beliau telah menerima Anugerah Ikon Usahawan Utara 2019 manakala CPG Cosmetics juga berjaya memperolehi Anugerah Kosmetik Terbaik Kedah pada tahun 2018 dan Anugerah Inovasi Solekan Terbaik 2018. 

Untuk anda yang ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan CPG Cosmetics ini bolehlah melayari mana-mana medium seperti di bawah:

Laman web: http://cikpuangojes.com/
Instagram: https://www.instagram.com/cik.puan.gojes/
Facebook: https://web.facebook.com/CPGCosmeticTM/

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *