Ke Kawasan Muzium Terracotta Warriors Menggunakan Pengangkutan Awam dari Bandar Xi’an China.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang dikasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam kedaaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai cara- cara untuk menggunakan pengangkutan awam ke dari bandar Xi’an China.

Semua sedia maklum bilamana kita mengembara, terdapat pelbagai tempat menarik di sesuatu kawasan yang ingin kita lawati. Jika kita pergi secara pakej, pastinya mudah, turun sahaja ke lobi hotel dan kita kan dibawa untuk melawat ke tempat terpilih.

Namun ianya berbeza untuk sesiapa yang pergi mengembara secara bajet ataupun backpackers. Pastinya financial constrain akan membantutkan lawatan sebegitu. Jadi penggunaan pengangkutan awam amatlah diperlukan untuk menjimatkan perbelanjaan.

 

Saya juga tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke kawasan ini menggunakan pengangkutan awam dari bandar Xi’an Shaanxi China. Jom ikuti cara saya ke Muzium Terracotta Warrior ini menggunakan pengangkutan awam. Jika ke Xi’an memang tak sah kalau tak ke sini.

Untuk anda yang dari bandar, bolehlah menggunakan Metro ataupun train yang terdapat di kawasan ini. Pilih sahaja stesen yang dekat dengan kawasan penginapan anda. Naik dan turun di stesen yang terdekat dengan stesen keretapi Xi’an (Xi’an Railway Station).

Stesen Kereta Api Xi’an

Stesen Keretapi Xi’an ini merupakan stesen keretapi ekspres yang menghubungkan bandar-bandar besar di China seperti stesen ETS Malaysia. Jadi di sini terdapat pelbagai pilihan transportasi yang ada. Untuk kita, pergi ke bahagian bas awam.

Pilih sahaja bas yang bernombor 306 kerana bas ini akan membawa anda terus ke kawasan ini. Kawasan ini sebenarnya adalah lebih kurang 30 minit perjalanan menggunakan bas. Nak berjalan? Memang tak sampai la.

Naik sahaja bas dahulu dan bas akan bergerak bila bas penuh. Banyak bas di sini, jadi tidak bimbang dengan kehabisan bas atau tiket habis sebagainya. Bila bas sudah berjalan barulah kondukter bas akan datang kepada anda untuk mengutip bayaran tambang. Bayaran tambang yang perlu dibayar adalah RMB7 sahaja sehala.

Seterusnya, akan diberikan taklimat keselamatan (mungkin la kot sebab aku pun tak faham), dengan demonstrasi menggunakan tali pinggang dan pintu kecemasan. Ibarat pramugari yang memberikan taklimat di dalam bas.

Pintu depan

Sesampainya anda di tempat ini, bolehlah anda terus berbaris untuk membeli tiket masuk ke kawasan Terracotta Warriors ini. Untuk maklumat masuk ke sini akan saya kongsikan di lain entri.

Tiket masuk ke sini

Bagi anda yang ingin pulang kembali ke stesen Central Xi’an bolehlah datang kembali ke kawasan bas ini. Ibarat, sesat dihujung jalan, kembalilah ke pangkal jalan. Hah! Confirm anda tidak sesat.

Saya pertama kali melancong seorang diri pun tidak merasakan sukar untuk datang ke sini.

p\s: Ada beberapa masalah yang timbul apabila saya menggunakan train. Mereka tidak faham apa yang saya cuba sampaikan dan saya juga tidak faham apa yang mereka sampaikan. Namun saya tabik dengan pegawai mereka memberikan penerangan kepada saya walaupun saya tak faham :’)

Sediakan peta sesiap

Jadi tips saya untuk anda yang tidak faham dan tahu Mandarin, pastikan anda bawa gambar tujuan anda siap-siap, jika ada apa-apa masalah, tunjuk je gambar tu. Pamplet percuma banyak terdapat di pusat khidmat pelancong. Ambil sahaja.

Pusat Khidmat Pelancong
Best dalam masuk dalam ini

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge