December 9, 2024
Lain-Lain

Kecil Tapi Menyakitkan Hati dan Perasaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera baut semua pembaca blog yang budiman sekalian. Apa khabar semuanya hari ini? Semoga semua berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Pada entri kali ini ingin saya kongsikan sedikit masalah yang saya alami. Dan saya yakin anda semua mengalami masalah yang sama.

Bulan puasa ni memang menguji kesabaran sdan keimanan betul. Mana tidaknya bila apa yang kita buat dikotori oleh orang lain yang berenang-renang keriangan di dalam masakan kita. Siapa orang lain itu? Nah! Orang itu ialah encik semut. Bila kita buat air je cepat betul dia datang berenang-renang dalam air yang kita buat. Tak ke panas hati bila jadi begitu.

Pelbagai petua yang orang dulu-dulu cakapkan kalau nak halau semat ni. Tapi yang paling lucu ialah bila tulis perkataan ‘garam’ pada botol gula. Sebab apa? Supaya semut keliru..hahaha. Oi! Ko ingat semut zaman sekarang tak sekolah? Dari bau pun diorang dah boleh cam mana gula dan mana garam.

Jadi untuk mengatasi masalah ini saya telah dicadangkan untuk menggunakan produk Afy Haniff. Apa? Tak pernah dengar? Nampak sangat tipunya. Kalau bukak radio mesti dengar iklan pasal Afy Haniff ni.

Apa yang saya guna sekarang ialah produk ini.

DSC00284

Kita tengok selepas ini berkesan atau tidak. Semoga semut itu semuanya tinggal arwah dan tidak mengganggu hidupku lagi. Yang berjaya terselamat semoga mereka segera berhijrah ke tempat lain.

 

AM: Semut dah satu hal tu belum nyamuk lagi! Adoi la..

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

One thought on “Kecil Tapi Menyakitkan Hati dan Perasaan

  • Yang serai ni boleh dipercayai. Saya banyak guna untuk rumah masa berperang dengan tikus. boleh pulak mak tikus jerit2 marah balik.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *