Kingz Annual Ride 2018 Kali Ini ke Pantai Timur
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai Kingz Annual Ride 2018 yang berkunjung ke Pantai TImur Semenanjung Malaysia.
Untuk makluman semua, saban tahun, kelab motor besar Kingz MG telah menganjurkan program konvoi beramai ramai. Pada tahun lepas, telah diadakan program yang sama ke negeri Johor. Namun bagi edisi kali ini, mereka telah menjengah ke negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Lebih tepat lagi, mereka telah berkunjung ke negeri Pahang dan Terengganu.
Program konvoi ini diadakan selama 3 hari 2 malam yang bermula di ibu kota. Seramai lebih kurang 100 peserta yang menyertai program ini. Kesemuanya merupakan penunggang motosikal berkuasa tinggi berjenama Harvey-Davidson. Deruan enjin motosikal membelah kesunyian Lebuhraya Pantai Timur Malaysia. Program ini dijalankan semperna dengan cuti Hari Malaysia.
Program bermula di Menara Kuala Lumpur. Perlepasan dilakukan seawal jam 8.30 pagi. Amat mengasyikkan mendengar dferuan enjin motosikal ini. Ini kerana tidak hanya ahli dari Malaysia, namun terdapat juga penyertaan ahli dari Singapura. Cukup meriah dan menghangatkan keadaan.
Selain daripada 100 motosikal berkuasa tinggi, terdapat juga sebuah bas dan beberapa buah kenderaan lain yang turut mengambil bahagian. Tidak lupa juga pihak PDRM dan juga JPAM. konvoi ini boleh dilihat mencecah sehingga 6 kilometer panjangnya. Jadi, anda boleh bayangkan betapa meriahnya menyertai program sebegini.
Pada hari pertama, perhentian pertama adalah di Suria Resort Cherating atau sekarang dikenali sebagai eRYA by Suria Cherating. Di sini para peserta konvoi telah dijamu dengan makan tengahari yang menyelerakan. Sambil menikmati indahan pantai yang menhembus bayu dingin yang menerjah badan kami semua yang telah penat beberapa jam dalam perjalanan.
Sungguh mengasyikkan dan perjalanan seterusnya disambung sehingga ke Kuala Terengganu. Ketibaan para peserta ke Hotel Seri Malaysia pada pukul 8 malam. Amat bersyukur kerana setibanya kami ke sana, hujan lebat mulai turun. Namun kami telah berjaya sampai dengan selamatnya.
Hari Kedua
Hari kedua dimulai dengan konvoi ke Masjid Kristal. Di sini para peserta konvoi bergambar kenang-kenangan bersama masjid yang tersergam indah di belakangnya. Mana tidaknya, masjid ini merupakan antara mercu tanda di Kuala Terengganu ini. Ibarat jika tidak singgah ke sini, maka tidak lengkaplah trip ke Kuala terengganu.
Seterusnya, para peserta konvoi meneruskan perjalanan ke Pantai Penarik. Di sini tempat persinggahan mereka adalah di Terrapuri Heritage Village. Tempat ini merupakan resort yang cukup menarik di Kuala Terengganu. Dengan senibina ibarat istana Melayu silam, pastinya menarik perhatian para peserta.
Di Terrapuri Heritage Village jugas, kami dijamu dengan kudap-kudapan enak tradisi orang Terengganu. Para peserta makan dengan enaknya dan mengambil gambar sebagai kenang-kenangan. Seterusnya, trip kembali ke Kuala Terengganu dan makan tengahari di rumah salah seorang ahli Harley Owners Group (HOG) Terengganu di sana.
Cukup sedap dengan menu rasmi negeri Terengganu iaitu nasi dagang. Ditambah pula dengan ikan tongkol pastinya membangkitkan lagi selera semua. Memandangkan sekarang musim buah langsat, kami juga dijamu dengan buat langsat yang manis dan menyegarkan.
Seterusnya, para konvoi meneruskan perjalanan ke Taman Sinar Harapan, Kuala Terengganu. Di sini, terdapat pelbagai golongan yang kurang bernasib baik. Tujuan utama mereka berkunjung ke sini adalah untuk menyampaikan sumbangan mereka untuk menolong sedikit sebanyak penghuni di sini. Untuk lebih lanjut, akan saya ceritakan di entri seterusnya.
Seterusnya, para peserta pulang kembali ke hotel untuk persiapan Kingz MG Annual Dinner mereka. Cukup meriah dengan tema hawaii. Makanan pula bertemakan steamboat dan BBQ disajikan oleh pihak Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu ini. Cukup sedap dan menyelerakan.
Selain itu, dalam majlis tersebut juga disarungkan jaket rasmi mereka kepada ahli-ahli baru Kingz MG. Menjadi tradisi mereka untuk ahli baru disiramkan air semperna simbolik mereka yang terkena hujan panas sepanjang menggunakan motor besar ini. Apalah sangat setakat air yang sedikit berbanding hujan panas sepanjang konvoi kan?
Malam tersebut juga dilancarkan logo terbaru Kingz MG. Ini kerana logo sebelum ini hanyalah untuk Singapura dan Malaysia sahaja, namun semperna perluasan ahli mereka, logo diterjemahkan untuk kesemua ahli mereka di seluruh dunia. Malam diteruskan juga dengan persembahan oleh artis terkenal Malaysia, Aweera.
Hari kedua pun berakhir dengan jayanya.
Hari Ketiga
Pagi hari ketiga dimulakan dengan perjalanan pulang para peserta konvoi ke ibu kota. Sepanjang perjalanan di negeri Pahang, mereka telah singgah di Pantai Mak Nik yang terletak di Kemaman, sempadan negeri Pahang. Kali ini kami dijamu dengan satar dan otak-otak. Serius sedap sangat!
Perjalanan diteruskan dengan menuju ke Temerloh. Di sini kami dijamu dengan ikan patin yang menjadi ikon orang Temerloh. Kami menikmati hidangan tersebut di Restoran Terapung D’Mukmin di Batu Satu, Temerloh, Pahang. Ikan patin segar yang dipelihara sendiri oleh penduduk kampung tersebut.
Selesai makan tengahari tersebut, perjalanan pulang diteruskan dengan check point terakhir adalah di Craven Café Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur. Maka, berakhirlah sudah program Kingz Annual Ride 2018 ini. Program berakhir dengan jayanya dan kesemua peserta berpuas hati dan gembira menyertainya.
Event: 3rd Kingz MG Annual Ride (KAR): East Coast Ride 2018
Venue: Kuala Lumpur – Terengganu – Pahang – Kuala Lumpur
Date: 14th – 16th Sept, 2018
Pingback: Kingz MG ke Taman Sinar Harapan, Kuala Terengganu - AMIRNAWAWI