December 13, 2024
Hal-hal Semasa

Lipas Dalam Makanan. Sesuatu Yang Menjijikan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca yang budiman sekalian. Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah pada entri kali ini ingin saya kongsikan pengalaman saya dengan anda semua.

Pengalaman yangi ngin saya kongsikan ialah pengalaman saya makan di gerai dan terjumpa lauk lipas dalam pinggan saya. Jom ikuti perjalanan kisahnya di bawah. ewahhh

ok ini lipas bagi sesiapa yang tak pernah tengok lipas..haha. Aku lukis pakai excell jer ni
ok ini lipas bagi sesiapa yang tak pernah tengok lipas..haha. Aku lukis pakai excell jer ni

Hari ni makan kat kedai tepi jalan. Makan punya makan terjumpa lipas seekor dalam pinggan. Sedih pun ada sebab memang dah lapar (sempat makan sikit sahaja). Nak jer aku terpekik kat situ panggil tauke kedai, biar semua pelanggan yang ada kat situ dengar. Tapi bila fikir tentang rezeki dan air muka dia aku batalkan niat. Dalam nada sendu aku bawa pinggan ke dapur ledai dan tunjuk kat tauke kedai. Gelabah la dia. Nak ganti nasi baru la. Itu la, ini la. Aku cakap takpe la Pak Cik. Saya nak bayar nasi ni. Saya dah kenyang. Dia cakap tak payah bayar la. Aku senyap sendiri. Masa aku kembali ke motor, PakCik tadi datang dan terangkan segala. Dia minta maaf dan berharap tidak terjadi lagi masa hadapan. Gaya dia minta maaf macam ikhlas dan tak nampak gerek. Rezeki kalau bukan milik kita, dalam mulut pun boleh keluar balik. Yang buat kita kenyang bukan nasi tapi Pencipta, nasi hanya menjadi asbab sahaja.

Merenung sekejap, mungkin ada silap aku dimana mana.

Maaf la tak sempat nak tangkap gambar sebab tergamam. Terus bawa pergi jumpa pakcik tu.

Apapun kalau benda ini terjadi kepada anda, what u do? Screaming, flip the table or just eat the cockroach?

 

AM: Kali terakhir makan di situ..

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

5 thoughts on “Lipas Dalam Makanan. Sesuatu Yang Menjijikan.

  • orang perempuan memang tak suka lipas ni.

    haha..

    Reply
  • bagus la bro. tak merosakkan rezeki orang lain dengan buat tindakan melulu dengan terpekik macam kebanyakkan orang akan lakukan. perlakuan macam ni wajar di ikuti

    Reply
    • Itu la. Malas nak bertekak kat situ. Semoga dia pun ambil pengajaran..

      Reply
  • Selesaikan cara baik sudah. Tak guna nak bertekak, sebabnya bukan disengajakan…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *