Malam Hijrah Bersama- TVAlhijrah

دڠن نام الله يڠ مها ڤموره لاڬي مها ڤڽايڠ  

Alhamdulillah, Syukur kehadrat Allah SWT kerana kita masih lagi bernafas dalam tahun baru Hijrah 1433 Hijri ini. Jadikan lah permulaan tahun baru ini dengan niat yang suci serta untuk kebaikan setiap orang.

Syukur sebentar sahaja tadi saya telah menonton rancangan Malam Bicara Bersama di TV Alhijrah dari pukul 9 malam hingga 10.30 malam. Sebuah rancangan khusus untuk sambutan Maal Hijrah pada hari ini. Rancangan yang penuh informasi serta berinspirasi buat saya dan mungkin juga untuk anda semua.

Sudi kiranya saya untuk berkongsi sedikit ilmu yang saya dapat dari menonton rancangan tersebut. Rancangan ini dihoskan oleh 3 pengacara TVAlhijrah iaitu Amin Idris, Nurul Iman dan juga Ustaz Don Daniyal.

Amn Idris, Nurul Iman dan juga Ustaz Don

Tetamu jemputan yang pertama adalah Saudara  Fadzlan Garamat Machmud dari Irian Jaya indonesia. Seorang dai yang sangat komited dalam menyebarkan agama Islam ke pelusuk pendalaman Indonesia. Beliau bercerita sedikit sebanyak dugaan yang dihadapi dalam menyebarkan dakwah Islam.

Tetamu khas dari Indonesia

Seterusnya sedikit temu bual telefon dengan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya. Dr Juanda berkongsi sedikit ilmu mengenai Maal Hijrah dan jugak pesanan kepada seluruh umat Islam di Malaysia khususnya supaya mengamalkan segala suruhan Allah dengan sebenar-benarnya.

temubual telefon bersama Dr Juanda

Tetamu seterusnya adalah 2 orang anak muda yang baru saja memeluk Islam iaitu Loo Jo Yee dan juga Mitchelle Nur Alya. Sungguh tersentuh hati saya bila mereka menceritakan bagaimana mereka mendapat hidayah untuk memeluk agama Islam pada usia yang muda.  Sesungguhnya hidayah itu tidak akan datang bergolek kalau kita tidak berusaha untuk mencari.

Joo Yee dan Mitchele
Mitchelle Nur Alya

Tetamu seterusnya pula adalah seorang usahawan dan wanita yang bekerjaya yang komited mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan harian mereka. Mereka juga adalah dahulunya seorang yang bukan beragama Islam .

Haji Shahrin Low, Pengusaha Restoren Cina Muslim Haji Shahrin Low
Nurain

Akhir sekali, tetamu jemputan adalah seorang usahawan wanita yang gigih berusaha untuk menyara kehidupan keluarga dengan mempunyai anak yang kelainan upaya dan berusaha untuk keluar dari kepompong kemiskinan. Sesungguhnya beliau adalah seorang wanita yang cukup tabah dan berpandangan jauh.

Program tersebut diakhiri dengan bacaan doa dari Ustaz Don dan Azhary dan teman temannya membuat sedikit persembahan penutup.

Bagi saya, rancangan ini sememangnya memberi seribu inspirasi untuk saya memulakan azam untuk menghadapi tahun baru Hijrah ini. Alhamdulillah, terima kasih yang Allah kerana  memberikan nikmat Islam, iman dan kesihatan kepada saya. Sesungguhnya besar sungguh kurniaanMu kepada kami.

AM: Semoga permulaan tahun baru ini berjalan dengan penuh barakah dan pengakhirannya juga penuh rahmat. Amin ya Allah.

 

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

18 thoughts on “Malam Hijrah Bersama- TVAlhijrah

  • November 27, 2011 at 1:04 am
    Permalink

    xdok ko link Loo Jo Yee?? haha

    selamat tahun baru mir..aku bleh anak sepupu..

    Reply
  • November 27, 2011 at 8:19 am
    Permalink

    Untunglah boleh tengok tv.. RNS x berkesempatan nak tengok siaran tu. Hmm kalau boleh ceritalah lagi tentang pengisian semalam..

    Reply
    • November 27, 2011 at 11:40 am
      Permalink

      Saya pom tengok melalui internet jer. Kat asrama ni mana boleh jumpa tv.. 😛

      Reply
    • November 27, 2011 at 1:30 pm
      Permalink

      Aku pom tengok melalui internet je Mir.. Dok hostel ni memang keterbatasan untuk tonton tv tu tinggi.

      Reply
    • November 28, 2011 at 5:32 pm
      Permalink

      Amin ya Rabbal Alamin. Semoga begitu la hendaknya Kak Long..

      Reply
  • December 19, 2011 at 10:37 pm
    Permalink

    bagus ada tv alhijrah..banyak program yang baik..
    macamana dengan logo hijrah bersama tu ok tak..ada tak komen yang membina untuk saya perbaiki di masa akan datang..

    Reply
    • December 19, 2011 at 11:40 pm
      Permalink

      Memang bagus. tapi waktu siarannya yang agak singkat.. 😛
      Bagi logo tu memang simple tapi memang menarik. Ni khat ape yer? Nasakh ke Diwani?
      Apepom memang terbaik la logo ni Bang. Kena perluaskan lagi penulisan ni biar semua orang buka mata dan menerima seni penulisan Islam yang indah ini. 🙂

      Reply
  • December 20, 2011 at 12:03 am
    Permalink

    siaran yang singkat tapi at least ada jugak stesen tv yg buat rancangan sempena awal muharrram..yelah kalau tak tv alhijrah sape lagi..harapkan tv lain just ada cerita je..
    hijrah bersama tu dalam khat Diwani..ianya simple tapi punya aura tersendiri..amirnawawi pun tau banyak khat jugak eh..
    sekarang ni jawi dan khat ni mcm ada nak naik balik..alhmdulillah..

    Reply
    • December 20, 2011 at 12:06 am
      Permalink

      Tu la..hehe3.. Taklah tahu banyak sangat. Hanya belajar sikit masa kelas Bahasa Arab dulu jer.
      Tapi kalau kt negeri saya memang wajib guna tulisan jawi nih. Banyak membantu jugak la rasanya.
      Kedai cina pom ada tulisan jawi pada premis perniagaan mereka. Dapat la jugak tengok tulisan nih.
      InsyaAllah, penerimaan tulisan khat nih akan meningkat seiring dengan masa dan ketika. Aminn..

      Reply
  • December 20, 2011 at 12:25 am
    Permalink

    itulah seronoknya kat sana..jawi lebih nampak hidup ye..best lah..
    sekarang ni dh ramai penulis muda yang naik..so insyaAllah akan cemerlang khat dan jawi nanti..amiinnnn…thanks bro

    Reply
  • Pingback: Loo Jo Yee? Siapakah Beliau? » Blog Aku Punyer | Blog Aku Punyer

  • February 27, 2012 at 11:26 pm
    Permalink

    Waalaikumussalam Alya.. haha3.. Finally kamu komen gak entri ni ek..

    Reply
  • April 12, 2012 at 9:48 am
    Permalink

    Assalamualaikum……ade video tak nak download……..tak sempat tengok video time nie……ade dekat asrama……please kalau ade tolong uploadkan dan share2……terima kasih

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *