Marry Me Senorita Online – Drama Terbaru Astro
Marry Me Senorita | Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Untuk entri kali ini saya ingin berkongsi kepada anda semua mengenai drama terbaharu daripada Astro. Drama yang dimaksudkan adalah Marry Me Senorita.

Barisan Pelakon
Untuk makluman semua, barisan pelakon yang membintangi drama ini bukanlah calang-calang. Mengangkat Jannah Nick dan kekasih hatinya Dini Schatzmann sebagai teraju utama pasti membangkitkan satu keserasian yang nyata di dalam drama ini. Diarahkan oleh pengarah Nur Ain Sharif .
JUDUL : MARRY ME, SENORITA
EPISOD : 20
TARIKH TAYANGAN : 2 Februari 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria)
PENULIS SKRIP : Rehal Nuharis, Dayang Kartinah
PENULIS NOVEL : Suri Ryana
PENGARAH : Nur Ain Sharif
PRODUKSI : Juita Viden Sdn Bhd
PELAKON : Janna Nick, Dini Schatzmann, Shaza Bae, Meerqeen, Dato Jalaludin Hassan, Fadilah Mansor, Yasmin Hani, Siti Khadijah Halim, Asha Merican, Raja Azura, Nabil Aqil, Daler Yusof, Alif Muhaimin, Natasha Elyzza, Razman Mahayuddin
Sinopsis
Mengisahkan tentang Sofiy Leia (Janna Nick), seorang anak yatim piatu yang menumpang teduh dengan ibu bapa saudaranya. Sofiy dihalau keluar dari rumah setelah kematian Pak Long oleh Mak Long yang tidak menyukainya selama ini. Malam itu juga Sofiy nekad keluar rumah ingin ke Kuala Lumpur berjumpa dengan kawan baiknya yang sedang melanjutkan pelajaran di sana tanpa Sofiy tahu bahawa kawannya itu bekerja di kelab malam.
Pertemuan Sofiy dan Isa Alejandro (Dini Schatzmann) di rumah usang Pak Ngah Leman tanpa dirancang membawa kepada perkahwinan kontrak. Isa terpaksa berkahwin dengan Sofiy untuk memastikan kedudukannya di perusahaan atuknya tidak terjejas, manakala Sofiy mengahwini Isa untuk memastikan keselamatannya daripada menjadi buruan Bard, tauke kelab malam. Isa juga bersetuju untuk membiayai Sofiy yang ingin melanjutkan pelajarannya.
Isa Alejandro merupakan pemain tennis kebangsaan dan kacukan Sepanyol (bapa) dan Malaysia (ibu). Demi menutup kesalahan dan ingin buktikan bahawa dia telah berubah, Isa mengajak Sofiy berkahwin. Sebelum itu, Isa telah dihalau oleh datuknya keluar dari keluarga dan akan dilucut jawatan dalam perusahaan perabot datuknya.
Perkahwinan Isa dan Sofiy tidak bertahan lama dan akhirnya mereka bercerai dan membawa haluan masing-masing, walaupun ketika itu sudah terbit rasa cinta di hati.
Setelah berpisah, Sofiy melanjutkan pelajarannya di London manakala Isa berkahwin paksa rela dengan bekas kekasihnya, Rosa Arabella (Shaza Bae). Ketika itu adik Isa telah lama menghilangkan diri dan Rosa pernah terlihat adiknya di suatu tempat semasa menjalani pengambaran. Rosa meletakkan syarat supaya Isa perlu berkahwin denganya jika ingin tahu dimana adik Isa berada.
Tiga tahun berlalu, Sofiy sudah tamat belajar dan telah diterima bekerja.Sofiy bertemu semula dengan Isa di syarikat tempat dia bekerja. Dan rupanya syarikat itu adalah milik Isa. Adakah bahagia milik Isa dan Sofiy? Bagaimanakah pengakhiran kisah hidup mereka?
(Sumber: Wikipedia)
Tonton Marry Me Senorita Online
Marry Me Senorita Episod 1
Marry Me Senorita Episod 2
Marry Me Senorita Episod 3
Marry Me Senorita episode 4
Coming soon