October 12, 2024
Food

Citarasa Masakan Sri Lanka di Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai makanan Sri Lanka yang disajikan untuk anda semua di Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur.

Keragaman budaya dalam negara kita menghasilkan pelbagai kelainan dalam masakan yang terhasil. Begitu juga dengan negara lain di dunia. Namun kali ini saya ingin lebih berkongsi mengenai makanan dari Sri Lanka.

Sempena dengan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Sri Lanka yang ke 60 tahun, Restoran Essence di Sheraton Imperial Kuala Lumpur telah menampilkan Chef Siva dari Restoran Aliyaa. Restoran ini menampilkan makanan dengan citarasa Sri Lanka yang asli.

Chef Siva dari Restoran Aliyaa Kuala lumpur

Pelbagai makanan yang terkenal disajikan di Restoran Essence di Sheraton Imperial Kuala Lumpur dengan olahan masakan dari Chef Siva ini. Dengan adanya kerjasama sempena meraikan hubungan diplomatik kedua negara ini, kita dapat menikmati pelbagai jenis makanan asli Sri Lanka di Restoran Essence di Sheraton Imperial Kuala Lumpur ini.

Apa yang menariknya mengenai hidangan di sana adalah penggunaan santannya. Masakan mereka lebih kurang sahaja dengan masakan kita. Banyak menggunakan santan dalam masakan. Namun ada juga unsur-unsur lain yang menjadikan makanan mereka berbeza dari masakan kita.

Antara masakan yang disajikan di sini adalah sajian ketamnya. Pada kali ini saya telah menikmati 2 jenis hidangan ketam iaitu Aliya’s Signature Crab Curry dan Jaffna Style Crab.

Aliya’s Signature Crab Curry
Jaffna Style Crab

Apa yang membezakan antara kedua masakan ketam ini adalah dari penggunaan rempah ratusnya. Aliya’s Signature Crab Curry menggunakan rempah ratus yang dipanggang di dalamnya. Ia juga dimasak lama sehingga sedikit pekat berbanding dengan Jaffna Style Crab. Namun kedua-dua ketam ini memang wow!

Saya mengucapkan terima kasih kepada Chef Siva kerana memasak hidangan yang amat enak ini. Turut sama adalah seorang pelanggan di Restoran Essence dari Jepun yang turut memuji masakan chef ini sememangnya sedap. Maksudnya masakan ini diterima oleh semua pihak seluruh dunia. Jujur masakan ini memang sedap dan kena dengan selera saya.

Selain itu juga terdapat hidangan lain yang turut sama disajikan. Antaranya:

Soothi
Brinjal Moju
Negombo Style Prawn Curry
Mutton Poal Poriyal
Ladie Finger
Murunga Peratal

Bagi pencuci mulut pula, anda boleh menikmati hoppers ataupun dikenali sebagai apam dalam kalangan penduduk di sana.

Untuk anda yang ingin menikmati sajian asli Sri Lanka ini disamping hidangan bufet yang lain yang terdapat di Restoran Essence di Sheraton Imperial Kuala Lumpur ini bolehlah berbuat demikian bermula dari 6 hingga 11 Februari 2018.

Harga untuk bufet ini amatlah berpatutan dan pastinya akan memberikan anda pengalaman yang hebat dalam menikmati hidangan terkenal dari Sri Lanka ini. Harga bermula dari RM143 untuk dewasa dan RM71.50 untuk kanak-kanak.

Saya pasti ini akan menjentik deria rasa anda untuk lebih menikmati hidangan asli Sri Lanka pada masa akan datang. Saya sendiri telah merasainya, dan saya betul-betul mencadangkan agar anda turut sama menikmatinya. Jujur ianya sedap dan kena dengan selera kita orang Malaysia.

Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan bolehlah menghubungi mana-mana medium seperti di bawah:

Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur

Jalan Sultan Ismail, Chow Kit, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Telefon: 60327179900

Fax: 60327179999

Website: http://www.sheratonimperialkualalumpur.com/

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

4 thoughts on “Citarasa Masakan Sri Lanka di Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *