March 23, 2025
Hal-hal Semasa

Masashi Hirao, Si Bonzai Master Dari Jepun

Salam sejahtera diucapkan kepada semua para pembaca blog yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai seni gubahan pokok renek ataupun lebih dikenali sebagai bonsai.

Untuk makluman, seni gubahan pokok renek ataupun bonsai ini sudah terkenal di serata dunia. Mana tidaknya, pokok renek hasil gubahan ini cukup menarik hati setiap mata yang memandangnya. Saya juga tidak terkecuali. Di rumah saya sendiri juga ada beberapa pokok bonsai ini.

Untuk makluman semua juga, di Jepun terdapat seorang guru ataupun master dalam bidang seni gubahan pokok renek ini. Beliau digelar sebagai Bonsai Master Masashi Hirao. Pemuda yang berusia 36 tahun ini merupakan salah seorang pengubah pokok renek yang popular di Jepun.

Beliau merupakan anak murid kepada Saburo Kato, seorang lagenda bonsai dari jepun. Sebelum meninggal dunia, Saburo berpesan kepada Masashi supaya menjelajah keseluruh dunia untuk memperkenalkan seni bonsai ini. Mengambil wasiat terakhir gurunya itu, Masashi menjelajah ke seluruh dunia dengan seni bonsai beliau.

Beliau menjadi anak murid kepada Saburo pada tahun 2003. Dalam tahun yang sama, beliau dilantik sebagai “Japan Cultural Envoy” oleh Agency for Cultural Affairs, dan telah menjelajah 11 buah negara dalam tempoh 4 bulan untuk memberikan pendedahan lebih luas lagi tentang nilai estetika pokok Bonsai.

Selain memberikan persembahan mengenai seni gubahan bonsai, Masashi juga membuat bengkel untuk para peminat bonsai mendalami ilmu ini. Tidak hanya membuat gubahan secara biasa, Masashi memasukkan elemen hiburan dalam setiap persembahannya. Itu menjadikan persembahan beliau lebih menarik dan mampu memupuk minat dalam kalangan orang yang menyaksikan persembahannya.

Masashi telah menjelajah ke seluruh pelusuk dunia. Dan tidak berkecuali ke Malaysia! Ya, beliau telah datang ke Pulau Pinang pada tahun lepas. Berikut adalah antara siri jelajah yang telah dihadiri oleh beliau setakat ini.

2013

World Bonsai Competition in China
Bonsai Asia Competition in Philippines
Appointed to the Japanese cultural envoy

2012

Demonstration as the head of Oomiya Bonsai in France
Demonstration as the head of Oomiya Bonsai in Holland
Participated in Japan festival in Philippines

2011

Participated in Japan festival in Italy

2010

Bonsai demonstration in Argentina

2009

Acted as a Bonsai technical supervisor in Spain

2008

Completed a training and took up a post as a manager at Manseien

2003

Became Saburo Kato’s pupil
Graduated from Kyoto Sangyo University, majored in economics

Menarik bukan? Untuk anda yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Masashi bolehlah ke saluran Youtube beliau pada pautan di bawah ini.

KLIK DISINI 

 Jom kita saksikan beberapa gambar gubahan pokok bonsai yang telah dihasilkan oleh Masashi Hirao.

Untuk makluman anda juga, rancangan mengenai Masashi akan disiarkan di RTM 1 pada ketetapan berikut:

 RTM 1 「BONSAI & DUNIA」

  • 11 Februari  2.00 petang

  • 18 Februari  2.00 petang

  • 24 Februari  (belum diketahui lagi, akan diberitahu kemudian)

  • 25 Februari  2.00 petang

Jadi jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan seni persembahan hebat dalam gubahan bonsai ini!

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

One thought on “Masashi Hirao, Si Bonzai Master Dari Jepun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *