Mengintai Disebalik Hotel Perdana Kota Bharu
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah pada entri kali ini ingin saya membawa anda ke dalam Hotel Perdana Kota Bharu.
Untuk makluman semua, hotel ini merupakan hotel bertaraf 5 bintang yang terdapat di negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Jika sebut sahaja nama Hotel Perdana, pastinya warga Kelantan mengenalinya. Berada di tempat yang strategik pastinya ianya menjadi tumpuan ramai tak kira dalam ataupun luar negeri.
Saya sendiri sudah beberapa kali bertandang ke sini. Namun pada sesi kali ini saya dapat menyelusuri ataupun menerokai lebih lagi ke dalam Hotel Perdana Kota Bharu ini. Ini adalah semperna lawatan tidak rasmi kami ke sini tempoh hari. Terima kasih diucapkan kepada Encik Taha atas jemputan ini.
Untuk makluman semua, kami telah singgah ke hotel ini setelah ekspedisi selama 3 hari 2 malam di Pulau Perhentian. Dalam perjalanan sebelum menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur, kami telah dijemput ke Hotel Perdana atas jemputan pihak mereka. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.
Disambut dengan kehangatan pihak mereka pastinya menjadikan kami lebih teruja untuk berada di Hotel Perdana ini. Kedatangan kami disambut oleh Encik Taha iaitu Pengurus Hotel Perdana serta kakitangan yang lain. Kami diberi sedikit kata-kata aluan oleh beliau sejurus sampainya kami ke sini.
Selepas itu, kami dibawa melawat ke sekitar Hotel Perdana ini. Banyak bilik yang disediakan untuk para penginap di hotel ini. Dan yang paling istimewa adalah Royal Suite.
Sesudah dibawa melawat ke seluruh hotel, kami dibawa ke Cerana Coffee House hotel untuk menikmati sedikit makanan yang disediakan.
Terdapat beberapa makanan istimewa negeri Kelantan yang disajikan. Berikut adalah makanan yang disediakan pada lawatan kami kali ini.
Nasi Bukhari
Nasi kerabu
Laksam
Lompat tikam
Walaupun sekejap sahaja lawatan kami kali ni, namun ianya cukup bermakna. Terima kasih diucapkan kepada seluruh warga Hptel Perdana Kota Bharu atas layanan yang cukup istimewa ini. Semoga panjang umur kita berjumpa lagi.
(Encik Taha sedang ditemubual oleh Hariri Zolkifli untuk segmen terbaru Projek Travel)
Untuk sesiapa yang ingin menginap di Hotel Perdana Kota Bharu ini bolehlah menghubungi alamat seperti dibawah.
Website: http://www.hotelperdanakotabharu.com/
Alamat
Jalan Mahmood
15200 Kota Bharu
Kelantan, Malaysia
For Booking & Reservation :
T: | +609.7458888 |
F: | +609.748 8855 |
Email : | sales@hotelperdanakotabharu.com |
reservations@hotelperdanakotabharu.com |
Banyaknya bantal dekat dalam bilik… kalau saya tinggal dekat hotel ni.. mau tak nak keluar bilik kot… sebab dah bayar mahal… hehehe..