October 13, 2024
Lain-Lain

Motivasi Diri

Alhamdulillah, masih lagi bernafas untuk petang ini. Syukur padamu ya Allah.. hari ni aku nak begitau sikit la pasal motivasi nih. Kekadang orang ambik endah tak endah je perihal motivasi nih.

Perkataan MOTIVASI adalah berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris – “MOTIVATION”. Perkataan asalnya ialah “MOTIVE” yang juga telah dipinjam oleh Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia kepada MOTIF, yakni bermaksud TUJUAN.

“Motivasi adalah sesuatu yang menggerak dan mengarahtuju seseorang dalam tindakan-tindakannya sama ada secara negatif atau positif.

Motivasi ni sebenarnya amat penting untuk kita. Sebab kita memerlukan seuatu untuk menaikkan semangat kita. kekadang kita akan rasa begitu lemah dalam hidup ini. Itulah pentingnya motivasi untuk menggerakkan kita balik pabila kita dalam keadaan yang sebegitu. Motivasi ini sebenarnya boleh dijana melalui diri sendiri dan jugak orang lain. Aku selalu je memotivasikan diri aku pabila aku bangun tidor pagi. Aku biasa kata yang ku mahu jadikan hari tu lebih baik daripada hari semalam. Dan dengan memotivasikan diri kita sendiri, kita akan merasa lebih bersemngant untk menempuhi hari itu.

Motivasi tak semestinya kita je yang janakan untuk diri kita. Orang lain pom boleh memotivasikan diri kita. Sekrang ni banyak motivator2 yang bertauliah berada di luar sana.  Diorang boleh menunjukkan cara yang betul untuk menaikkan motivasi diri serta boleh mendorong kita unutk meningkatkan motivasi diri. Motivasi boleh dilakukan bila2 masa sahaja. namun biasanya motivasi daripada orang lain biasanya dilakukan saat2 genting seperti sebelum hari peperiksaan. Alhamdulillah tahun ni MPPUMP ada mengadakan motivasi untuk itu.

Ni la program tu

Aku sebenarnya minat sangat nga program motivasi nih. Bukan nak tunjuk baik ke, tapi just nak bagi semangat aku naik sket. Aku ni dhla kurang rajin sket kan..he3.. tu la, nak harapkan aku sendiri yang memotivasikan diri aku tu lambat la jawabnya. Kalau dengar orang lain tu ok la jugak..he3.. tapi tu la, semngat kita ni ada masa naik dan turunnya.. Pabila dah turun tu la perlunya motivasi untuk menaikkan semngat dri ini.

Tu jelah kot ape yang aku nak kongsi hari nih. Harap2 la aku dapat pergi program tuh sebab time tu aku ade test..hu3

AM: Orang lain boleh memberikan motivasi kepada kita namun segalanya terletak atas keahuan diri sendiri untuk menerimanya. Orang lain boleh tolong buka kunci pintu namun anda la yang perlu membukanya. =)

Pesanan penaja: Jemput2 la semua warga UMP untuk turut serta dalam ceramah motivasi ni.. Moga2 kita dapat sedikit perkongsian ilmu yg berguna

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

3 thoughts on “Motivasi Diri

  • tengah belajor ni ambik peluang ler dengor motivasi pree nih..udah keje esok tade dah dapat bende2 free macam nih….

    Reply
  • wahhh kami suka motivator en, amin nie..pernah dengaq ceramah dia masa datang UKM tahun lepas..

    best..!

    slaam kenal dr CT..^^

    Reply
    • Salam Kenal gak Ct.. ^.^.. best ke?
      saya xpernah lagi dengar beliau ceramah..he3

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *