Nikmati Kehalusan Lipton Nitro Brew di High Line Resorts World Genting

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai kehalusan minuman Lipton Nitro Brew yang terdapat di High Line Resorts World Genting.

Bila berkunjung ke Resorts World Genting, pastinya kita ingin menghirup segelas teh atau kopi bagi menghilangkan kedinginan tempat tinggi ini. Oleh yang demikian pihak Resorts World Genting, Unilever Food Solutions Malaysia dan pembuat sirap Perancis, Monin telah bekerjasama untuk memberikan pengalaman yang berbeza kepada pelanggan. Oleh yang demikian mereka telah memperkenalkan Lipton Nitro Tea, minuman unik yang pertama seumpamanya di Malaysia dan disediakan di High Line at Resort World Genting SkyAvenue mall.

Minuman sejuk yang dibuat dengan membuat teh dengan nitrogen, Lipton Nitro Tea merupakan kemuncak penyelidikan oleh Unilever Food Solutions (UFS) dengan pakar perasa Perancis, Monin, yang menghasilkan sirap premium sejak tahun 1912.

Ini bermula dengan #MixTealogy pada tahun 2017, di mana Lipton tea telah diselitkan dengan sirap Monin untuk mencipta pelbagai minuman dan mocktail yang berasaskan teh, yang mengetengahkan sempadan budaya minum teh ke hadapan. Ini kemudian menjadi asas bagi Lipton Nitro Tea, yang mengambil teh Lipton yang disediakan dari daun-daun asli yang dipetik dari ladang-ladang teh lestari di seluruh dunia dan disuntik dengan rempah dan rasa semulajadi yang menarik dari Monin.

Cecair itu kemudian dicurahkan ke dalam silinder gas nitrogen gred makanan untuk campuran selama lebih kurang tujuh jam. Daripada mencairkan cecair, kehadiran nitrogen dengan serta-merta, mencipta teh sejuk yang sejuk yang hebat menyegarkan untuk diminum.

Di sini, terdapat 2 jenis teh yang disediakan iaitu – Blue Owl Nitro Tea and Spice Bloom Nitro Tea. Setiap teh mempunyai rasa unik masing-masing yang pastinya mempunyai kegemarannya tersendiri.

Bagi saya, saya lebih gemarkan Blue Owl Nitro Tea. Rasa citrusnya dan juga kelembutan airnya membuatkan saya lebih inginkan lagi dan lagi. Bagi Spice Bloom Nitro Tea pula lebih kepada rasanya halia dalam minuman. Sesuai untuk sesiapa yang ingin memanaskan badan dalam cuaca yang sejuk di Genting Highland ini.

Sebenarnya, di High Line ini terdapat pelbagai lagi kedai makanan yang membolehkan anda duduk dan menikmati makanan yang disediakan di sini. Pesan sahaja makanan yang anda inginkan dan pasangkan bersama minuman Lipton Nitro Tea ini.

Jom kita saksikan makanan apa yang terdapat di High Line SkyAvenue ini.

Mee rebus lobster anyone?
Seafood heaven… Sedapnya
Burger and fries? Ada peminat burger?
Sandwich
Burger again? Yang ini pun sedap
Rasa rendang. Sedap sangat. kena dengan suasana sejuk di sini
Pau istimewa. Panas panas memang shiok
Citarasa Malaysia tidak dilupa, Nasi lemak..

Sememangnya kena dan masuk. Sedap dan menyelerakan.

Berkeluasan  13,094 meter persegi, High Line boleh memuatkan sehingga 307  tetamu di ruangan dalam dan 180 di ruangan luar. Ruangan ini meliputi lebar enam lot kedai, masing-masing dengan teres peribadi. High Line terletak di Level 4 SkyAvenue, Resorts World Genting, beroperasi dari 11 pagi hingga 1 pagi setiap hari.

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge