Nuffnang Masih Wujud ke 2021?
Nuffnang Masih Wujud ke 2021? | Asslamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai Nuffnang.
Apa Itu Nuffnang
Bagi sesiapa yang berblogging pada awal 2010 dahulu pastinya kenal dengan Nuffnang ini. Mana tidaknya, ia adalah pempelopor bagi pengiklanan blog di Malaysia ini. Setiap blogger pastinya inginkan iklan Nuffnang untuk muncul diblog mereka.
Tambahan pula, zaman tersebut merupakan zaman kegemilangan bagi industri berblog di Malaysia. Mana tidaknya, setiap orang ada blog sendiri. Saya juga tidak terkecuali. Blog yang sedang anda baca ini adalah hasil dari penulisan saya sejak tahun 2010 lagi. Kiranya ini merupakan tahun ke-12 saya dalam industri ini.
Zaman Silih Berganti – Industri Blog Kian Sepi
Semasa zaman kegemilangan industri blog tersebut, sememangnya terdapat ramai selebriti hasil dari blog. Ramai yang terkenal dan mempunyai ramai pengikut. Pada zaman tersebut aplikasi media sosial seperti Instagram masih belum booming. Jadi ramai yang masih bergantung harap kepada blog dan Facebook.
Namun kini tidak lagi semeriah dulu. Zaman berganti zaman, tahun bersilih ganti, kini orang lebih cenderung kepada aplikasi seperti Tiktok dan Youtube. Kalau dulu, ya ramai yang suka membaca dan aplikasi seperti blog dan Facebook menjadi pilihan. Seterusnya waktu gambar. Waktu ini orang lebih cenderung untuk lihat gambar dari membaca, jadi aplikasi seperti Instagram memang naik.
Kini aplikasi yang memaparkan video menjadi pilihan. Seperti aplikasi Tiktok. Memang ramai yang berkumpul di sana. Termasuk saya! Sampaikan kadang-kadang tak perasan yang beberapa jam sudah berlalu. Terlampau asyik melihat video menarik yang ditunjukkan.
Oh! Bukan video yang mengarut dan separa porno ya! Sebabnya di Tiktok terdapat AI yang bertindak untuk menganalis perangai (behaviour) anda. Jadi apa yang dipamerkan adalah mengikut kesukaan anda. Apa yang anda cari, itulah yang anda dapat. Macam saya banyak video lucu, masakan, matematik dan sains yang muncul. Kekadang video gelek tu ada jugak la. hahaha.
Sejarah bersama Nuffnang
Baiklah panjang benar melalut. Berbalik kepada tajuk utama kita. Nuffnang masih membuat pengiklanan di blog ke sekarang? Alkisahnya saya sudah lama tidak membuka laman web Nuffnang.
Ya lah, kali terakhir saya buka pada 2016 yang lalu. Semasa saya masih meletakkan kesemua iklan mereka di blog saya. Jika lihat pada kali terakhir saya cashout pun pada 2016 yang lalu.
Namun beberapa hari yang lepas tergerak hari untuk membuka dan melihat laman web Nuffnang. Wah! Tak sangka ada juga duit kat dalam ni walaupun tak banyak. Hahaha. Rupanya masih ada iklan yang ditayangkan di blog saya dari pihak mereka.
Sebenarnya masih ada satu iklan yang saya masih letakkan di blog iaitu dibahagian sidebar. Ini kerana iklan dibahagian lain automatik terdelete apabila setiap kali platform blog saya iaitu WordPress updated. Jadi kod yang dimasukkan dalam html akan terdelete dengan sendirinya. Namun iklan bahagian sidebar tidak terjejas kerana ianya menggunakan widget. Jadi memang tetap ada lah iklan yang satu itu.
Kalau tengok iklan CPUV ini pun kali terakhir ianya muncul pada akhir 2020 yang lalu. Maksudnya tak lama la ianya muncul. Baru sahaja beberapa bulan yang lepas. Harapnya Nuffnang 2021 ini lebih rancak.
Jadi, pengiklanan di blog Nuffnang 2021 ini masih wujud ke? Menurut pekerja mereka, ya masih ada. Namun tidak serancak dulu. Kerana kini fokus pada benda lain.
Teringat pula zaman dedulu. Dengan join event Nuffnang la boleh jumpa rakan-rakan blogger. Banyak rupanya event yang saya sertai. Hahahaha. Teringat!
AM: Rindu nak join event Nuffnang seperti dulu. Tengok movie, main games
– amirnawawi.com