Pembukaan Butik Hegira di Kota Bharu
Butik Hegira Kota Bharu | Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua khususnya warga Kelantan sekalian. Kini Butik Hegira telah membuka butik pertama mereka di Kota Bharu.
Siapa Pemilik Butik Hegira?
Jika anda mengenali jenama Siti Khadijah, Hegira merupakan anak syarikat Siti Khadijah. Untuk makluman juga nama Hegira diilhamkan daripada kemuliaan perkataan ‘hijrah’ atas penghormatan kepada sejarah penting agama Islam ketika Nabi Muhammad SAW berhijrah dari Mekah ke Madinah.
Perasmian Pembukaan Butik
Pada Jumaat lepas, saya telah menghadiri majlis perasmian pembukaan Butik Hegira ini. Majlis Perasmian Butik Hegira pertama di Malaysia ini berlangsung pada pukul 3 petang bertempat di Lot F-08, AEON Mall, Kota Bharu. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berhormat, Dato’ Hajah Mumtaz Md Nawi (JMK), Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan bersama-sama dengan En Mohammad Munzir Aminuddin, Group Chief Executive Officer, Siti Khadijah dan Puan Suri Daman, pengasas Hegira.
Puan Suri Daman, Pengasas Hegira
Puan Suri selaku Pengasas Hegira juga tidak melepaskan peluang untuk berucap pada majlis pembukaan tersebut. Antara intipati ucapan beliau adalah,
“Butik pertama Hegira ialah tempat titik pertemuan antara peminat Hegira dan juga kami sebagai pereka dan pengeluar. Dengan “dekat”nya dua pihak ini, kami yakin untuk mengukuhkan lagi pengeluaran produk produk yang boleh menjadi solusi kepada cabarancabaran yang di lalui wanita moden hari ini”.
“Visi saya adalah untuk menjadi sedekat mungkin dengan kehidupan wanita, menemani mereka mengharungi kehidupan yang mencabar. Kami akan terus mereka bentuk tudung, pakaian dan produk lain yang boleh memudahkan kehidupan wanita-wanita ini. Lebih penting lagi, sesuai dengan slogan kami ‘Ubah Nasib Anda’, kami berharap Hegira melalui produk dan kisahnya dapat memberi inspirasi kepada ramai wanita untuk memiliki kisah hijrah peribadi serta mampu menentukan nasib mereka sendiri. Kami juga merancang untuk menjadikan Hegira lebih mudah diakses oleh pelanggan kami dengan membuka lebih banyak lokasi runcit fizikal di seluruh Malaysia mulai tahun ini dan seterusnya” tambah beliau lagi.
Rekaan Koleksi Hegira
Keunikan, fleksibiliti dan praktikal menjadi tunjang utama rekaan hijab yang dikeluarkan Hegira dalam usaha menampilkan keperibadian setiap wanita supaya tampil lebih bersederhana dan mengangkat martabat dan nilai diri mereka. Prinsip utama Hegira yang mengangkat inovasi telah berjaya meletakkan Hegira berada di barisan hadapan dalam pembangunan dan rekaan hijab yang tersendiri.
Hegira menampilkan variasi rekaan hijab termasuklah keistimewaan utama, iaitu hijab sarung atau slip ons (The SO’s) dan PS iaitu Pin & Style. Menariknya, setiap hijab sarung (The SO’s) menampilkan nama-nama yang bermula atau berakhir dengan perkataan SO seperti Prettily-So, Charmingly-So, Lovely-So, So-Right dan banyak lagi. Hegira menyasarkan untuk menghasilkan lebih banyak rekaan dan produk khusus untuk golongan wanita.
Lokasi Butik Hegira
Untuk anda yang ingin berkunjung ke Butik Hegira bolehlah berbuat demikian di alamat berikut:
Butik Hegira (Bersebelahan Butik Siti Khadijah)
Lot F-08, AEON Mall, Kota Bharu
Lembah Sireh, 15050 Kota Bharu, Kelantan
Nantikan pembukaan kedua butik mereka di IOI Mall Putrajaya nanti.