Pengubahsuaian Kenderaan – Akta Pengangkutan Jalan 1987

Pengubahsuaian Kenderaan | Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Untuk entri kali ini saya ingin kongsikan mengenai pengubahsuaian kenderaan dari Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pengubahsuaian Kenderaan

Oleh kerana terlalu banyak soalan tentang ubahsuai kenderaan, dikongsikan sedikit maklumat berkenaan. Mohon baca dengan tenang, fahamkan dan amat dihargai segala pendapat atau pandangan. CUMA di sini menitikberatkan nilai dan bahasa serta ayat yang berhemah. Sebagai MANUSIA yang matang, beringat /beretika itu adalah kebaikan rohani dan jasmani berbanding seseorang individu dari sifat busuk, hina dan keji dengan perkataan yang BURUK dan PANGGILAN-PANGGILAN yang hina.
.
PENGUBAHSUAIAN KENDERAAN
Seksyen (12) Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah menetapkan keperluan undang-undang mengenai sebarang pengubahsuaian kepada kenderaan sebelum dan selepas pendaftarannya iaitu :
.
PENGUBAHSUAIAN MOTOSIKAL
.
Pengubahsuaian atau pemasangan aksesori pada motosikal yang boleh dilakukan tanpa mendapatkan kelulusan daripada
JPJ adalah seperti berikut :-
.

  1. Pemasangan pengadang angin
  2. Pemasangan penutup lampu fibreglass (fairing)
  3. Pemasangan penutup enjin fibreglass pada bahagian hadapan motosikal
  4. Pemasangan disc brake hadapan atau belakang bertujuan meningkatkan tahap kecekapan brek.
    .
    Pengubahsuaian atau pemasangan aksesori pada motosikal yang tidak dibenarkan adalah seperti berikut :-
  5. Pemasangan foot rest melibatkan pengubahsuaian tapak / kedudukan asal.
  6. Penukaran / pengubahsuaian ekzos yang tidak mengikut spesifikasi asal pengilang.
  7. Pemasangan cover sets / fairing yang mengubah indentiti asal.
    .
    PENGUBAHSUAIAN KENDERAAN PERSENDIRIAN
    .
    Terdapat pengubahsuaian atau pemasangan aksesori yang boleh dilakukan tanpa mendapatkan kelulusan daripada JPJ. Namun begitu, pengubahsuaian atau pemasangan aksesori tersebut mestilah mengikut panduan yang telah ditetapkan. Senarai pengubahsuaian tersebut adalah seperti berikut:-
    .
  8. Pemasangan air spoiler, side skirt dan aerofoil pada kenderaan.
  9. Pemasangan door visor pada kenderaan.
  10. Pemasangan tambahan bumper pada bahagian hadapan atau belakang kenderaan dan protecting guards (Kangaroo Bar) pada bahagian hadapan kenderaan.
  11. Pemasangan rim dan tayar yang lebih besar.
  12. Pemasangan sun roof / moon roof / canvas top di atas bumbung kenderaan
  13. Pemasangan membawa tangga / bot / surf board
  14. Penukaran kotak gear manual / automatik
  15. Pemasangan kanopi / kanvas
  16. Pemasangan Winch, Winch Bar, Side Step, Rear Bar dan Snorkel
  17. Pemasangan roof-rack (para bumbung) / Bike Carrier
  18. Pemasangan spotlight
    .
    Pengubahsuaian atau pemasangan aksesori pada kenderaan persendirian yang tidak dibenarkan adalah seperti berikut :-
    .
  19. Pemasangan bodypart / bodykit yang menyebabkan perubahan pada identiti kenderaan.
  20. Pemasangan rollcage sebagai aksesori dalaman pada kenderaan.
  21. Pemasangan lampu HID secara retrofit.
  22. Penukaran sistem pacuan.
  23. Lampu berkelip-kelip (selain daripada lampu penunjuk arah dan lampu berjaga-jaga) pada bahagian hadapan atau belakang kereta.
  24. Pemasangan apa – apa lampu tambahan selain warna putih / amber pada bahagian hadapan dan selain warna merah / amber pada bahagian belakang.
  25. Pemasangan hon yang berirama atau hon dengan dua nada.
  26. Pemasangan cermin gelap atau tinted film pada cermin hadapan dengan ketelusan cahaya kurang daripada 70%.
  27. Pemasangan cermin gelap atau tinted film pada cermin sisi dengan ketelusan cahaya kurang daripada 50% dan belakang dengan ketelusan cahaya kurang daripada 30%.
    .
    JENIS-JENIS PENGUBAHSUAIAN PADA KENDERAAN PERSENDIRIAN DAN PERDAGANGAN YANG PERLU MENDAPAT KEBENARAN TERLEBIH DAHULU DARIPADA JPJ.
    .
    Kenderaan Persendirian
    .
  28. Pengubahsuaian ke atas kenderaan OKU.
  29. Penukaran sistem bahan bakar.
  30. Penukaran enjin.
  31. Status kenderaan Vintaj/Klasik
  32. Penukaran Panel struktur kenderaan (kes kemalangan)
    .
    Kenderaan Perdagangan
    .
  33. Pengubahan ke atas bes roda kenderaan.
  34. Pemasangan iklan (utk kenderaan decontrolled sahaja)
  35. Mengubah bilangan tempat duduk
  36. Penukaran Had Berat
  37. Pemasangan Pagar Sisi & Kanvas
  38. Penukaran Kabin
  39. Pemasangan Lantai/Lapik Besi
  40. Mengubah Kegunaan Kenderaan
  41. Penukaran Gandar
    10.Penukaran Jenis Badan
    .
    Makluman : Untuk pengubahsuaian di atas atau yang sama dengannya, permohonan boleh dikemukakan kepada Bahagian Kejuruteraan Automotif di JPJ Negeri yang berhampiran.
    .
    Sumber : Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.