July 21, 2024
Lain-Lain

Perbezaan Ketam Nipah dan Ketam Batu

Asslamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang saya kasihi sekalian. Semoga anda sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai Perbezaan Antara Ketam Nipah dan Ketam Batu.

Bagi peminat makanan laut, semestinya ketam antara makanan yang paling digemari. Keenakkan isinya pasti menari-nari di dalam mulut. Namun tahukah anda tak semua ketam boleh dimakan. Antaranya adalah ketam batu.

Penulisan ini saya petik daripada group Masak Apa Tak Jadi Hari Ini.

Sedikit fakta…
Perbezaan antara ketam nipah dan ketam batu..
Yang TAK BOLEH MAKAN ialah KETAM BATU ya….
PERBEZAAN ANTARA KETAM NIPAH DAN KETAM BATU (KETAM NIPAH BOLEH DIMAKAN, KETAM BATU TIDAK BOLEH DIMAKAN) KREDIT PADA SAHABAT HALAL JAKIM

Mengikut istilah sains, haiwan dua alam ini ada dua kategori iaitu reptilia dan amfibia yang mempunyai sistem pernafasan paru-paru. Edaran hidupnya sebahagian di dalam air dan sebahagian lagi di darat seperti katak, penyu, labi-labi, buaya dan seumpamanya.

Ketam nipah pula bukanlah daripada jenis reptilia dan amfibia, tetapi ia adalah dari jenis rustasia iaitu sama golongan dengan udang dan kerang. Keseluruhan edaran hidupnya adalah di dalam air dan mempunyai sistem pernafasan melalui insang dan bukan paru-paru. Ia bernafas menggunakan oksigen dalam air sebagai pelarut. Oleh itu dari segi hukum ketam nipah ialah binatang yang boleh dimakan.

Kehidupan ketam nipah di darat hanya dalam tempoh masa yang singkat sahaja iaitu lebih kurang dua tiga hari, kerana dalam insangnya mempunyai satu ruang pintu yang boleh ditutup dan mengandungi sedikit air. Ia menggunakan air tersebut untuk pernafasan dan sekiranya air itu kering ia akan mati.

Sementara Ketam Batu adalah sejenis binatang dua alam yang hidup di air dan juga di darat kerana kehidupan sebanranya di dalam air tetapi boleh hidup lama di darat. Menurut Mazhab Syafie, tiap-tiap binatang yang hidup dua alam adalah haram dimakan.

Perbezaan Ketam Nipah dan Ketam Batu

Jadi itulah perbezaan antara 2 jenis ketam ini. Pilihlah ketam yang betul untuk dimasak ya 🙂

Semoga bermanfaat.

Baca kisah yang lain di amirnawawi.com

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *