December 13, 2024
Lain-Lain

PLASH AFY HANIFF – Amalkan Cuci Tangan Selalu

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang membaca blog ini. Saya doakan semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai Plash iaitu produk dari AFY Haniff.

Sedar tak sedar tahun 2020 yang kita semua nantikan akan berakhir. Apa sahaja yang kita telah lakukan sepanjang 2020 ini? Saya yakin kita semua menyimpan memori yang tidak dapat dilupakan. Mana tidaknya, hampir setahun kita semua diterjah oleh musuh tanpa jasad iaitu virus COVID-19.

Impian kita untuk melihat kereta terbang pada tahun 2020 ini hanyalah mimpi kosong. Lagi teruk bukan kita mampu terbang, malah kena berkurung lagi. Bukan terbang bebas malah dikurung paksa rela.

Namun musuh yang kita sedang hadapi sekarang masih berleluasa. Kalau dah ada depan mata, pastinya mudah kita tewaskan tapi masalahnya tak nampak. Nak tendang dan pukul pun tak dapat. Apa yang kita dapat lakukan adalah jauhkan diri kita dari ancaman mereka.

Hari-hari kita dinasihatkan agar dapat menjaga diri kita dari dijangkiti virus ini. Pelbagai arahan dan nasihat diberikan agar dapat mencegah dari dijangkiti. Hanya kita yang mampu menjaga diri kita sendiri.

Antara pesanan yang kerap diberikan adalah seperti memakai pelitup muka, jaga jarak, elakkan tempat sesak dan selalu membasuh tangan. Kita sekarang tidak seperti dulu lagi.

Baiklah kali ini saya ingin kongsikan kepada anda semua cara basuh tangan dengan betul.

Cara Basuh Tangan Dengan Betul

Langkah mencuci tangan dengan betul dari Kementerian Kesihatan Malaysia

Penggunaan sabun pencuci tangan yang betul juga perlu bagi memastikan ianya berfungsi dengan baik. Pastikan sabun yang anda gunakan mampu untuk membersih tangan anda dari kuman dengan sempurna.

Apa yang saya perhatikan, terutamanya di kedai makan ataupun tepat keramaian, sabun yang disediakan adalah sabun yang bukan dikhususkan untuk mencuci tangan.

Ada yang isikan sabun basuh pinggan, sabun mandi dan ada juga masukkan sabun pencuci lantai! Oh! Tangan dengan lantai sama ke? Itu belum lagi sabun yang dicampur dengan air bagi memastikan ianya cukup syarat ataupun sekadar ada.

Saya paling tak suka bila berhadapan dengan situasi seperti di atas. Saya ni sejenis yang tak suka tangan berminyak dan tak bersih bila lepas makan. Memang akan saya sental sendiri sebersihnya. Kalau tanpa sabun, nak buat macamana kan?

Suka saya bila AFY Haniff keluarkan Plash ini. Kecik sebesar tapak tangan sahaja. Boleh dibawa ke mana sahaja.

Baunya juga wangi dan terdapat 2 variasi iaitu Fresh Aloe dan Sweet Sakura. Plash menghapuskan 99.9% virus dan bakteria berbahaya. Diperkaya dengan ekstrak lidah buaya yang membantu mengekalkan kelembapan kulit dan sesuai untuk kegunaan harian.

Selain itu juga terdapat saiz iaitu 400ml dan 200ml. Kandungan bagi Plash ini adalah bebas daripada Paraben, Phthalate dan Dye serta tidak diuji pada haiwan. Jadi ianya lembut pada kulit.

Terbaik bukan? Untuk anda yang berminat untuk dapatkan Plash AFY Haniff ini bolehlah mendapatkannya di dalam talian iaitu di pautan di bawah.

🛍️🛒 PEMBELIAN ONLINE
1️⃣ Yezza: https://afyhaniff.yzza.io/4led/

Untuk pembelian secara langsung pula bolehlah dapatkan di rangkaian pasaraya seperti di Mydin, Pasaraya Giant, AEON, Family Store, Billion, Pasaraya Super 7 dan di beberapa pasaraya yang terpilih.

Jadi tunggu apa lagi, jom dapatkan Plash dan pastikan kita amalkan budaya selalu mencuci tangan.

Kuman dimusuhi, Plash sentiasa di hati ❤️

Untuk maklumat lanjut berkenaan Plash dan rangkaian produk AFY Haniff yang lain bolehlah melayari mana-mana medium seperti di bawah.

1️⃣ Facebook: https://www.facebook.com/AFYconsumer/
2️⃣ Instagram: https://www.instagram.com/afyhaniff_consumer/?hl=en
3️⃣ YouTube: https://www.youtube.com/channel/UCq6r-Xtnh

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *