Resepi Mee Soto Mak Siti Merecik Hawau!
Resepi Mee Soto Mak Siti Merecik Hawau!
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan kepada anda semua mengenai resepi mee soto yang tersedap di alam semesta.
Ye la kan, bila aku yang masak, pasti sedap punya. Amir Nawawi kot! Jarang anak Melayu puji diri sendiri melambung macam aku ni. Tapi kalau aku tak puji diri sendiri, siapa lagi nak puji kan? Nak harapkan korang semua memang lambat lagi la kan. hahaha
Baiklah puan-puan dan Mak Jah sekalian, berbalik kepada menu hari ini, Wah! Dah macam Chef Wan pula aku bercakap ini. (bayangkan bila kalian baca entri ini, kalian mendengar atonasi aku menaip sambil bercakap gaya chef tersohor negara, Chef Wan). Mee soto ini sebenarnya mudah dan senang sahaja untuk disediakan.
Tak ada la rumit dan renyah sangat. Lagipun yang membezakan mee soto, bihun soto, soto dan kuew teow soto adalah bahan untuk dipadankan bersama kuah sotonya sahaja. Tak faham?
Mari aku terangkan dengan lebih terperinci. Ya aku tahu orang Malaysia ni kalau panjang berjela memang malas nak baca. Nak aku lukiskan ke baru korang mudah faham?
Ceritanya begini:
Mee + kuah soto = Mee soto
Bihun + kuah soto = Bihun Soto
Kuew teow + kuah soto = Kuew teow soto
Jadi nampak tak? Yang membezakan kesemuanya adalah bahan untuk dipadankan dengan kuah soto. Jadi untuk menu kali ini aku ingin kongsikan cara untuk membuat kuah soto. Ikut suka hati andalah nak campurkan dan padankan dengan yang mana-mana yang anda suka. Yang pasti aku padankan dengan mee. Kenapa mee? Sebab bila teringatkan mee, i terus teringatkan u. Dapat tak pickupline tu? Ok, tak dapat…
Kalau nak ikutkan aku, banyak lagi aku nak buat pickup line kat sini, tapi eloklah kita FOKUSKAN KEPADA RESEPI MEE SOTO, lagipun korang bukan suka sangat membaca panjang-panjang ni kan? huhuhu.
Resepi Mee Soto
Bahan-bahan
1. 1 paket MAK SITI Mix Spice
2. 2 liter air
3. 1 paket MAK SITI Mix Soto Soup
4. 1 kg daging lembu atau ayam
5. Garam
6. Minyak masak
Cara memasak
- Panaskan minyak masak.
- Gorengkan campuran rempah ratus
- Tambahkan 2 liter air.
- Masukkan serbuk rempah sup soto
- Masukkan daging lembu ataupun ayam
- Masak sehingga daging atau ayam tersebut empuk.
- Lebih kurang 10 minit sebelum masak, masukkan sayur sayuran. nak banyak, letak banyak sayur. tak suka sayur? Letak jugak! Sila makan sayur supaya sistem percernaan kita berfungsi dengan baik.
- Akhir sekali, tambahkan garam dan gula secukup rasa. Namun, pesanan ikhlas dari saya, kurangkan manis dalam makanan, tambahkan manis pada senyuman 🙂
- Siap untuk dihidang!
Nampak tak? Dengan beberapa bahan sudap siap untuk menu mee soto kita. tak bayah bersusah payah menumbuk bawang bagai. Pakai sahaja serbuk Mak Siti, pasti mudah kerja anda. Bila dan mudah, pasti la cepat siap. Bila cepat siap, cepatlah kita dapat makan kan? Nampak tak kesinambungan dia tu?
Bila cepat makan, cepat la boleh buat aktiviti yang lain. OK! Selesai sudah resepi mudah mee soto kita. Pastikan anda hidang dengan kondimen yang sesuai ya. Yang itu anda boleh tambah la sendiri. Nak tambah telur rebus ke, taugeh ke, daun bawang ke. isi ayam ke, sambal kicap ke, ikut suka hati anda lah. Yang pasti sup soto anda dah siap!
Baiklah dalam menu ini saya telah menggunakan rempah Mak Siti iaitu Rempah Sup Soto Mak SitiÂ
Ianya boleh didapati dengan mudah dipasaran pada paket yang kecil sehinggalah yang besar. Kalau anda nak kenduri belilah yang besar. Gituh!
Selain 2 produk di atas, terdapat pelbagai lagi produk Mak Siti yang lain. Ya lah kan, orang Malaysia ni memang terkenal dengan rempah ratus dalam masakan. Mana tidaknya segala masakan diletakknya rempah untuk membangkitkan selera. Nak masak nasi goreng pun kena masuk rempah oi! Itu belum lagi masak lemak, gulai dan sebagainya. Tapi itulah identiti masakan kita, masakan Melayu Malaysia.
Bukan itu sahaja, masakan dari pelbagai etnik dan kaum lain juga tidak terkecuali. Rempah ratus dalam masakan ibarat satu kewajiban. Tak ada rempah ratus ibarat tak lengkaplah hidangan tersebut. Oleh yang demikian, mengambil kira keperluan dalam industri rempah ratus Malaysia, Mak Siti jenama bumiputera Malaysia memainkan peranan penting dalam membekal rempah ratus ini.
Antara produk keluaran Mak Siti adalah
- Serbuk Rempah Kari Daging
- Serbuk Rempah Kurma
- Sebuk Rempah Rendang
- Serbuk Rempah Sup
- Serbuk Rempah Masak Kicap Ikan
- Serbuk Rempah Sup Soto
- Serbuk Rempah Kari Makanan Laut
- Serbuk Rempah Kari Ikan
- Serbuk Rempah Masak Kicap Daging
- Serbuk Rempah Sup Kepala Ikan
Banyak kan? Itu belum lagi yang masih dalam produk R&D, pasti banyak lagi yang akan keluar selepas ini. Jadi kita tunggu dan lihat sahaja ya. Jom kita saksikan beberapa resepi yang disediakan menggunakan produk Mak Siti yang lain.
Oh! Lupa untuk saya kongsikan yang produk Mak Siti ini adalah pelbagai paket. Ada yang bersaiz besar dan juga dalam paket kecil sekali masak macam tu. Yang nak kenduri kendara tu bolehlah beli yang besar, kalau setakat untuk keluarga tu bolehlah beli yang kecil sahaja. Namun yang lebih menariknya adalah, produk Mak Siti juga ada menyediakan dalam botol kecil.
Alaa yang jenis tuang-tuang tu. Ditanya kenapa menggunakan botol kecil sebegini, pihaknya berkata yang rakyat Malaysia sekarang lebih sukakan sesuatu yang praktikal dan mudah digunakan. Ya la, tuang sahaja dan siap. Kan memudahkan kehidupan tu. Tak begitu wahai kalian semua?
Lagi satu, apa yang aku suka dengan produk mak Siti ini adalah ianya tiada mengandungi MSG, bahan pengawet, perisa tambahan ataupun pewarna ya. Dan yang paling utama ianya disahkan halal oleh JAKIM. Yang penting semuanya semualajadi katekaw! Jadi tak perlu was-was dan ragu-ragu la kalau nak guna. Keluarga aku memang tak guna produk yang ada MSG ni. No wonder la family kitorang semuanya jelita, especially aku.. Aummm (again aku puji diri sendiri).
Oh! Lupa juga aku nak kongsikan mengenai majlis berbuka puasa dan pelancaran produk baru Mak Siti. Aku dan kekawan telah dijemput sama dalam majlis ini. Ianya telah diadakan di Restoran Rempah Kari Mak Siti Bandar Tun Razak.
Bila ditanya kenapa buat majlis di sini, katanya tempat inilah bermulanya Mak Siti sekarang .Di sini merupakan tempat pertama perusahaan Mak Siti sejak dahulu. Kiranya tempat ini menyimpan sejuta kenangan, Jadi apabila mengadakan majlis di sini, ianya bakal membangkitkan memori dalam kalangan mereka. Wah! tahniah Mak Siti dan anak-anak.
Dulu adanya rumah kedai ini sahaja, sekarang nah kau, ambil satu ladang seluas 3,200 ekar di Muar nuh mereka ada. Siap tanam sendiri lagi rempah ratus. Patutlah rempah ratus yang dibekalkan mereka berkualiti, rupanya ditanam sendiri dan kualiti produknya dikawal rapi.
Dalam majlis itu juga diperkenalkan produk baru Mak Siti iaitu rempah ratus dalam botol. Ala yang aku dah tulis kat atas ni hah. Tapi yang lebih istimewanya, ada juga dihasilkan daun limau purut dalam botol. Menarik bukan? Bagi aku sendiri, ini adalah pertama kali aku melihat daun limau purut dikeringkan dan dibotolkan. Memang unik. Lepas ni kalau nak masak senang la kan, tuang sahaja dari botol.
Apapun untuk kalian yang ingin mendapatkan produk Mak Siti bolehlah mendapatkannya di mana mana pasaraya besar seperti Giant, Tesco, Aeon Big dan Mydin. Tak lupa juga di kedai-kedai runcit di kampung kampung anda. Kampung saya nun yang terperuk di hujung Kelantan pun ada produk Mak Siti. Apatah lagi anda kan?
Untuk anda yang ingin mendapatkan lagi maklumat mengenai produk Mak Siti, bolehlah melayari mana-mana medium di bawah:
Nasuha Enterprise Sdn. Bhd.
Ladang Rempah Ratus & Herba
Batu 12, Jalan Muar – Pagoh
84500 Muar, Johor.
Tel : 06-9737508 / 509
Whatsapp : 017-3309330
Website :Â www.maksiti.com
Facebook :Â www.facebook.com/rempahratusmaksiti
Instagram :Â www.instagram.com/rempahratusmaksiti
Ingat Masakan Mak, Ingat Mak Siti
Yang penting, jangan lupa resepi Mee Soto aku ni! Cuba tau.
Nak bamir masakkkk
Aku selalu masak la. Kbye!
Pandainya awak masak mee soto kan. Ingat org lelaki bujang reti makan je. haaaa nampak menyelerakan resepi ni wak. nanti kita nak cuba gune rempah mak siti lah.
Wajib cuba. Hey! Saya walaupun bujang tapi pandai masak ya.
sedap2. cara ko present ni macam chef. boleh dah kalau nak keluarkan buku @ jadi chef rempah ratus mak siti 😀
Mungkin diorang boleh lantik aku jadi duta..hahaha
aku nak jugak.. tapi sambal kicap kena ade . huhu
Kicap sila buat sendiri..hahaha
Merecik hawau! Ajak Kabali makan srkali x?
Ok la.. Nanti open house banyak yang sediakan.
Pandai Amir masak…bila dapat rasa ni…
Nanti open house boleh rasa ya. Tapi orang lain la masak
Mohon bamir masak soto ayam raya nanti. Saya mengidam ni
Mengidam? Awak ni mengandung ek?
Perghhh mmg merecik hawau.. bilalah dpt rasa masakan bamir nie..
Abang Khir kena cuba ni. Mudah je nak buat
mmg merecik la mir! thorbaik~
Sila cuba ya!
Merecik weii hawau sangat mee soto kau.. tapi dah ada mee soto tu agak agak sesuai tak dihidangkan bersama sup sayur ?
Ringkas tapi khasiat dikekalkan namun enak dan lazat. Jom cuba resepi Sup Sayur Ringkas dari Syafiera !
Aku dah letak widget kat bawah ni untuk share link blog sesiapa yang komen. Jangan la spam link lagi kat sini. TQ
“Mee Soto Mak Siti Merecik Hawau~~~” – doraemon.
hahahaha. Tu lampu selfie bercahaya lembut je
aku rasa kau ni elok buat video masak-masak. Banyak benor celotehnya. hahaha
tapi betul, asal tahu buat kuah soto, tak kisah lah bihun soto ke, mee soto ke, confirm sedap. hehehe
hahahaha. Mungkin Lazada boleh jemput aku untuk segmen masak-masak 😛