January 21, 2025
Hal-hal Semasa

Salji Turun di Malaysia?

Rupanya negara China tengah bersalji sekarang., jadi angin bertiup sampai ke negara kita sejuknya. Ok la tu kan angin bertiup bawa udara sejuk dari bawa jerebu seperti tempoh hari. Fuh! Tapi tak mustahil kalau salji nak turun kat Malaysia sekalipun. Kun fayakun..

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca sekalian. Semoga semunya berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah pada entri kali ini ingin aku kongsikan dengan anda semua mengenai fenomena terbaru melanda negara. Bukan fenomena K-pop atau apekebendenya namun fenomena tiupan angin monsun timur laut..haha.

[pullquote align=”left|center|right” textalign=”left|center|right” width=”30%”]Rupanya negara China tengah bersalji sekarang[/pullquote]

Apa aku merapu ni, straight to the point. Semua maklum bahawa suhu di pantai timur semenanjung Malaysia sekarang ini amatlah dingin sekali. Aku berada di Kuantan ni dah 2 3 hari tak pasang kipas dok dalam bilik. Sejuk yang amat. Tu belum cerita pasal mandi ke tak..huhu

Ramai yang dok sibuk dan bising dalam media sosial bahawasanya salji akan turun di Malaysia? Betulkah salji akan turun? Omaigad! Boleh makan ABC setiap hari la lepas nih (just kidding). namun untuk lebih kepastian, ayuh kita baca kenyataan media dari pihak Jabatan Meteorologi Malaysia berkenaan hal ini.

Meteriologi

Rupanya negara China tengah bersalji sekarang., jadi angin bertiup sampai ke negara kita sejuknya. Ok la tu kan angin bertiup bawa udara sejuk dari bawa jerebu seperti tempoh hari. Fuh! Tapi tak mustahil kalau salji nak turun kat Malaysia sekalipun. Kun fayakun..

Apapun setakat sejuk sebegini jangan ada yang fefiling nak pakai baju bulu-bulu keluar rumah yer. Ni bukan salji setinggi 10 inci. takyah nak propa sangat. Ohoho!

Kalau bebetul kalian nak tengok salji, sila ke China sekarang ataupun jalan pintas tengok kat blog OTAI ni, Penuh salji berguguran kat situ..

AM: Kalaulah Malaysia turun salji, apa kata anda?

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

18 thoughts on “Salji Turun di Malaysia?

  • gua dah lama pakai baju sejuk kat malaysia ni maa..

    Reply
    • Fuyooo! Kerlass kau En titans.. Orang kemain panas, blh plak anda pakai baju sejuk

      Reply
  • Kan.. betul jugak.. takkan la bersajli bagai… tapi kalau nak jadi..nak buat camne..

    Reply
  • Terkejut juga apabila mendengar berita ini… Bila dah ada penjelasan macam ni, barulah tahu cerita sebenarnya.. Terima kasih di atas perkongsian info…

    Reply
  • serius mmg sejuk..
    rasa malas pulak nak keluar rumah

    Reply
  • Azlan Vai

    La.. patut la pagi-pagi aku rasa sejuk satu macam je.. sampai kul seploh sejukkkkk..
    Cahaya matahari sang suria terang je..

    KUASA TUHAN

    Reply
  • Patutlah sejuk beberapa hari ini diwaktu malam. Dapat tempias musim salji dari negara China.

    Reply
  • kalau ada efek bagus pada org pertanian.. mana tau padi jadi lagi subur ke.. bagus jugak kan

    Reply
  • Hahaha, humor paling lawak tahun ni – salji turun… Kalau betul salji turun teruk… Malaysia memang tak sedia lnsg untuk hadapi cuaca macam tu…

    Reply
  • Pada pandangan saya, susah gak kalau Malaysia ni salji. Sebab kita tak pernah experience perkara gini. Bukan saja basic stuffs macam pakaian perlu tukar tapi crops dan haiwan ternakan akan terjejas juga. Hidupan tu lagi susah nak sesuaikan diri kepada perubahan cuaca mendadak kalau nak banding dgn mamalia mcm kita ni. So, harap Malaysia tak salji atau experience extreme changes in weather. Susah woooo

    Reply
  • mulanya memang percaya juga salji turun kat Indonesia tu…dari segi sains memang takkan ada salji kat M’sia, tapi kalau Allah nak turunkan sekejap…merasa juga kita…

    Reply
  • Kalau la KL turun salji,,, senang nak gi keja naik basikal,,, hahahaha

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *