Super Junior di Majlis Perasmian KyoChon Malaysia
Malaysia merupakan cawangan terbaru mereka di Asia tenggara. Namun jangan tersalah sangka kerana KyoChon bukanlah satu restoren makanan segera.
Assalamualaikum dan salam sejahtera sekalian. Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah pada kali ini ingin saya kongsi9kan dengan anda semua mengenai kehadiran kumpulan K-pop yang terkenal di Korea iaitu Super Junior ke Malaysia pada 10 Januari yang lalu.
[pullquote align=”left|center|right” textalign=”left|center|right” width=”30%”]Super junior merupakan Duta kepada rangkaian restoren KyoChon[/pullquote]
Untuk makluman semua, Super junior merupakan Duta kepada rangkaian restoren KyoChon., disamping seorang lagi penyayi jelita iaitu Ailee. KyoChon pula merupakan salah satu restoren ayam goreng yang terkenal di Korea. Dan Malaysia merupakan cawangan terbaru mereka di Asia tenggara. Namun jangan tersalah sangka kerana KyoChon bukanlah satu restoren makanan segera.

KyoChon di 1Utama merupakan cawangan kyonChon yang pertama di Malaysia. Jadi untuk memperkenalkan lagi jenama ini kepada seluruh rakyat Malaysia, duta mereka iaitu Super Junior di bawa khas dari Korea ke 1Utama ini. Sungguh padat dan meriah sambutan kepada mereka semua yang berkunjung ke sini yang rata-ratanya adalah remaja perempuan dan para peminat setia Super Junior ini.
Sebenarnya bukan kesemua ahli Super Junior yang datang, tapi hanya 2 orang sahaja iaitu Kyunhyun dan Kangin. Namun walaupun berdua, sambutan yang diberikan cukup meriah. Saya selaku media yang hadir pada hari berkenaan merasakan amat bingit sekali dengan teriakan dari peminat mereka.

Untuk makluman semua juga. Pelbagai jenis ayam goreng yang disajikan kepada pengunjung KyoChon. Memang sesuai untuk seisi keluarga. Saya juga berpeluang untuk merasa sendiri ayam goreng mereka. Memang sedap dan garing. Agak sedikit berbeza dengan ayam yang sedia ada di pasaran.

Pelbagai set menu disediakan kepada pelanggan. Pelanggan boleh memilih pelbagai jenis ayam goreng besama side dish yang lain. Memang sedap. Nak makan masakan Korea, namun tak perlu ke sana dan hanya perlu ke 1Utama. Memang berbaloi.

Terima kasih atas jemputan dan terima kasih kepada churp-churp.. Dan untuk sesiapa yang ingin merasai kelazatan ayam goreng dari KyoChon ini, sialah berkunjung ke 1Utama Shopping Centre di Petaling Jaya Selangor.
untuk maklumat lanjut, jangan lupa layari
[notice]
Facebook KyoChon: KyoChon Malaysia
Instagram Kyochon: @MykyoChon
[/notice]
AM: Sedap ayam gorengnya. Memang sesuai untuk semua. Ada yang pedas dan juga yang biasa-biasa.
makcik-makcik mesti ramai yang datang nih..