February 14, 2025
Hiburan

Surf This Love, Filem Luncur Air Pertama Di Malaysia

Assamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Hari ini saya ingin berkongsi dengan semua mengenai filem yang bakal ditayangkan di pawagam Malaysia. Filem yang saya maksudkan adalah Surf This Love.

Best ke filem ni?

Memandangkan filem ini masih belum ditayangkan, jadi saya amat berasa ingin tahu tentang apakah filem ini sebenarnya?

Cari punya cari, dapatlah sinopsis filem ini. Macam menarik. Sebabnya ini adalah filem pertama yang memaparkan filem tentang sukan air di Malaysia iaitu sukan meluncur air.

Para pelakon untuk filem ini pun bukan calang-calang. Antaranya adalah Shukri YahayaPekin IbrahimCristina SuzzaneArdell AryanaMustaqim Bahadon, Syuhaida Abraz, dan Josiah Hogan.

Ayuh kita baca sedikit mengenai sinopsis filem Surf This Love ini:

 

Billie (20an) bekerja dengan kakaknya, Siti (30an) sebagai pemandu pelancong di Pulau Tioman. Sejak kecil, Billie sangat suka dengan sukan surfing (luncur ombak) kerana dia mendapat sumber inspirasi dari arwah abangnya iaitu Bobby yang merupakan seorang juara luncur ombak yang terkenal. Selain Bobby, Mike Malaya (30an) dan Jimmy (30an) yang juga sahabat arwah abangnya juga handal dalam sukan luncur ombak, turut menjadi idola Billie.

Walaupun sangat obsess dengan sukan surfing sejak dia berusia 8 tahun hinggalah sekarang Billie tidak pernah betul-betul cekap dan handal bermain dengan surf board dan ombak. Pencapaiannya dalam sukan ini terbantut kerana arwah abangnya Bobby mati lemas dalam satu pertandingan sukan luncur ombak di Bali. Manakala Jimmy yang masih berkawan dengannya hingga kini dan tinggal tidak jauh dari rumahnya juga enggan mengajarnya kerana Jimmy mengalami kecacatan di kaki. Kesan dari kecederaan di kakinya dan juga sejak kematian Bobby, Jimmy bagaikan sudah ‘patah hati’ dengan sukan luncur ombak. Mike Malaya pula sejak kematian Bobby, dia telah merantau ke seluruh dunia bagi menyertai sukan luncur ombak. Maka terpaksa lah Billie terkial-kial berlatih surfing sorang diri tanpa tunjuk ajar sesiapa pun. Walaubagaimanapun, apa jua cabaran dan kesusahan, minat Billie dengan sukan ini tidak pernah luntur.

Kisah ini bermula sejak kehadiran seorang blogger yang cantik dari Kuala Lumpur iaitu Mia (20an) yang bertandang ke Pulau Tioman untuk mendapatkan liputan tentang keindahan Pulau Tioman bagi bahan berita dalam blognya akan datang. Walaupun Mia 1st time sampai Tioman dan hanya datang seorang diri, Mia tidak berdepan dengan sebarang masalah kerana di Tioman, Mia mempunyai seorang sahabat yang pernah belajar bersama-sama dengannya di universiti dahulu iaitu Lia (20an). Lia bekerja dengan abangnya Jimmy, yang mengusahakan sebuah café dan bengkel membaiki surf board di tepi pantai.

Lia mencadangkan Mia mendapatkan khidmat pemandu pelancong bagi membawanya bersiar-siar ke seluruh Pulau Tioman kerana dia sibuk membantu abangnya menguruskan kedai. Pemandu pelancong yang dimaksudkan Lia adalah kawanya sejak kecil iaitu Billie.

Billie lah yang membawa Mia bersiar-siar seluruh pulau. Dari perkenalan singkat itu, Mia tertarik dengan perwatakan Billie yang kelakar dan bersahaja. Jauh dalam hati Mia, Mia kagum dengan kesungguhan Billie dalam sukan surfing walaupun Billie sering gagal dan tidak pandai dalam sukan itu. Bagi Billie pula, dia sudah mula jatuh hati pada Mia kerana Mia tidak seperti kakaknya, tidak seperti orang lain di pulau itu yang sering merendah-rendahkan cita-citanya.

Kini, Billie mempunyai satu lagi impian, iaitu mahu menjadi juara sukan luncur ombak, dan memenangi hati Mia yang baru dikenalinya. Hancur luluh hati Billie apabila mengetahui yang Mia sudah berpunya malah Billie lebih frust lagi apabila mengetahui teman lelaki Mia adalah Mike Malaya, idolanya selama ini.

Terpaksalah Billie melupakan Mia dan menumpukan perhatiannya pada cita-cita asalnya. Kehadiran Mike Malaya ke pulau itu memberikan semangat baru kepada Billie. Billie menemui Mike Malaya dan memperkenalkan dirinya sebagai adik kepada Bobby. Mike Malaya yang agak sinis dan ambil berseloroh cuba ‘meraikan’ perkenalan singkat itu.

Billie dengan yakin dan bersemangat, meminta Mike Malaya mengajarnya cara-cara surfing yang betul. Mike Malaya dengan berat hati bersetuju dan meminta Billie menunggunya malam itu di pantai. Pada mulanya Billie agak hairan kenapa Mike Malaya mahu mengajarnya surfing waktu malam tetapi dia tetap bersangka baik dengan Mike Malaya. Walaubagaimanapun, Mike Malaya tidak mengotakan janjinya. Mike hanya mahu memperdayakan si Billie semata. Billie rasa terhina dengan perbuatan Mike Malaya dan sejak dari peristiwa itu, Billie tidak mengharap pada sesiapa lagi. Dia sudah hilang rasa hormat pada Mike Malaya.

Pada masa yang sama, Mike Malaya mahu melamar Mia di pulau itu. Mia agak terkejut dengan lamaran itu, akhirnya bersetuju dengan permintaan Mike untuk menjemput ahli keluarga kedua pihak bagi meraikan malam pengumuman tentang tarikh pernikahan mereka berdua.

Jimmy tidak gembira dengan kedatangan Mike Malaya ke pulau itu. Billie dan Lia hairan, kenapa dua sahabat itu kini dingin hubungan mereka. Lia dapat rasakan ada sesuatu rahsia besar yang pernah terjadi antara persahabatan ketiga-tiga juara luncur ombak itu.

Oleh kerana tidak tahan dengan hinaan Mike Malaya, Jimmy yang selama ini enggan mengajar Billie, berubah fikiran. Dia berjanji dan bertekad, akan memastikan Billie terus belajar dan handal meluncur di ombak seperti arwah Bobby dahulu.

Pada malam majlis pengumuman, Mike Malaya telah dimalukan oleh Mia. Hasratnya untuk melamar Mia bertukar menjadi peristiwa yang sangat memalukan. Mia bukan sahaja memutuskan perhubungan mereka berdua, malah memperkenalkan kekasih gelap Mike yang kini sedang hamil anak Mike sendiri.

Peristiwa demi peristiwa yang berlaku kini, tidak mematahkan semangat Billie. Malah Billie kini lebih bersemangat untuk menjadi juara sukan luncur ombak, dan sekaligus memenangi hati Mia untuk dijadikan permaisuri hidupnya.

Jadi bagaimanakah kesudahan filem ini? Jangan lupa saksikan kesudahannya Surf This Love di pawagam yang berdekatan dengan anda bermula 22 Februari 2018.

 

Tak sabar nak menonton filem ini di pawagam. 🙂

Untuk koleksi sinopsis lain bolehlah membaca di mana-mana pautan ini dan juga ini.

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

2 thoughts on “Surf This Love, Filem Luncur Air Pertama Di Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *