Syair Troubadur Sebelum Tidur
Hari ni aku sekadar ingin berkongsi sebuah syair indah bersama anda semua. Syair nih dikarang sendiri oleh AyahLong aku dan buku dia and the gang baru jer publish..
Syair Troubadur Sebelum Tidur
Kelam bermalam
di pedalaman malam
seekor anjing yang luka
mengheret dukanya
disepanjang-panjang koridor
apartmen seorang troubadur
Sebentar embun pun turun
menyantunkan kota anggun
saat musim bunga galak
menggugurkan kelopak
sepi bagai serbuk cinta
bertabur di lubuk sukma
seorang perawan tua
purba dan mempesona
tak tersentuh jari
tak tersepuh hati
Azmi Yusoff- 1979
[warning]
Buku Kumpulan Sajak ABRAR
Cetakan Pertama 2011
Persatuan Penulis Kelantan
[/warning]
Syair nih bukan sesuatu yang baru untuk aku. Jika dibaca sesebuah syair itu terkandung seribu makna yang amat mendalam. Pemahaman tentang syair itu bergantung kepada si pembacanya. Makna yang berbeza bisa difahami oleh setiap individu.
AM: InsyaAllah lain entry akan aku publish entry audio sajak lain plak.huhu3.. Boleh ke aku bersajak nih?
p/s: Aku ada borak nga orang lama pasal perbezaan seni zaman dulu ngan sekarang. Sedih katanya dengan perkembangan seni zaman sekarang. Bagai hidup segan mati tak mahu..