January 21, 2025
Hal-hal Semasa

Tawaran Hebat dari PetsMore untuk Semua

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah pada entri kali ini ingin saya kongsikan dengan anda semua mengenai promosi terbaru dari PetsMore.

DSC01018

 

Untuk makluman semua. Pada akhir bulan September yang lalu, saya telah ke majlis Pets Day Out di PetsMore cawangan SS2 Petaling Jaya. Memang meriah. Terdapat pelbagai aktiviti untuk dilakukan. Saya paling suka tengok ikan berenang bebas di tingkat atas. Oh! I love fish soo much.

DSC01028

Lupakan pasal ikan tersebut, jom saya kongsikan dengan anda semua mengenai promosi terbaru yangh dijalankan oleh pihak Petsmore ini. En Sean Saw, Pengurus Eksekutif Operasi pihak Petsmore telah memberitahu 2 promosi hebat yang tengah berlangsung.

DSC01030

  1. RM150 untuk percubaan pertama pakej grooming bagi kucing. Ini adalah untuk 5 sesi untuk pakej termasuk pencuucian telinga, penjagaan kuku, mandi dan blow drying. Penjimatan lebih RM265 untuk pakej ini.
  2. RM100 untuk pakej grooming anjing. Pakej ini sama seperti pakej untuk kucing. Ini melibatkan 5 sesi dan penjimatan RM195 untuk pakej ini.
Sesi grooming untuk anjing
Sesi grooming untuk anjing

Selain itu juga, terdapat perkhidmatan terbaru di sana iaitu Spa Grooming Servis- Micro Bubbles Spa System. Haiwan peliharaan anda akan berasa sungguh selesa kerana servis ini menawarkan mandian anti bakteria, deodorise, melembab kuku dan bulu mereka. Selain itu ia juga mengurangkan kerengsaan kulit dan menjadikan haiwan peliharaan lebih selesa dan segar.

Bagi mereka yang sibuk bekerja dan tiada tempat untuk menempatkan haiwasn peliharaan anda, jangan bimbang kerana di Petsmore terdapat Pet hotel iaitu tempat tinggal sementara untuk haiwan anda. Tak perlu bimbang lagi tentang haiwan anda bila anda pergi outstation. Haiwan anda kekal terjaga di Pet Hotel ini.

Pet Hotel untuk anjing
Pet Hotel untuk anjing

Hanya RM45 untuk seekor haiwan di Superior Suite dan RM 73 sehari untuk maksimum 2 ekor di Royal Suite. Pekerja mereka juga terlatih dan sukakan haiwan! Jadi tak perlulah anda risau tentang keselesaan haiwan anda.

Pet Hotel untuk kucing
Pet Hotel untuk kucing

Untuk maklumat lanjut mengenai Petsmore ini bolehlah melayari mana-mana laman di bawah:

 

Facebook: fb.com/petsmore

Instagram: @petsmore

Webpage: www.petsmore.com

 

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *