20th Century Fox World Studio Store Kini Dibuka di Resorts World Genting

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan mengenai 20th Fox World Studio Store yang kini dibuka di Resorts World Genting.

Pada hujung minggu lepas saya telah berkunjung ke Genting Highlands. Memang tak sabar untuk menunggu pembukaan secara rasmi 20th Century Fox World Studio.

Apa yang menariknya, ramai peminat tegar yang sanggup beratur menunggu sejak dari malam sebelum pembukaan secara rasmi store ini. Memang peminat setia betul mereka ini.

Pembukaan 20th Century Fox World Studio

Pada tengahari 21 April telah berlangsungnya perasmian yang begitu gilang gemilang. Ramai peminat barangan 20th Century Fox World Studio yang hadir.

Termasuk juga orang-orang kuat 20th Century Fox World Studio itu sendiri. Pelbagai persembahan menarik dilakukan sementara menunggu perasmian ini.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Deputy Chief Operatong Officer Resorts World Genting (Paul Baker), General Manager Design and Constriction 20th Century Fox World Malaysia (Jules Vallier) dan juga Senior Vice-President 20th Century Fox World Theme Park (Brian Machamer).

Untuk makluman semua juga, 20th Century Fox World Studio Store merupakan antara sebahagian tarikan yang terbaharu di Sky Avenue, Resorts World Genting. Sementara nak nantikan 20th Century Fox World Theme Park dibuka, anda bolehlah melihat pelbagai barangan di dalam kedai berkeluasan 3,000 kaki persegi ini.

Jom kita saksikan apa yang terdapat dalam 20th Century Fox World Studio ini.

Bagi anda yang meminati movie 20th Century Fox World Studio, bolehlah dapatkan barangan kesukaan anda di store ini. Dapatkan produk limited edition yang sangat terhad di sini. Antaranya adalah Ice Age, Night at the Museum, Planet of the Apes, Rio, Alien vs. Predator, Robots, Epic dan banyak lagi watak dari filem Century Fox.

20th Century Fox World Studio
Location : Lot T2A-03, SkyAvenue
Waktu operasi: 10am – 10pm

Info lanjut anda boleh layari :

https://www.rwgenting.com/

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge