Warga Putrajaya, Jom Berbuka di Ambassador Putrajaya
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai tempat menarik untuk berbuka di Putrajaya iaitu di Ambassador Putrajaya.
Ramadan tahun ini menjelma kembali. Semoga bulan Ramadan ini menjadi madrasah terbaik untuk diri kita melatih diri kembali kepada fitrah masing-masing. Syukur kerana kita dapat sekali lagi merasai indahnya Ramadan.
Baiklah, kalau tibanya Ramdan, pasti kita akan terdengar istilah yang jarang kita dengar waktu biasa seperti tarawih, imsak, sahur dan sebagainya. Tidak dilupakan juga iftar.
Jadi kali in isaya ingin membawakan anda semua ke salah satu tempat iftar yang menarik yang terdapat di Putrajaya iaitu Ambassador Putrajaya.
Menu hidangan
Hidangan yang disediakan di isni usah ditakwil lagi tentang rasa. Ini kerana semua hidangan yang disediakan memang terbaik kerana ianya dimasak sendiri oleh chef dalaman. Memang terbaik dengan bertemakan Warisan Bonda, terdapat pelbagai menu asli Melayu yang disajikan di sini.
Saya yakin jika anda rasa sekali, memang akan datang lagi dan lagi kerana ianya mampu menambat deria rasa anda. Apa yang saya paling gemar ketika mencuba makanan di sini adalah kambing grill mereka. Tak tahulah, saya dah rasa berpuluh tempat makan yang sediakan kambing grill, namun di sini apa yang obleh saya katakan adalah yang terbaik dalam kalangan terbaik.



Jom kita saksikan apa lagi yang disediakan di sini:
Kambing Grill Perisa Lemon
Chicken Wing
Char Kuew Tiaw
Cucur Jagung Cucur Ikan Bilis Cucur Udang
Daging + Ayam + Udang + Sotong Yang Di Perap Dan Di Goreng A La Minute .
Pelbagai Jenis Kerabu
Pelbagai Jenis Air Balang
Dessert Stall
Roti John
Teh Tarik & Kopi O
Sambal Melayu ( Sambal Belacan , Budu , Sambal Gesek dan Lain-lain)
Gulai Kawah
Daging Salai Masak Lemak Cili Padi + Mangga Muda
Mee + Beehoon Sup
Laksa Penang
Pau Mini
Dim Sum
Mini Murtabak


















Harga
Kemudahan


