PPZ-MAIWP, Ramadan Dinanti, Zakat Dihati
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin berkongsi mengenai perkhidmatan PPZ-MAIWP di bulan Ramadan pada tahun ini.
Pejam celik, pejam celik kita sekali lagi telah terpilih untuk melalui tarbiah bulan Ramadan. Dengan segala kesibukkan sepanjang tahun, sekali lagi jasmani dan rohani kita melalui fasa tempoh bertenang dalam bulan Ramadan ini.
Segala amalan ditingkat gandakan pahala. Dan salah satu amalan yang wajib adalah membayar zakat. Pada Ramadan kali ini, pihak Pusat Pungutan Zakat- Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah mengadakan kempen di bulan Ramadan ini dengan tema ‘Ramadan Dinanti, Zakat Dihati’.
Buat anda yang belum mengetahui, terdapat beberapa zakat harta yang boleh ditunaikan iaitu ZAKAT PENDAPATAN, ZAKAT PERNIAGAAN, ZAKAT SIMPANAN, ZAKAT EMAS, ZAKAT KWSP, ZAKAT SAHAM, QADHA ZAKAT.
Selain itu juga, bayaran zakat fitrah juga boleh dilaksanakan di mana-mana kaunter cawangan PPZ-MAIWP dengan bayaran sebanyak RM7.00.
Demi untuk memudahkan lagi para pembayar zakat di wilayah persekutuan ini, PPZ-MAIWP telah menyediakan 6 saluran pembayaran zakat yang mudah. Ianya cukup membantu dalam memudahkan urusan pembayar zakat pada zaman sekarang.
Berikut adalah saluran pembayaran zakat yang telah disediakan:
1. 11 Kaunter Zakat PPZ-MAIWP
Kaunter ini dibuka setiap hari TERMASUK CUTI UMUM bermula dari 8.15 pagi sehinggalah 4.30 petang. Antara tempat yang boleh anda kunjungi untuk membuat pembayaran adalah di Ibu pejabat PPZ-MAIWP Dataran Shamelin, Plaza Rah Kampung Baru, Masjid Negara, KLSC Wangsa Maju, UTC KL, Presint 9 dan 15 Putrajaya, Masjid Imam Al-Ghazali Kepong, Masjid At-Taqwa TTDI, Masjid Abdul Rahman bin Auf Jalan Puchang dan Labuan Times Square.
2. Portal PPZ-MAIWP
Bayaran bolehlah dilakukan di www.zakat.com.my. ianya boleh dilakukan secala dalam talian melalui FPX.
3. Perbankan Internet
Sebanyak 14 bank telah terpilih sebagai agen bagi memudahkan pembayaran zakat PPZ-MAIWP.
4. Melalui Skim Thohir (Skim Potongan Gaji Zakat)
Isi borang 052, kira zakat anda, isikan jumlah zakat yang ingin ditambah dan serahkan kepada mana-mana kaunter yang saya sebutkan di perenggan (1.)
5. Autodebit Maybank
Pembayaran boleh dilaksanakan melalui pembayaran autodebit Maybank. Penerangan kemudahan bolehlah menghubungi talian zakat di 1 300 88 5757 atau juruwang yang bertugas di perenggan (1.)
6. Bayaran Menerusi MYEG
Pembayaran zakat boleh dibuat menerusi portal MYEG di www.myeg.com.my
Terbaik bukan 6 cara yang dilaksanakan oleh pihak PPZ-MAIWP untuk memudahkan pembayaran zakat? Oleh itu janganlah kita lupa akan kewajiban kita supaya rezeki yang ktia beroleh berkat dan suci.
Jika anda inginkan perkhidmatan istimewa bolehlah berkunjung ke mana-mana 11 kaunter zakat yang saya sebutkan di atas. Ini kerana anda akan mendapat perkhidmatan taksiran zakat dengan lebih tepat, nasihat berkaitan zakat, mesin timbangan emas yang tepat, pengiraan manual yang jelas, boleh bayar melaliu tunai, cek, kad debit, kad kredit dan banyak lagi.
Selain itu juga, untuk anda yang membayar zakat, terdapat pelbagai cenderahati istimewa yang disediakan kepada para pembayar zakat, antaranya produk asnaf yang mendapat manfaat daripada zakat yang kita sumbangkan.
Rebutlah peluang di bulan penuh berkah ini untuk anda membayar zakat di saluran yang betul supaya zakat yang kita bayar sampai kepada asnaf yang memerlukan dan layak.
Untuk sebarang matlumat lanjut yang lain, bolehlah berkunjung ke mana-mana medium seperti di bawah:
Telefon: 1 300 88 5757
Website: www.zakat.com.my
Diam tak diam, Ramadan Kareem menjelma kembali buat tahun 1439H (2018)..Tak sabar nak sahur esok! hihihi..
Jangan lupa tunaikan Zakat Harta dan Zakat Fitrah ya semua!
Berzakat skrg mcm2 cara dah ppz sediakan. Harapan semoga semua berzakat dengan agensi yg betul mcm ppz-maiwp kan
Berzakat di bln Ramadan, besar ganjaran dari biasa 😉
Kalau dah cukup syarat wajib berzakat, jgn takut utk berzakat. Efeknya sgt bagus harta-harta kita akan bertambah dan bukannya berkurangan
Pihak PPZ memudahkan cara kita berzakat. Tiada lagi alasan untuk kita berzakat. Rezeki harus dikongsi bersama semoga ikatan silaturrahim sesama Islam mendapat berkat di sisi Allah. Dan lipat gandakan pahala dengan berzakat.