Mood Republik KL Raya Fest 2018
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai Mood Republik KL Raya Fest 2018.
Semua sedia maklum bahawasnaya sebut sahaja tentang Mood Republik orang akan ingat tentang betapa meriahnya penganjuran festival sebegini. Mana tidaknya sudah memasuki tahun kelima pastinya memberikan lebih mengalaman baru buat pengunjung yang bakal berkunjung ke sini.
Jenama Yang Terlibat
Terdapat pelbagai jenama yang terlibat dalam festival besar-besar ini. Antara jenama besar yang turut serta pada kali ini adalah Ice Watch, Timberland, Elianto, Vida Beauty, D’herbs, Rico Rinaldi, Ezuwan Ismail, Melinda Looi, Mimpi Kita, Super Coffee, Jubah Souq, Sugarscarf, Losravelda, Shawl Publika, Jannah Noe, Starvillion, Tudung Ruffle, Naelofar Hijab, Lily Petuna, Zawara, Bokitta Hijab, Alflo Raldo, Dyxy Cosmetic dan banyak lagi.
Artis Yang Mengambil Bahagian
Tidak sah rasanya kalau menyertai fastival ini tanpa bertemu dengan artis-artis yang menjadi kesayangan semua. Oleh yang demikian, terdapat ramai artis Malaysia yang mengambil bahagian dalam festival ini. Antaranya artis dan selebriti yang mempunyai jenama sendin’ iaitu MRP by Fattah Amin, Trudolly by Fazura, Nur Sajat RTW by Nursajat, Ziana Zain World by Ziana Zain, RCW by Rozita Che Wan, Zapatos by Zain Saidin, Sephia by Janna Nick , MF Shawl by Mira Filzah.
Selain itu juga terdapat jenama Wak Doyok, Bellaz Beauty by MUA Bella, Wawa & Azril Zafril, Charms Foundation by Hael Husaini, Malaed by Hairul Azreen , Vida Beauty by Dato Sri Vida, D’herbs & Aliff By Sha by Date Sri Aliff Syukri, Jubah Lima (5) Waktu by Wawa Zainal & Aeril Zafril, Emma RTW by Emma Maembong , Mika Series by Zoey Rahman, Cakenis by Haniz Zalikha, Owl by Nora Danish, El by Elfira Loy, Impian by Nelydia Senrose dan ramai lagi.
Tidak hanya dengan itu, terdapat juga artis daripada luar negara yang turut mengambil bahagian iaitu Rossa bersama produknya Rossa Perfume dan Randy Pangalila Secret Perfume by Bellessa. Jadi ini merupakan peluang yang terbaik untuk para peminat berjumpa sendiri dengan artis kesayangan mereka.
Lokasi dan Tarikh
Mood Republik pada tahun ini dijalankan di 4 negeri dengan pelbagai tawaran menarik yang bakal diberikan. Namun yang paling gempak adalah pada acara kemuncak di PWTC nanti dengan RM100,000 bakal diberikan kepada pengunjung.
Ianya akan bermula di:
Kelantan :18 & 19 Mei
Kedah: 1 & 2 Jun
Pahang : 2 & 3 June
PWTC: 8, 9 & 10 Jun.
Buat anda yang ingin ke PWTC nanti, disarankan untuk menggunakan pengangkutan awam kerana ianya lebih selesa dan memudahkan. Selain daripada kemudahan LRT dan KTM, jangan lupa untuk menggunakan Grab kerana terdapat kod promo yasng bakal diberika sempena festival ini.
Ini adalah kerana Grab secara rasminya menjadi antara penaja festival ini selain daripada Shopee dan Volkswagen. Buat anda yang ke sini, jangan bimbang tentang kemudahan untuk bersolat dan berbuka kerana terdapat banyak kemudahan untuk anda gunakan disini. Surau yang selesa dan juga ruangan makanan yang banyak.
Solat terawikh juga diadakan di sini, jadi tiada alasan untuk anda berbelanja sambil menunaikan ibadat yang lain. Terbaik bukan?
Jadi tunggu apa lagi, jom kita ke Mood Republik yang diadakan bulan Ramadan ini. Jumpa anda di sana ya 🙂
Wah..menarik ni.nak pegi lah yg di kedah nnt..