4 Sajian Yang Wajib Cuba Di Aidilfitri
Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua para pembaca yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah memandangkan Hari Raya sudah hamper tiba, jom kita throwback apa makanan yang patut kita cuba apabila tibanya Syawal nanti.
Untuk makluman semua, raya di desa memang tidak sama seperti beraya di kota. Bila beraya di kampong ni rasa atau feel dia tu lain sikit. Tak dapat nak ungkap dengan kata-kata apabila beraya di kampong ni. Saya pernah juga tak dapat balik kampong ketika raya. Tiket habis dan cuti pun tak lama masa tu. Memang menangis sendirian la jawabnya apabila takbir raya berkumandang. Tangisan seorang anak perantau katanya.
Baiklah berbalik kepada topic asal perbincangan kita kali ini, jom kita berkongsi apa juadah yang patut dicuba apabila tibanya Syawal. Bagi saya orang Kelantan mungkin sedikit berbeza dengan negeri lain. Namun disebalik perbezaan itu semestinya ada persamaan yang patut dirai.
Antara juadah tersebut ialah:
- Ketupat
Ya! ‘Ketupat rendang kuih bahulu, juadah enak warisan melayu..lalalalala’. Mesti semua hafal lagu ni kan? Ketupat merupakan antara menu wajib ada di setiap rumah ketika hari raya. Hatta keluarga saya sekalipun ibu wajib menyediakan ketupat. Ketupat yang kami sediakan adalah ketupat palas. Memang orang Kelantan terkenal dengan ketupat palas. Kalau negeri lain mungkin akan sediakan ketupat nasi. Apa-apa ketupat sekalipun tak kisah la, asalkan semuanya sedap. Tak gitu?
- Lemang
Masih ada ke yang buat lemang sekarang? Saya yakin masih ada kan? Kalau saya pula memang beli sahaja kat kedai. Sekarang sebatang dalam lingkungan harga RM10 sahaja. Sebenarnya kalau buat sendiri lagi sedap tetapi kalau nak buat sendiri ni leceh. Kena cari buluh kat dalam hutan. Buluh pun tak boleh sembarangan. Hati-hati supaya tidak terkena sembilu buluh. Kalau tidak memang gatal la badan nanti. Wajib guna buluh lemang. Sebab kalau guna buluh yang lain tak jadi lemang pulak, jadi meriam buluh adalah! Haha. Bahagian lemang yang paling saya suka ialah kepalanya. Ini kerana di hujung kepalanya ada banyak santan. Kami panggil bahagian ini ‘kepala santan’. Lebih lemak dari bahagian yang lain.
- Nasi Dagang
Eh? Biar betul nasi dagang? Ya! Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, mungkin juadah kita sedikit berbeza kerana saya orang Kelantan. Memang setiap kali raya kami akan sediakan nasi dagang untuk tetamu. Pelbagai jenis lauk yang disediakan bersama nasi dagang ini antaranya gulai udang, ikan aya dan gulai ayam. Kalau nak lagi best gulai ayam kampong. Memang terangkat. Anda memang wajib cuba menu ini.
- Lontong
Yummeh! Sebut sahaja lontong memang kecur airliur mendengarnya. Kuah kuning di makan dengan nasi himpit. Nak lagi sedap tambah dengan sambal ikan bilis. Boleh juga tambah sambal sotong dan pelbagai lagi condiment yang dirasakan sesuai. Bagi saya saya akan tambah sedikit sambal kicap. Lagi pedas lagi mengancam. Aduh memang menggamit memori la kalau dapat pekena lontong di bulan lebaran ini. Oh! Suka untuk saya kongsikan dengan anda yang Mamee ada mengeluarkan perisa terbaru bagi produk mereka iaitu Mamee Chef Lontong. Memang kena sangat dengan selera tempatan. Tidaklah rasa yang biasa kita rasa macam kari tu. Lontong sangat dekat dengan jiwa rakyat Malaysia. Boleh dikatakan bagai makanan tradisional juga la.
#mameecheflontong ini dihasilkan dengan resepi istimewa olahan dari Dato’ Chef Ismail. Alaaa takkan tak kenal Chef ismail kan? Memang dari airtangan beliau. Sebab itulah rasa #mameecheflontong ini sedap. Mee nya pula tidak berbau tepung kerana mereka menggunakan teknologi mee tarik. Disediakan sekali dengan cili dan sayuran di dalam setiap pek untuk menjadikan #mameecheflontong seperti rasa lontong yang sebenar. Untuk maklumat lanjut bolehlah layari laman Facebook Mamee Chef di sini.
(Chef Ismail sedang memberikan penerangan mengenai Mamee Chef Lontong)
Jadi kepada sesiapa yang tidak dapat pulang berhari raya tu boleh la mencuba #mameecheflontong ni pada lebaran nanti. Sekurangnya terubat juga kerinduan kepada kampong halaman kan? Saya memang dah sambar beberapa peket dah untuk dijadikan bekalan nanti. Mamee perisa kegemaran la katakan.
Baiklah mungkin itu sahaja perkongsian saya pada kali ini. Beberapa menu wajib yang dihidangkan pada hari lebaran nanti. Kalau anda punyai menu lain yang menjadi kegemaran anda bolehlah komen di bawah ya. Selamat hari raya kepada semua pembaca blog amirnawawi.com sekalian!
Hi-5, kelatanese here too! And memang betul, my favourite is Nasi Dagang dengan gulai ayam. Selalu org makan dgn ikan tongkol, Tapi dgn ayam lagi besttttt…