AirAsia Kini Terbang Ke Hyderabad India
Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog saya yang setia. Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah pada hari ini ingin saya kongsikan mengenai satu destinasi terbaru yang dihubungkan oleh AirAsia dari klia2 iaitu Hyderabad di India.
Untuk makluman semua, penerbangan AirAsia dari klia2 ke Hydramad ini dengan kekerapan sebanyak sekali sehari. Penerbangan pertama adalah bermula 8 Disember 2014 nanti. Dengan hanya tiket RM129 sehala, kini anda mampu terbang ke Hyderabad dengan AirAsia.
Ayuh kita kenali serba sedikit mengenai kota Hyderabad di india ini.
1. Hyderabad juga dirujuk sebagai Kota Mutiara (City of Pearls)
2. Laad Baazar merupakan gedung membeli belah dengan pelbagai koleksi pakaian yang menarik antaranya busana pengantin, barangan mutiara, barangan kaca serta pelbagai barangan lagi untuk anda.
3. Nikmati keindahan flora dan fauna di KBR National Park yang menempatkan pelbagai spesis burung, reptilia dan rama-rama.
4. Kota ini juga kaya dengan warisan sejarahnya yang tersendiri yang bercampur dari Arab, Turki dan Mughlai. Keenakkan masakan mereka juga dipengaruhi oleh budaya tersebut. Antaranya Hyderabad Briyani.
5. Nikmati keindahan tasik dan taman rusa di Shamirpet.
6. Anda peminat sejarah? Pastikan anda melewati Charminar dimana menempatkan masjid yang terkenal yang dikenali ‘Masjid Empat Menara”. Dibina pada 1591, dan merupakan senibina yang amat berharga di sini.
7. Tempat bersejarah lain yang bisa dilwati sepanjang perjalanan ke sini adalah Golconda Fort, Makam Qutb Shahi dan banyak lagi
So, bila kita nak pergi ni? hehe
ada dapat gak email dari diorang nih..
Best sangat kan, dah banyak destinasi pilihan yang disediakan air asia. Nak fly makin mudah
Now everyone can fly katanya.. 🙂
kaoan nih bisa pergi ke India ya