January 21, 2025
Lain-Lain

Buat Duit Dengan Blog

Buat Duit Dengan Blog

Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua pembaca yang budiman sekalian. Oh! Hari raya AidilAdha akan muncul tidak lama lagi. Semoga anda semua sabar menanti kehadirannnya. Semua sedia maklum yang ramai mengatakan bahawa raya haji di negeri Kelantan dan Terengganu meriah. Saya sendiri dari negeri kelantan. Saya tak tahu nak cakap betul ke tak.

Baiklah berbalik kepada tajuk entri. Ramai yang sedia maklum akan kebolehan buat duit melalui blog. Tapi bagaimana? Ramai yang sudah tahu, dan ramai juga yang INGIN TAHU.

buat duit dengan blog

Baiklah pada hari ini ingin saya kongsikan sedikit dengan anda semua bagaimana saya mendapat SEDIKIT duit daripada aktiviti berblog ini. Dulunya memang saya tidak menjangka akan beroleh sedikit wang daripada aktiviti ini, namun sekarang Alhamdulillah duit belanja saya di universiti ini dapat dipenuhi dengan hasil dari blog saya yang tidak seberapa ini.

Berikut adalah beberapa caranya

1. Pengiklanan

Semua sedia maklum akan hal ini. Sebut sahaja nama Nuffnang. Adverlet, Geniee dan beberapa syarikat pengiklanan blog lain, pastinya semua dari kalangan blogger mengenalinya. Namun jangan letak pengharapan yang tinggi. Amaun yang diterima amatlah tidak seberapa untuk anda. Pastikan blog yang anda miliki betul-betul mantap dari segi trafik dan kandungan sebelum meletak harapan yang tinggi. Ada beberapa blogger newbies yang saya temui berkata mereka berputus asa nak berblog setelah duit yang diperolehi dari syarikat di atas hanya 20 sen setahun..hahaha..

Sebab itu saya tak suruh buat pengharapan tinggi. Saya dulu pun dapat 20 sen juga setahun. Watlek watpis sudah la. Sikit-sikit lama lama jadi bukit. Tunggu 10 tahun cukup la tuh 2ringgit (sarcastic).

p/s: Banyak lagi syarikat pengiklanan lain yang ada di dunia ini. Explore!

menabung

2. Produk Review

Alhamdulillah sekarang ada banyak juga terima job untuk review produk. Ini kerana blog merupakan salah satu medium baru untuk penyebaran maklumat serta create awareness to the customer. Melalui produk review ini kita akan dapat sedikit token saguhati. Namun nilainya biasanya tiga angka la. Biasanyalah!

3. Dropshipping

Yeah! yang inilah sekarang banyak memberikan pulangan kepada saya. Mengembalikan semangat saya untuk berblog. Tak tahu apa itu dropshipping? Ia adalah dimana aktiviti jualan yang berlaku tanpa perlu kita menyimpan stok barangan. Kita iklan, orang beli melalui kita dan pihak lain akan pos kepada mereka. Kita ambil komisen atas jualan itu. Faham? Bulan ini alhamdulillah almost 500 saya dapat melalui dropshipping ini. Yang penting kena cara dan teknik yang betul. SEO perlu kukuh!

4. Meniaga online.

Yang ini biasa dilakukan untuk dapatkan duit dari blog. Ramai yang jadikan blog sebagai medium untuk berniaga selain dari media sosial yang lain. Melalui blog, jika SEO kita baik, maka ramai target pelanggan yang boleh kita dapat. Tapi saya masih belum berjinak lagi meniaga online ini. Masih lagi tercari-cari apa yang boleh saya jual. Any idea guys?

Mungkin itu sahaja dulu perkongsian saya. Sedikti sahaja sebab saya pun newbies jugak. Sebenarnya masih ada banyak cara lain untuk buat duit dengan blog, antaranya affiliates. Tapi saya tak reti sangat pasal nih. Masih belajar dan terus belajar. Lagipun saya bukannya betul-betul serius dalam berblog ini.  Masih ada komitment pelajaran hakiki yang perlu saya tumpukan. Berblog pun guna internet free from universiti! hahaha

Terima kasih . Jika ada apa-apa pertanyaan bolehlah hubungi saya.

AM: Sudah 3 sem tak minta duit ngan parent untuk bayar yuran pengajian dan kegunaan harian. Terima kasih ya Allah untuk rezeki ini. 🙂

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

15 thoughts on “Buat Duit Dengan Blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *