Alasan yang Logik Tapi Tak Munasabah

Ape khabar semua pengunjung blog aku untuk hari ni? Sehat x? kalu xsehat tu boleh la pergi hospital. Baiklah, hari ni aku nak cherita sket pasal orang yang suka bagi alasan ni. kalu buat sesuatu tu, beribu alasan boleh dia bagi.. Aku pom tergolong dalam golongan yang suka beri alasan kot..he3.. Baiklah kat bawah ni aku list kan sedikit alasan yang biasa kita dengar dari kalangan remaja dan boleh diterima logik akal tapi rase cam tidak munasabah la plak..

1) Suka buang sampah merata-rata..

Alasan: Kesiankan Makcik cleaner, kalau tak ada sampah, tak ada la plak kerja diorang tu.

AM(AmirNawawi): Macam la tugas makcik cleaner tu nak pungut sampah korang je. Banyak lagi kerja yang diorang boleh buat..

2) Suka ambik makanan banyak tapi makannya tak habis..

Alasan: Kesiankan kucing la. Kalau makan sampai habis, kucing nga ayam tu nak makan ape. Aku memang kasian kan kucing tu. Boleh jugak dia makan makanan yang aku tak habis ni.

AM: Pandai je cari alasan, padahal nafsu membeli tu tinggi tapi perut tu kecik je.

3) Biarkan sarang lelabah penuh kat dalam rumah..

Alasan: Sarang labah-labah ni boleh jadi perangkap nyamuk tau. Bila sarang lelabah ni banyak, nyamuk terlekat kat sarang lelabah ni. Tak la nyamuk tu gigit kita nanti. (alasan ni logik jugak)

AM: Padahal diri tu pengotor. Pemalas nak cuci rumah..hu3

4) Tak mandi pagi

Alasan: Nak jimatkan air. Bil air sekarang ni mahal tau. Kena la pandai berjimat cermat.

AM: Alah alasan semata2. Padahal korang ni jenis malas mandi pagi.Bau pom dah macam kambing gurun jek.

5) Tabiat suka merokok..

Alasan: Merokok ni boleh membuatkan kita ni nampak macho, bergaya dan boleh nampak cam byk duit gitu.

AM: Boleh nampak macho ke? Nampak cam selekeh ade la. Badan jadi berbau busuk.Kalau nampak cam byk duit tu baik xpayah. Guna je duit tu untuk derma kat masjid.Dapat gak pekdahnya..ha3

6) Lewat pergi ke kelas..

Alasan: Bangun lewat sebab tido lewat. Study sampai lewat malam. Sebab tu bangun lewat tu.

AM: Alasan je tu. Padahal tido lewat sebab dok sibuk bergayut ngan awek, lepak2 kedai maple, main dota!! ha3

7) Pandu motosikal laju-laju..(merempit)

Alasan: Nak jimatkan masa. Kalau pandu perlahan-lahan lambat sampai. Masa itu emas tau.

AM: Alasan yang bijak. Korang je nak cepat. pemandu lain tu tak nak cepat ke? Nak hargai masa pom agak2 la. Xpepasal terpaksa habiskan masa kat atas katil hospital plak.he3

8 ) Berdating atau bercouple..

Alasan: Kesian la kat laki atau pompuan tu keseorangan. Aku just nak jadi peneman dia je. Dapat gak hiburkan hati dia.

AM: Macam la xde benda lain yang boleh hiburkan hati. Macam la xde kawan sejantina yang dapat jadi kawan. Alasan semata-mata. Kawin je la daripada dok bergelumang dosa macam tu..hu3

9) Pakai baju yang xcukup syarat ( xtutup aurat ler)

Alasan: Panas la. Sebab tu aku pakai baju kecik macam baju adik ni. Jimat kain tau. Ni kira save budget la ni.

AM: Biarlah panas kat dunia ni. Ni panas kejap je pom. Neraka tu lagi panas. Do you think you hot? Hell is the hottest…ha3 Xde ape yang dapat lawan kepanasan neraka..

Amacam dengan alasan tu? Biasa buat ke? ha3.. Sape yang makan cili tu, dia la rasa sedapnyer..ha3. Apepom ni just for hiburan je. kalau ade yang terasa tu baguslah..he3 Apepom ape lagi alasan yang korang biasa dengar ataupun alasan yang korang sendiri biasa gunakan nya..he3.. Tulis kat ruangan komen kat bawah ok.. Macam biasa la, sebelum aku akhiri entry aku ni, aku nak kasi penutup dengan pantun;

Naik beca, beli simen,
Sudah baca, harap komen.
Pagi2 mandi perigi,
harap2 datang la lagi.

p/s: Aku pom pernah gak kasi alasan yang xlogik..hu3 8)

Nak hadiah percuma tanpa perlu keluar modal satu sen pom?)—–> klik sini

Maybank, segalanya disini..)—> klik sini

 

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

5 thoughts on “Alasan yang Logik Tapi Tak Munasabah

  • March 14, 2011 at 3:54 pm
    Permalink

    huhu..setuju dgn pndapat amir..amir ni supo ado pengalamey jah kea….haha
    paihujey baru jer tulis pasal..DOTA&8230

    Reply
    • March 14, 2011 at 3:58 pm
      Permalink

      Ha3.. aku jujur la wei.. mana ada bagi alasan2 ni..muahaha3

      Reply
  • March 14, 2011 at 4:31 pm
    Permalink

    weyh niklu buat VLOG style woO~

    Reply
  • March 16, 2011 at 11:12 pm
    Permalink

    terbaik lah weh…2lis la byk2 skit…ak suka bca blog org nih sbb ak x pndai mengarang cita wahahaha

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge