Waktu Belajar!! Saat terindah..
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Korang semua sehat ke x hari ni? Tempat ku hari ni hujan la bhai.. Alangkah bestnyer dapat tido..ho3.. tido, tido, tido je kerja yang aku tau ek.. Baiklah, hari ni aku nak cherita sket pasal benda2 yang aku paling suka time aku belajar.Tak kiralah time sekolah rendah ke, sekolah menengah ke, matrukulasi ke, hatta kat universiti sekalipun.Muahaha3.. Mesti dalam kalangan korang pom mesti suka pabila benda ni terjadi kan. Jom kita usha2 sket ape yang aku suka time school time:
1) Cikgu tak masuk kelas – Perghh time ni la paling best. Dapat main kapal terbang kertas pastu dapat usik2 pompuan. Ni time sekolah rendah je. Sekolah menengah plak bukan aku yang kacau pompuan, pompuan yang kacau pihak laki..muahaha3
2) Kelas cancel – yang ni lagi best dari cikgu xmasuk kelas. Yang ni konpom boleh balik awal.. Yang ni best time nye bila dok matrikulasi dan universiti je. Time sekolah rendah mana boleh nak balik rumah sesuka hati.. Kalau tu sekolah bapak aku punyer baru boleh nak balik sesuka hati..
3) Cikgu sakit, cikgu beranak, cikgu pergi kursus dan sewaktu dengannya – haa yang ni kesinambungan daripada cikgu tak masuk kelas tadi. Mesti korang gembira kan kalau dapat cikgu pompuan. mesti je terpikir, bilalah cikgu ni nak mengandung pastu melahirkan anak. Mesti best kalau xde kelas. Muaha3. mesti korang pernah terpikir kan. Toksah dok tipu la. Kalau cikgu pompuan yang dh kawin tu mesti je ade masa dia cuti bersalin. Time tu la dapat dijadikan playing time..ha3.. tapi xbest la kalau dapat cikgu ganti..hu3
4) Time jamuan kelas or apape function – time ni la best nyer. Dapat le makan banyak dan kekadang tu free la plak. kalau dok universiti ni memang le susah nk makan free ni. Kalau dh dapat kesempatan makan free tu, memang xlari la dari tempat makanan tu. Perut buncit pom still pulun lagi. Free la katakan. Rezki jangan ditolak, musuh jangan dicari. rezki dah ade depan mata, jom kita serang!!!..muahaha..
5) Time cikgu umumkan yang minggu tu xde kerjarumah, assigment dan sewaktu dengannya – yang ni la terasa cam bestnyer belajar ni. Xpayah wak kerjarumah beb. Memang terasa bebas la. kalau xsiap kerja rumah mesti je cikgu cubit kat perut. Sakit woo. Xpom kena diri atas kerusi. Korang pernah ke lalui semua benda ni? Aku seriously pernah je.Perit woo.. Sampai nak terputus urat kentut aku ni ha., kalau xde kerjarumah, xde la denda kan..he3
6) Bila loceng balik berbunyi – perghh yang ni memang best time sekolah rendah dulu. Xsempat cikgu tu keluar kelas lagi, kami dah sampai kat pintu pagar sekolah.. ha3. Memang best la time sekolah rendah. lepas keluar pintu pagar tu beli la plak gula2 ke, cikedis ke, xpom aiskrim depan pintu pagar tu. Alah yang datang jual naik moto tu la. Mesti korang ingat kan. Tapi kat uni dan matrik xde la plak loceng ni. Kalau bunyi loceng kat sini, konpom kami lari, sebab kat sini hanya ade loceng kecemasan yang berbunyi time kebakaran tu..ha3
7) Bila hujan turun dengan lebat – Lepas kelas dapat main kapal kertas kat dalam longkang. Tengok kapal sape yang cepat sampai dulu. Memang best time hujan. Time balik tu basah kuyup la. Pastu kalau mak tanya mesti jawab hujan kat sekolah, padahal memang kita sendiri yang main kt tengah hujan. Kalau mintak ngan mak untuk main hujan, konpom mak xbgi..hu3.. kat sekolah jelah dapat main hujan..
Ha3.. Tu jelah dulu yang aku mampu pikir, Kalau ade lagi aku update la yer lagi. Kalau ade apape xpuas hati tu komen je kat bawah ni. Kalau anda suka akan post ni, bagitau teman anda, kalau anda xsuka post ini, bagitau saya..ha3..
Macam biasa la, sebelum mengakhiri post kali ni, aku nak berpantun la plak:
Naik beca, beli simen, Sudah baca, harap komen. Pagi2 mandi perigi, harap2 datang la lagi.
AM: Korang xde ke pengalaman yang best time belajar? Kongsi2 la kat bawah ek.. =)
Sape2 yang rase nak dapatkan kasut2 murah tu boleh la klik kat sini( untuk yg berada di kl dan selangor sahaja)—–> klik sini
Korang tahu tak negeri yang paling hijau kat mana? kalau nak tahu klik kt sini( yang pastinya bukan Kelantan..ha3)—> klik sini
paling best masa cikgu tak masuk kelas sebab meeting
1-2 jam dapat tidur dlm kelas, biasalah duk asrama
selalu macam tak cukup tidur 🙂
heheheh3.. betul tu. Cikgu meeting, kita pom buat meeting sendiri jgk..