#amirmakan: Agar-agar Telur Bersantan

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua. Hari ni kita bertemu lagi dalam slot #amirmakan. Hari ni bukan sahaja aku nak kongsi tentang makanan tapi sedikit resepi untuk membuat agar-agar telur bersantan. Harap anda dapat bayangkan apa yang aku tulis nih. Biasala orang bujang yang membuatnya, mesti simple dan cepat.

Cara membuatnya memang cukup mudah dan simple. Hatta lelaki sibuk macam aku pun boleh menyediakannya.

Agar-agar yang dimasak sendiri oleh aku

Bahan-bahan:

  1. Agar-agar
  2. Telur 2 biji
  3. Santan satu paket. (lebih kurang sebijik, tapi aku guna santan segera jer)
  4. Garam dan gula secukup rasa
  5. Daun pandan sebagai penambah bau
  6. Pewarna (sirap, gula melaka, jagung, strawberi, anggur, teh, kopi, bla bla bla)

 

Baiklah, sekarang kita akan bergerak kepada cara untuk menyediakannya.

  1. Panaskan air lebih kurang 2 liter. Selepas air mendidih pada takat 100*C, masukkan serbuk agar-agar kedalam air tadi. Biarkan air cair sepenuhnya.
  2. Masukkan daun pandan bersama. Biar aromanya menusuk ke kalbu..
  3. Pabila semuanya sudah cair, masukkan gula an biarkan ia cair juga.
  4. Ambil telur dan pukul hingga sebati bersama santan. Apabila gula telah mencair, masukkan telur dan santan ini kedalam periuk dan kacau rata.
  5. Tambahkan pewarna mengikut kegemaran anda. Agar-agar aku warna seperti di atas sebab aku tambah seikit gula melaka dalam tuh. Kalau anda mahukan warna merah, bolehla letak sirap. Kalau nak warna lain, pandai-pandaila anda masukkan sendiri.
  6. Seterusnya masukkan sedikit garam supaya rasanya tidak hambar.
  7. Siap! Masukkan ke dalam bekas makanan dan biarkan ia sejuk.. Nyum nyummm

 

Senang je kan? Aku lebih suka buat sendiri daripada beli. Kalau beli memang tak cukup la dengan kapasiti perut aku yang besar nih. Buat pun cukup mudah. Lebih baik buat sendiri.

 

Tips masakan dari ibu: Letakkan sedikit gula batu dalam masakkan supaya agar-agar keras dan tidak lembik.

 

AM: Mudah dan senang. Makin berisi la aku lepas nih.

 

 

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

7 thoughts on “#amirmakan: Agar-agar Telur Bersantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge