Cuti Akhir Semester Sudah Bermula!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Apa khabar? Semoga semua pembaca dalam keadaan sihat wal afiat hendaknya. Baiklah, hari ini aku sekadar ingin berkongsi berita gembira dengan anda semua. Memang sudah lama aku tidak update blog ini memandangkan aku sibuk dengan final exam. Namun sekarang semua kertas sudah siap, dan sekarang tiba masanya untuk..

[notice]CUTI AKHIR SEMESTER[/notice]

3 bulan tu kot. Memang lama. Aku fikir nak kerja namun malas pula rasanya. Mungkin sekadar mengumpul lemak dirumah sahaja la kot. Makan-makan dan tengok TV. Betapa indahnya dunia ini. Pada  yang belum bercuti tu sila bersabar ya. haha. Aku start cuti pada 16 Jun sehingga 10 September nanti. Lama juga tu ya. Dapatlah aku puasa dirumah tahun ini.

Ada banyak juga perancangan untuk cuti ini, namun terpaksa dibantutkan atas pelbagai alasan. Memang teringin nak kerja, namun tak banyak sangat kerja yang ada kat kawasan rumah aku ni. Kerja yang ada pun tak setimpal dengan gaji. Bak kata orang sini “kerja tak padan ngan letih”. Mungkin kot. Gaji memang murah sangat nak dibandingkan kat bandar. Bukan memilih kerja tapi biarlah aku dok rumah jer dulu..hehe3

Apepun banyak aktiviti hebat yang telah dirancang bersama kawan-kawan. Almaklumlah aku ni kaki jalan yang tak akan pernah dok diam. Memang aku akan travel seluruh Kelantan ni musim cuti ini. Nantikan entri aku di blog ini ya. Dan macam blog travel pula lepas nih..haha2.

Dapatkan pakej sosial Digi pada harga RM1 sahaja

Apepun selamat bercuti kepada yang bercuti. Semoga cuti anda diisi dengan segala benda yang berfaedah. Semoga berjumpa lagi. 🙂

 

Samsung Galaxy Mini 2 pada harga yang berpatutan

 

AM: Terasa nak pergi dok umah kat KL la plak. Tapi terasa malas plak cuti kali ni

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

2 thoughts on “Cuti Akhir Semester Sudah Bermula!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge