#amirmakan: Pulut Mangga ala Bajet
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua para pembaca yang budiman. Kali ini kita bertemu lagi dalam segmen #amirmakan. Untuk segmen kali ini, saya ingin membawakan makanan yang cukup popular di selatan Thai iaitu pulut mangga.
Sewaktu saya berjalan-jalan di sempadan, juadah ini memang banyak dijual. Meneliti segala ramuan yang digunakan, saya terus membuat experiment sendiri berkenaan juadah pulut mangga ini. Penyediaan cukup mudah.
Bahan-bahan yang diperlukan:
[notice]
1- Mangga ( Boleh digganti dengan apa-apa buah, tapi pulut mangga, konform la guna mangga)
2- Beras Pulut
3- Santan
4- Tepung jagung
5- Gula garam secukup rasa.
[/notice]
Cara memasak:
[notice]
1- Tanak beras pulut mengikut sukatan anda. Masak sehingga beras pulut betul-betul masak
2- Masukkan santan dalam periuk lain. Masak sehingga menggelegak. Setelah menggelegak, masukkan sedikit garam dan air tepung jagung.
3- Ambik pulut dan kupas buah mangga dan masukkan ke dalam pinggang. Tuang santan yang telah dimasak tadi.
4- Siap!
[/notice]
Mudah bukan kalau dah tahu caranya. Meang mudah dan bajet. Sesuai untuk orang bujang. Yeah!
Petua: Jangan masukkan terus tepung jagung dalam santan, tapi hendalah larutkan dulu dalam air sejuk. kalau tidak tepung akan bergumpal dalam santan.
nak buat jugak ah esok
Masak jangan tak masak 🙂
haaaaa,chef AM turun padang,eh 😛
hehe3. Jom belajar memasak dengan saya
yeahhhhhh !jommm
Jom, yuran pengajian, RM10 setahun..keh3
boleh masuk masterchef 3 ni bro
Amin. Rasanya nak masuk yg blogger contest masak2 je dulu..hehe
Amboi, pulut pelam! Pengaruh Siam ni. Hehe.
Dok dekat Siam, biasalah terpengaruh sikit
bagi gua sikit wehh. gua lapar.
Aloh, makan cendol banting cukup la Titan..
oh… sangat sedap dan menyelerakan.
agak la 🙂