#amirtravel: Pengalaman di AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca yang budiman sekalian. Kali ini kita kembali lagi dalam segmen #amirtravel. Kali ini bukanlah travel jauh-jauh. Hanya sedikit perkongsian pengalaman di Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur.
Untuk makluman semua saya telah menginap di AnCasa Hotel & Spa ini pada 3 September yang lepas. Namun pelbagai perkongsian serta pengalaman yang akan saya ceritakan pada semua. Bermula apabila saya mendapat baucer bilik ketika bersama rombongan Sahabat Media ke AnCasa Royale Pekan Pahang yang lalu. Jadi saya mendapat peluang untuk menginap di AnCasa KL pula selepas itu.
Alkisahnya bermulalah aktiviti untuk saya membuat tempahan. Beberapa kali saya menghantar email seperti yang tertera pada voucher iaitu kepada reservation@ancasanet.com . Namun hampa. Hari demi hari saya menunggu namun balasan yang diimpikan tidak kunjung tiba. Ok selesai di situ. Saya ambik inisiatif lain untuk telefon kepada nombor yang tertera pada vaucher tersebut. Apapun percubaan untuk reservation juga gagal. Jujurnya 4 kali saya menelefon namun receptionist suruh saya call kembali selepas 5 minit. Lepas itu suruh saya call lepas 10 minit. Selepas itu bahagian mana entah yang angkat dan tidak dapat disambungkan kepada receptionist.
Lalu saya ambil inisitatif sendiri ke AnCasa KL untuk buat tempahan face to face di kaunter. Akhirnya saya korbankan masa saya ke sana sendiri. Jumpalah receptionist entah dari mana. Myanmar atau Filipina. Yang pasti bukan warga tempatan. Nasib baik la aku ni fasih berbahasa Inggeris.
Tibalah hari yang dinantikan untuk aku menginap. Aku sampai ke sana dan berhajat untuk check-in. Namun perkhidmatan tidak seindah yang di sangka. Guess what? Aku kena tunggu more than one hour!!! Seriuslly aku dah hangin, beberapa kali aku pergi kat kaunter tu tanya. ‘Sorry sir, your room is not ready yet’, kata receptionist tu. Abah dia! Dah sejam lebih menunggu. Orang yang datang lewat dari aku pun dapat bilik dulu. Aku tahu la aku ni menginap percuma!! Jadi janganlah buat sambil lewa…
Masuk la daku ke bilik setelah penat menunggu. Biliknya dah lawa tapi baunya ya ampun. Mungkin orang sebelum aku tu smoking ke hape tapi serius untuk hotel 4 bintang sebegini sememangnya tidak sesuai. Mungkin mereka kekurangan minyak wangi kot (berfikiran positif).
Ok cukup sudah aduan rakyat yang diceritakan. Jom kita tengok beberapa gambar yang sempat di ambil.
Sejujurnya pada pandangan peribadi saya perkhidmatan di sini sebagus di AnCasa Royale Pekan, tetapi sangkaan saya meleset. Ancasa Royale Pekan saya boleh bagi 5 bintang dan Ancasa KL 2 bintang sudah memadai.
Cadangan:
1- Email untuk booking tu pastikan berfungsi sebelum dicetak di voucher.
2. Wangikan bilik sewanginya…
AM: Mungkin tidak akan kembali lagi ke sini. Banyak lagi pilihan hotel lain yang ada di sekitar Lembah Kelang
perenggan atas sekali guna saya,masuk bab aduan tu terus aku,kahkahkah…alergi la weh kalau hotel yg kita inap tu bau rokok pastu tak wangi, ish alergi… semoga pihak hotel tersebut buka mata tentang perkara ini.
Tu maknanya serius! hahaha.. Geram pun ada
Hang kena bawa minyak wangi la kalau g mana2 hotel..
Nampak gaya kena bawa pewangi.