AnCasa Royale : Hotel Pertama di Pekan Pahang Bertaraf 4 Bintang
Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua pembaca blog yang budiman. Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping kleluarga tercinta hendaknya. Baiklah pada entri kali ini ingin saya kongsikan dengan anda semua mengenai hotel yang pertama di Pekan yang bertaraf 4 bintang iaitu AnCasa Royale.
Untuk makluman semua, hotel ini baru sahaja memulakan operasinya pada bulan Mei 2014 yang lepas. Hanya 45 dari Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah dan dari Bandar Kuantan. Dari bandar Pekan pula hanya 10 minit sahaja. Dengan berdekatan Sungai Pahang menjadikan hotel ini begitu strategik untuk diinapi sepanjang berada di Pekan.
Sememangnya kewujudan AnCasa Royale ini sememangnya dinantikan oleh warga Pekan. Saya merupakan pelajar Universiti Malaysia Pahang dan Ancasa Royale ini hanya beberapa minit sahaja dari universiti kami. Dahulunya jika ingin menginap kami perlu ke bandar Kuantan untuk dapatkan kemudahan hotel, namun kini hadirnya AnCasa Royale ke bandar diraja ini diyakini akan memudahkan segala urusan.
Terdapat pelbagai bilik persidangan dan banquet pastinya memudahkan setiap yang ingin mengadakan aktiviti di sini. Mesyuarat, pameran, perbincangan , annual dinner, dan sebagainya lagi. Pastinya AnCasa menjadi tempat pilihan anda yang terbaru di Pahang ini.
Kemudahan bilik pula sememangnya utama untuk yang berminat untuk bermalam di sini. Keseluruhannya sebanyak 133 bilik terdapat d sini. 125 daripadanya adalah bilik deluxe premier, 2 junior suites, 4 executive suites, 1 presidential suite dan akhir sekali 1 royale suite. Apa yang menariknya di sini lagi ialah kemudahan internetnya yang sememangnya laju dan ada di segenap tempat di dalam hotel. Pastinya menjadi pilihan untuk yang datang atas urusan kerja dan sebagainya.
Kemudahan lain yang di sediakan untuk tetamu pula ialah, surat khabar harian, laundry, free shuttle, valet parking, bilik solat, AnCasa Tradisional Spa, Salon, swimming pool, dan juga gymnasium.
Kemudahan tempat makan pula sememangnya penting. Oleh itu di AnCasa Royale ini terdapat 3 tempat untuk kita menikmati makanan iaitu di Saffron Brassie, Japanese Restaurant, dan di AnCasa Lounge. Berbicara mengenai tempat makan, pastinya semua ingin tahu mengenai makanan yang di sediakan di sini. Untuk makluman semua, semua makanan yang disediakan di sini kebanyakkan adalah selera lokal, Namun tidak dinafikan ada juga makanan lain yang sememangnya patut dicuba oleh semua.
Makluman tambahan untuk semua, semperna bulan Ramadhan yang mulia ini, pihak Ancasa Royale juga mengadakan buffet Ramadhan untuk semua. terdapat pelbagai pilihan makanan untuk dinikmati. Saya pasti semua pasti akan menyukai hidngan yang disedia. Jom kawan-kawan kat Pekan, Kuantan, Gambang dan yang berada di UMP sekalian untuk sama-sama kita mencuba buffet Ramadhan di sini pula.
Apapun kewujudan Ancasa Royale ini semestinya akan lebih merancakkan pembangunan di daerah Pekan ini. Kewujudan hotel sebegini sememangnya dinantikan oleh setiap warga Pekan.
Kami juga mengadakan sidang media bersama Tengku Puan Pahang setelah santapan Tuanku selesai. Pelbagai persoalan dilontarkan kepada Tuanku dan dengan ramahnya baginda gembira menjawab persoalan yang diajukan.
Mungkin itu sahaja penulisan saya berkaitan AnCasa Royale. Selepas ini akan saya kongsikan pula tempat menarik di Pekan yang wajib anda lawati. Untuk maklumatl anjut mengenai AnCasa Royale bolehlah hubungi melalui medium di bawah
Website: http://www.ancasaroyale.com/
Talian bebas tol: 1-300-88-0032
AM: Anda patut menginap di AnCasa Royale ini jika berkunjung ke Pekan Bandar Diraja ini.
Tidak sangka Pekan ada hotel bertaraf 4 bintang. Tanniah kepada orang Pekan.
hoho..tak perasan plak hotel nih.
aku suka la makanan yang dalam cawan tuh
Memang sedap… Makanan tradisional
Pingback: #amirtravel: Pengalaman di AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur - amirnawawi
Aku adalah salah seorang staff yg bertugas dihotel Ancasa Royal ini..seriously,walaupun aku bukan org Pekan tapi aku bangga diberi peluang berkhidmat disini.,.Hotel 4 bintang diPekan..Sememangnya AWESOME..
Assalam…
Memang tak sangka yang hotel 4 bintang di bangunkan di kawasan yng memang banyak dengan tarikan yg menarik.
Selalu melalui Pekan untuk ke Kelantan dari JB.