Penjimatan Berganda dengan PricePanda Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog yang budiman sekalian. Pada hari ini ingin saya kongsikan dengan anda semua maklumat baru untuk pembelian dalam talian. Semua sudah sedia maklum akan kelebihan membuat pembelian dalam talian ini. Namun mungkin masih ramai yang ragu-ragu di laman manakah yang selamat untuk membuat pembelian dalam talian ini. itu semua telah saya kupas pada entri yang sebelum ini.

Untuk entri pada kali ini ingin saya kongsikan mengenai laman yang menyediakan perkhidmatan perbandingan harga untuk setiap barangan yang kita mahu beli. dengan ini kita dapat membuat pilihan bijak barangan yang manakah paling murah dan sesuai dengan citarasa kita sendiri.

Semua sedia maklum bahawasanya zaman sekarang, pembelian menggunakan internet amatlah tinggi. Mana tidaknya, segalanya sekarang bisa dilakukan dihujung jari,. Namun awas wahai rakai semua kerana tidak semua laman web yang kita kunjungi menyediakan perkhidmatan yang boleh dipercayai. Anda mungkin ditipu seperti mana banyak kes yang berlaku di Malaysia. Terutamanya barangan elektronik. Ada yang sebenarnya ingin membeli handphone tapi menerima lesung batu pula. Saya yangkin anda pernah dengar kisah ini bukan?

Oleh itu, hadirnya PricePanda adalah untuk menyelesaikan masalah orang ramai di Malaysia yang inginkan produk yang berkualiti, namun dengan harga yang termurah! semestinya setiap orang inginkan harga murah dalam pembelian, namun dimanakah mereka patut membuat semakan harga sebelum membeli?

yap! Di Pricepanda la jawapannya. Di sini dengan pelbagai jenis barangan yang dipaparkan dapat memudahkan para pengguna untuk mencari dan membuat perbandingan harga yang mana lebih murah dari satu merchant dari merchant yang lain. Kaji, semak, dan beli. Cukup mudah. Dengan pelbagai variasi barangan dari pelbagai jenama dan harga pastinya memudahkan kita pelanggan untuk membuat pilihan.

Masuk sahaja ke laman web PricePanda dan tekan sahaja barangan yang anda inginkan dan senarai harga dibandingkan untuk anda. Sebagia contoh kamera di bawah ini dibandingkan daripada 3 penjual untuk kita buat pilihan.

Jadi berdasarkan perbandingan kamera di atas, terdapat 3 harga yang berlainan untuk satu harga kamera jenis yang sama. pastinya saya yakin anda akan memilih untuk membeli daripada penjual yang paling murah bukan? Saya juga begitu 🙂

Tidak hanya terikat dengan barangan elektronik sahaja, PricePanda juga membuat perbandingan harga untuk barangan kesihatan dan juga kecantikan. Mana tidaknya, ada juga dibuat perbandingan untuk alatan penjagaan kulit, penjagaan rambut, penjagaaan badan dan sebagainya lagi. Pendek kata dari hujung rambut hingga ke hujung kaki la apa yang disediakan oleh pihak mereka.

Antara jenis berangan kecantikan yang disediakan

Berikut adalah senarai jenis barangan yang ada dilaman web PricePanda Malaysia ini

 

  • Phone & Electronics
  • Shoes, Clothing & Accessories
  • Health & Beauty
  • Home Appliances
  • Books, Music & Movie 

 

Sebelum kita pergi lebih lanjut, jom kita saksikan penerangan video mengenai PricePanda ini

Terdapat pelbagai jenama yang sememangnya terkenal juga ada di dalam laman web PricePanda ini. Seperti saya yang sememangnya gilakan kasut, pastinya akan membuat pilihan dan kajian dulu untuk mencari kasut manakah yang lebih murah dan kena dengan citarasa saya. Anda  juga boleh buat pilihan dari berpuluh jenama kasut dengan pilihan harga yang mengikut kemampuan kita. Jom shooping raya!

 


 

Antara kasut yang ada

Yeah! Tidak lupa juga dengan pilihan pakaian yang tersedia. beratus-ratus jenis pakaian yang dijual dandibandingkan harga di sini. pastinya rambang mata untuk kita membuat pilihan .harga yang ditawarkan juga boleh tahan berpatutan. Jadi tak perlu la kita berbelanja lebih untuk mendapatkan barangan denga harga lebih murah kan?

Antara pakaian yang ada di PricePanda
Antara pakaian yang ada di PricePanda

 

 

Tidak kurang hebatnya, dengan peredaran teknologi yang kian maju, PricePanda juga hadir dengan aplikasi dalam telefon pintar. Lebih menudahkan dan menjimatkan masa. Tidak perlu log in komputer untuk menggunakannya. hanya perlu dowload aplikasi mereka dan siap untuk digunakan! hadir untuk keduanya dalam Android dan juga iOS.

 PP6PP6

 Menarik bukan? Banyak pilihan untuk kita selidiki dan buat pilihan. Dan saya yakin PricePanda akan menyediakan servis yang lebih baik di masa akan datang dengan memperbanyakkan rakan kongsi dari pelbagai merchant.

Sempena raya yang semakin hampir, bolehlah untuk sesiapa yang teringin untuk membuat shooping raya di sini. Bandingkan harga termurah dan shooping! Selamat membeli belah

Untuk maklumat lanjut mengenai PricePanda bolehlah menghubungi melalui medium di bawah.

 

PricePanda Malaysia
Website: http://www.pricepanda.com.my
Blog: http://www.pricepanda.com.my/blog
Facebook: http://www.facebook.com/PricePandaMalaysia
Twitter: https://twitter.com/PricePanda_MY
Google Plus: https://plus.google.com/+PricepandaMy/posts

 

 

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

11 thoughts on “Penjimatan Berganda dengan PricePanda Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge