MLM? Maaf Saya Tidak Berminat
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca yang budiman sekalian. bagaimana puasa anda setakat hari ini? Semoga semuanya berada dalam keadaan baik-baik sahaja. Baiklah pada entri kali ini ingin saya kongsikan dengan anda semua mengenai MLM. Apa itu MLM? Alaa Multi-Level Marketing la bang ngan cek kak ooi..
Mungkin ada di antara kita yang join syarikat yang mengamalkan MLM nih. Semua sudah sedia maklum senarai syarikat dalam Malaysia ataupun dari jenama luar negara yang ada di Malaysia ini yang mengamalkan sistem ini. Nak aku sebut ker? alaa tak payah la kan. Segan pulak aku nak main sebut-sebut jenama orang lam blog aku nih.. huh..
Semenjak dua menjak ni ramai pulak kawan-kawan aku yang join MLM nih. Mana tidaknya, penuh dekat facebook dan twitter serta insta dok promote barangan jualan mereka. Naik kalebu mata aku dok tengok mereka sentiasa post. Bukan dengki joyah, tapi sesaje nak cakap..hehe
AKU ANTI MLM? Eh, mana ada aku anti. Aku pun ada join syarikat yang mengamalkan MLM. Aku join Tupperware, HPA dan sebagainya. Tapi aku tidaklah ghairah dok promote merapu meraban sampai post kat wall orang, PM entah apape, spam wall orang, spam blog orang. Choi sangat perangai kalau buat macam tuh.
Tak kisahlah anda nak join MLM dengan pulangan berjuta sebulan pun, dapat pergi melancong seluruh dunia dengan duit jualan MLM anda tu pun, tapi silalah hormati privasi orang lain. Saya yakin pekara ini sudah diceritakan dalam kursus MLM terbabit bukan? (Aku pun masuk MLM, aku tahu la)
Apapun selamat berniaga di bulan mulia ini. Jangan spam-spam ok? Nak surh promote, cakap bebaik,  sesungguhnya aku ni baik hati, kalau takde halangan melintang. boleh je aku nak promote tuh.. 🙂
AM: Dah lama tak aktif Tupperware. nak order Tupperware rojer aku ek..
MLM kawe —> Meniaga Larut Malam
Meniaga Larut Malam takpo.. Untung berjuta-juta tuh..hehe
Kemain kau jual tupperware. ahaha. but, aku mmg anti mlm wei. hhehehe
Aku bukan aktif dealer pun..hehe
Tu le pasal.. kadang2 macam memaksa kita join program MLM diorang
Tu yang jadi rimas tuh..
Abe . tolong promote blog kite japp haha
=p
Boleh dik buleh sangat eh..haha
Kalau org nak cepat kaya camtu la…Tapi tak semua sama..
Ye la.. Ada sebahagian yang jenis takde etika ketika berniaga..hehe
biasalah tu.
bab spam tu..memang aku menyampah benar la. haha
haha.. tu la.. tak jaga privasi orang langsung..
aku tahu teknik spam tu memang berkesan. Sejak bertahun lamanya.
Tapi jaga sikit bab etika. Kat timeline facebook cite bab agama segala bagai..tapi bab promosi..sesuka hati aje. Tu yang wat aku geram sket.
Kalau yang betul-betul jual product takpe, yang geram, nak kena pasang downline, tu yang geram tu.
Tu la. Sibuk dok cari downline, bila masa dia jual produk pun tak tau..
terlalu taksub nak kejar bonus.. spam sana sini.. berniaga biar beretika baru berkat..kan
Betul tu. Saya setuju
MLM? hmmm…… Happy blogging anyway !
Ermm. Ok.. thanks
Salam. semak ja kan..post kat wall orang huhu
Memang semak..
Hari raya mesti dapat jual banyak tupper-ware ni…heee
Tidak semua MLM bisa memberikan pendapatan yang bagus.