February 14, 2025
Hal-hal Semasa

ANCHOR Food Professionals Pastry and Culinary Challenge 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalan keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini, saya ignin kongsikan dengan anda semua mengenai program Anchor Food Professional Pastry and Culinary Challenge 2018

Semua sedia maklum bahawasanya Anchor Food Professionals (AFP), yang dahulunya dikenali sebagai Fonterra Food Services telah sekian lama membekalkan produk tenusu yang terkenal dari New Zealand kepada industri perkhidmatan makanan di Malaysia. Pada tahun ini, AFP sekali lagi menganjurkan program Anchor Food Professional Pastry and Culinary Challenge 2018 sebagai platform untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan, sekaligus mengangkat piawaian profesional bagi bakeri tempatan dan industri kulinari

Tahun 2018, merupakan tahun ketiga bagi penganjuran program ini. Namun dalam siri kali ini, ia menambahkan satu lagi kategori iaitu Cabaran Kulinari dengan penglibatan chef bagi masakan panas. Dan saya telah berpeluang untuk berada dalam majlis akhir bagi kategori ini.

Untuk makluman semua, terdapat beberapa kategori yang diadakan dalam pertandingan ini. Ianya adalah:

Pastri terbaik – Saluran bakeri

Kek Terbaik – Saluran Bakeri

Kek Terbaik -Saluran Hotel

Kulinari Terbaik – Saluran Hotel

Baiklah, memandangkan saya telah menghadiri program bagi pertandingan kategori kulinari terbaik, jom kita saksikan apa yang menarik sepanjang program ini berlangsung.

Untuk makluman anda semua, bagi kategori kulinari ini, tema yang diberikan adalah ‘Daratan dan Laut di Malaysia’.

Melalui tema ini, peserta dikehendaki menyediakan satu menu 3 hidangan berinspirasikan tema dengan olahan Hidangan Perancis Moden.

Namun, penggunaan produk Anchor dalam kesemua menu 3 hidangan adalah wajib. Resepi yang dihasilkan oleh para peserta mestilah menggunakan sekurang-kurangnya 3 produk Anchor iaitu Mentega Anchor, Krim Masakan Extra Yield, kategori keju Diproses atau Asli Anchor.

Hidangan tersebut mestilah. 1) 1 sup yang berat maksimumnya adalah 250ml, 2) I hidangan pembuka selera panas/sejuk yang berat maksimumnya adalah 200gram dan 3) 1 hidangan utama.

Namun bukan itu sahaja, terdapat ramuan misteri yang akan diumumkan kepada peserta semasa pertandingan. Ia perlulah digunakan dalam kedua-dua hidangan pembuka selera dan hidangan utama. Pastinya ia lebih memberikan kejutan dan cabaran kepada para peserta.

Setelah para peserta selesai memasak segala hidangan, ianya telah diadili oleh chef-chef yang berpengalaman dalam dunia kulinari ini. Chef tersebut adalah:

  1. Chef Gerhard Albrecht
  2. Chef Fami Taufeq
  3. Chef Sabri Hassan

Jadi setelah para peserta diadili oleh chef-chef yang berpengalaman ini, ayuh kita saksikan para pemenang bagi kategori kulinari ini,

Tempat Ketiga: Muhammad Khidhir bin Md Augustli

Khidhir telah memenangi hadiah yang bernilai RM2000 berserta trofi dan sijil.

Tempat Kedua: Muhammad Ikhwan bin Mustafar

Ikhwan telah memenangi hadiah yang bernilai RM3000 berserta trofi dan sijil.

Tempat pertama: Nigel Walter Lazaroo

Nigel telah memenangi hadiah yang bernilai RM5000 berserta trofi dan sijil.

Ayuh saksikan beberapa hidangan yang telah dihasilkan oleh para peserta.

Pemenang terdahulu telah berpeluang untuk bertanding dalam pertandingan Fonterra peringkat global yang diadakan di Australia. Ia sekaligus memberikan pendedahan peringkat global yang berharga dalam meningkatkan lagi martabat mereka sebagai chef.

Memenangi kategori tersebut merupakan satu kebanggaan dalam diri peserta kerana pertandingan ini telah dipandang tinggi dalam industri dan diadili oleh chef yang bukan calang-calangnya. Chef ini dianggap sebagai yang terbaik di dalam industri.

Jadi buat anda yang ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan program ini bolehlah melayari medium di bawah.

Website: www.anchordairy.com

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

One thought on “ANCHOR Food Professionals Pastry and Culinary Challenge 2018

  • Tahniah semua pemenang..terliur tengok makanan dan dekorasi yang cantik..mmg deserve utk menang

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *