Nikmati Kesegaran Nira Nipah Dalam Taman di Wilayah MADA
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai tempat yang boleh anda nikmati air nira nipah yang segar di Wilayah MADA ini.
Bila cakap berkenaan hal MADA ini, pastinya tempat yang tersebut merangkumi negeri Kedah dan juga Perlis. Di dalam kawasan ini terdapat pelbagai jenis tarikan lain yang ada selain daripada penanaman padi yang sinonim. Namun antara tarikan lain adalah seperti perusahaan homestay, perusahaan tanaman dan ternakan dan pelbagai lagi.
Dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai tempat menarik untuk anda menikmati air nira. Apa yang saya maksudkan adalah air nira yang segar dari pokok berserta konsep dalam taman yang pasti menarik minat anda. Ini bukan air nira yang dijual tepi jalan itu ya.
1. Ladang Nipah Ismail Che Kar.
Konsep mereka cukup cantik dengan pelbagai pokok nipah menghiasi taman tempat mereka berniaga. Pokok nipah ini juga dijadikan hiasan dan tempat berteduh bagi pelanggan yang berkunjung ke sini. Apa yang menariknya, pokok nipah ni bukan sahaja dijadikan tempat berteduh, ia juga menghasilkan air nira sendiri.
Oleh yang demikian, air nira yang diminum di sini cukup segar kerana diambil terus dari pokok ini. Air nira ini juga digunakan untuk membuat jeli, manisan dan juga cuka. Jadi selain produk air nira, ia juga diproses untuk dijadikan produk tersebut.


Selain daripada produk berasaskan nira, menu lain juga tersedia di sini. Antaranya laksa Kedah, bihun laksa (istimewa negeri kedah, bihun bersama kuah laksa).

Saya memang cadangkan untuk anda menikmati sendiri menu-menu ini kerana rasanya yang cukup authentic dan sedap. Saya pun tambah lagi dan lagi
2. Ladang Nipah Kipli
Tempat kedua yang patut anda kunjungi untuk menikmati air nira yang segar adalah di Ladang Nipah Khipli ini. Tempatnya adalah berdekatan sempatan antara Kedah dan Perlis. Di sini juga terdapat menu-menu yang tersediri yang pasti menjentik deria rasa buat sesiapa yang mencubanya.
Antara menu yang disediakan disini adalah pulut bakar, serabai dan pelbagai lagi. Yang paling utama adalah produk berasaskan air nira lah. Selain itu juga, suasana yang tenang pasti memberikan anda lebih lagi pengalaman yang cukup bermakna.
Alamat: Ladang Nipah Khipli
No 282 Kampung Tanah Timbul Kuala Sanglang
02800 Sanglang Perlis
Waktu Operasi:
Hari Biasa: 1.30 petang – 7.30 malam
Jumaat: 2.30 petang -7.30 petang
Tutup: Hari Isnin
Baiklah, itu antara 2 tempat menarik untuk anda menikmati air nira yang segar di negeri Kedah dan Perlis ini. Atau lebih spesifik di wilayah MADA ini. Jadi tunggu apa lagi, pastikan tempat-tempat ini menjadi tempat kunjungi anda bila datang ke sini ya. Selain itu bolehlah juga ke tempat lain seperti di entri ini juga.
Entri ini diterbitkan bersempena dengan trip Road to Agro Tourism siri 4 anjuran Malaysia Tourism Council (MTC) bersama media dan blogger.
air nira fresh.
rasa nya mcm aida tak pernah cuba. sebab tak pernah jumpa.
tak dpt nak komen byk dari segi experience. but akan cuba la bila tgk entri ni.
a must la kalau ke utara kelak. lom dpt peluang berjalan di kedah perlis.
just jadik laluan nak ke langkawi. tq for sharing.
redup tempat ni. Tambah pula dengan air nira tu, nampak menyegarkan. Tak pernah rasa air nira tu bagaimana. Nanti nak cuba lah. thanks untuk info ye.
http://cakapsinilah.blogspot.my/
Amir, betulkan air nira nipah ni boleh jadikan mabuk? rasa dia cemana amir? kita tak pernah try lagi… heheheeh
Alaaaa….kat Kedah nu. Jauh! Tengok bihun kuah laksa Tu. Bestnyerrr…buat orang teringin. Teringin nak rasa nira nipah.
Sedapnya air nira! Banyak pula tu keistimewaannya dalam perubatan. Lagi2 konsep kedai makan dalam kawasan ladang nipah macam ni. Airnya fresh dan redup je di bawah teduhan pokok2 nipah ni. 😃
Menarik juga ladang nipah di kedah ni ye. Tak pernah tau adanya ladang nipah yg boleh dikunjungi. Secara jujur ana tak pernah rasa air nira. Tp bila tgk n8ra fresh dkt sini rasa mcm nk try pula.
Teringin nak ke Ladang Nipah Kipli ni. Dah makin viral. Bihun sup dia pun nampak kaw. Marsha tak pernah cuba lagi nira nipah ni. Sebab viral terus nak cuba.
Kak belum pernah rasa lagi tapi rasanya tentu maniskan?
Akak pernah minum air nipah kat rumah adik ipar akak kat perlis..mula2 minum mmg rasa pelik skit..kena tambah ais..baru rasa ok..hehe..tp lepas minum sakit kepala…x biasa kot
Nira nipah mmg sedap… klau yg fresh br ambik dr pokok lg sedap… teringat masa duduk kedah, org bagi nira nipahhhh
Kita pernah minum Nira Nippah ni memang sedap dan manis hehehehe tempat ni pun menarik lah tengok laksa tu sedapnya nak juga lah cuba nanti…
Sedpa nira nipah ni. Masa kecik-kecik dulu selalu tokwan belikan untuk minum dan rasa. Itu yang fav sampai sekarang.
Sedapnya air nira memang fav airah kalau pergi kawasan teluk intan perak beli air nira ni rasa manis2 jee kalau tambah air sedap
Lepasni nak datang ke sini pula
Close to nature… great freshness, both in body and mind….
Nice to hv a trip in such a place…
Nira nipah mmg fav saya…
Bihun goreng kuah laksa pun mmg fav saya jugak…
Agknya memang ni mknan fav org kedah kot!
The otak otak and the laksa looks so tempting. I want to try it and is an authentic dishes. Nowadays it is hard to find a good and nice food.
Allahu sedapnya baca entri ni waktu lapar macam ni. Laksa dan air nira nipah memang padanan yang serasi wewuuu dapp
air nira dengan air tuak sama tak bro? hehe..sama ke lain, tapi dua dua ni kalau dapat yang sejuk, manis2 masam, pergh.. sejug pun boleh habis kan haha
air nira dengan air tuak sama tak bro? hehe..sama ke lain, tapi dua dua ni kalau dapat yang sejuk, manis2 masam, pergh.. sejug pun boleh habis kan haha
wah..menariknya..sambil makan laksa, boleh minum nira nipah fresh lagi…
best if can indulge this laksa now.. lolz. reading your blog about the food really makes me drooling to the max