Tempat Menarik Untuk Dilawati di Negeri Kedah

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai tempat menarik untuk dilawati di negeri Kedah.

Semua sedia maklum bahawasanya negeri Kedah terkenal dengan jolokan negeri Jelapang Padi Malaysia. Jadi pastinya negeri ini dikelilingi oleh sawah padi yang menghijau yang pastinya saujana mata memandang. Buat anda yang fakir-fikir untuk datang ke negeri ini, jangan fikir banyak lagi kerana ianya bakal memberikan anda seribu pengalaman dan memori yang indah.

Baiklah, jom saya kongsikan sedikit sebanyak tempat menarik yang patut anda kunjungi bila berkujung ke negeri Jelapang Padi Malaysia ini.

1. Balai Nobat Alor Setar

Balai Nobat Kedah dijadikan tempat menyimpan alat-alat muzik Nobat DiRaja yang hanya dimainkan pada upacara-upacara DiRaja seperti hari pertabalan, perkahwinan dan persemadian DiRaja. Alat muzik Nobat terdiri daripada tiga rebana besar, dua rebana kecil, satu gong dan satu serunai ini mampu menghasilkan satu gabungan bunyi yang mengasyikkan yang dikenali sebagai muzik nobat, satu bentuk lagu kebudayaan negeri Kedah.

2. Galeri Sultan Abdul Halim Mu’Adzam Shah

Untuk makluman semua, galeri ini dahulunya adalah Mahkamah Tinggi Alor Star. Namun pada tahun 2007 ia dijadikan galeri Sultan Abdul Halim Mu’Adzam Shah sempena nama sultan yang memerintah Kedah sewaktu ketika itu. Galeri ini adalah tempat penyimpanan peribadi barang-barang kepunyaan Sultan Abdul Halim Mu’Adzam Shah. Selain daripada lebih 2000 barangan koleksi Sultan Abdul Halim Mu’Adzam Shah , antara barang yang turut dipamerkan ialah dokumen rasmi , pakaian istana dan hiasan serta carta keturunan Sultan Abdul Halim Mu’Adzam Shah.
3. Balai Besar Alor Setar
Balai Besar yang terletak di bandaraya Alor Setar, Kedah merupakan sebuah balai besar yang dibina oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu’adzam Shah II (1710 – 1778) pada tahun 1735 dan berfungsi untuk mengendalikan upacara rasmi raja-raja dan kerajaan. Ia dibina dengan gabungan keindahan senibina dan mempamerkan kehalusan kerja-kerja seni pertukangan yang mengkagumkan.
Balai Besar Kedah dibina menggunakan kayu cengal emas dan ia merupakan bukti kehalusan dan kesenian pertukangan kayu Melayu. Balai Besar Kedah mempunyai ukiran berwarna keemasan dan cermin dari Cina pada bumbungnya. Balai Besar Kedah mempunyai sejumlah 42 tiang utama yang diperbuat daripada kayu keras yang masih kukuh sehingga hari ini. Balai ini dibina dengan menggunakan bahan kayu untuk tiang, atap dan lantai.
4. Menara Alor Setar
Menara Alor Setar yang terletak di Alor Setar ini merupakan salah satu tumpuan para pelancong di Kedah. Menara Alor Setar merupakan salah satu mercu tanda yang terkenal di Alor Setar, yang tersergam di kaki langit bandar setinggi 165.5 meter. Menara perhubungan ini merupakan yang ke-19 tertinggi di dunia, dan bangunan tertinggi di Alor Setar. Pemandangan di seluruh Alor Setar dapat dilihat di atas menara ini.
5. Muzium Padi
Muzium Padi Kedah Darul Aman terletak di Gunung Keriang, 8km dari Bandar Darul Alor Setar. Telah dibuka dengan rasminya oleh KDYMM Tunku Sultan Haji Abdul Halim Mu’adzam Shah, pada 12 Oktober 2004, bersamaan 27 Syaaban 1435. Bangunan berbentuk Gemai Padi ini mempunyai sebuah bangunan induk dan enam buah bangunan sampingan di sekelilingnya. Muzium yang berlatarbelakangkan Gunung Keriang ini kelihatan seperti berada di tengah-tengah hamparan hijau, jika anda berkunjung pada musim menanam dan dalam hamparan keemasan pada musim padi masak. Tujuan utama muzium ini dibina ialah bagi mewujudkan sebuah muzium yang unggul untuk mempamerkan bahan-bahan berkaitan padi yang melibatkan budaya, penyelidikaan dan pembangunan serta perkembangan teknologi padi. Keluasan keseluruahan Muzium Padi ini ialah 2,000 meter persegi dan mempunyai 3 aras.
Menarik bukan? Ini lebih kepada mercu tanda yang berada di negeri ini. Pada entri yang lain, saya akan kongsikan tempat-tempat agro pelancongan yang menarik yang terdapat di negeri ini pula.
Entri ini diterbitkan bersempena dengan trip Road to Agro Tourism siri 4 anjuran Malaysia Tourism Council (MTC) bersama media dan blogger.

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

20 thoughts on “Tempat Menarik Untuk Dilawati di Negeri Kedah

  • Pingback:Nikmati Kesegaran Nira Nipah Dalam Taman di Wilayah MADA - AMIRNAWAWI

  • March 20, 2018 at 1:46 pm
    Permalink

    Menariknya..banyak sejarah negeri kedah especially museum diraja tu..anak akak suka la tu kalau bab museum..tapi siyesly memang menarik la…

    Reply
  • March 20, 2018 at 4:40 pm
    Permalink

    Thanks for the recommendation on the interesting places at Kedah. I will put all the places at my itinerary for our next visit to Kedah with my children.

    Reply
  • March 20, 2018 at 5:09 pm
    Permalink

    Saya jarang ke utara, jarang nak plan bercuti ke sana. MUngkin suatu hari nak cuba ke sana. jemput lah singgah blog saya. yang baru-baru ni. suport2 hehhe

    Reply
  • March 20, 2018 at 5:47 pm
    Permalink

    Betul banyak tempat menarik di negeri Kedah. Tapi ada tempat yang Marsha belum singgah lagi. Nanti masuk wishlist.

    Reply
  • March 20, 2018 at 7:53 pm
    Permalink

    Kedah ni aida lalu aje. On d way ke langkawi. Lom pernah dpt lepak d kedah. Merasa makanan kedah 🙂
    Tq for sharing ye. Memang meningkatkan mood holiday.

    Reply
  • March 20, 2018 at 8:18 pm
    Permalink

    I’ve never been to Kedah before, the Muzium Padi looks really interesting, I’ll love to pay it a visit and learn all about it after all that we always eat daily.

    Reply
  • March 21, 2018 at 12:37 am
    Permalink

    Boleh kata semua tempat ni kita dah pergi masa kita balik kampung belah mak kat Kedah hehehehe paling best naik menara Alor Setar tu lah hehehehe walupun tak tinggi tapi teruja… Cuma galeri dan balai Nobat tu jer tak pergi lagi..

    Reply
  • March 21, 2018 at 2:22 am
    Permalink

    Sihat je Amir. Haha. Belum pernah jalan-jalan kat Kedah. Pergi sana pun melawat kg kawan je. Masa kt Penang sempat pi Sg Petai je. haha. Banyak juga spesis padi ek. Tahu padi huma, padi bukit, padi Siam je. Ajakla iol gi travel sekali. Sonok tengok pi jenjalan.

    Reply
  • March 21, 2018 at 6:44 am
    Permalink

    Muzium padi boleh pergi lagi walaupun kampung parent kt sana 😋😋😋 kedah mempunya tempat menarik juga kan. Wajib dilawati yang ada dalam list ni.

    Reply
  • March 21, 2018 at 7:15 am
    Permalink

    Wahhhhh…ni negeri saya yg tercinta….
    Balai nobat tu kecik2 pernah la pi…tapi dah tak ingat dah apa ada dalam tu…
    Masjid Zahir dekat depan dia tu pun cantik…selalu jadi port photoshoot pengantin

    Reply
  • March 21, 2018 at 10:32 am
    Permalink

    Has not step my leg to Kedah yet. It seems this place is unique place that we’ll known for it history. I want to plan the next cuti cuti Malaysia at Kedah.

    Reply
  • March 21, 2018 at 1:34 pm
    Permalink

    Banyak lagi sebenarnya tenpat2 menarik di negeri kedah dan mungkin u boleh cover nanti. Hehehe . Tempat2 yg u p ni memang best sebab masuk percuma. sesuai lah
    nak g jejalan saja saja menghilangkan bosan kan

    Reply
  • March 21, 2018 at 3:42 pm
    Permalink

    Menarik! Selalu kalau kedah, makanan murah dan sedap. Tak sangka ada tempat menarik macam ni. Nanti bleh plan. Selalu kalau kedah, mesti ke Langkawi je. Haha

    Reply
  • March 22, 2018 at 10:31 pm
    Permalink

    Wooo… Nice attraction that have there and really long time I didn’t cost northern. I miss the laksa buyung there so much

    Reply
  • March 24, 2018 at 12:23 am
    Permalink

    eh….i just realised i have not been to Kedah before..OMG…i should probably explore malaysia first before traveling to other countries..uhuhuhuhuh

    Reply
  • March 31, 2018 at 12:59 am
    Permalink

    Wow so many adventurous and historical places to visit in Kedah, I want to visit the Muzium Padi when i go there. Its great to know more about the source of food in Malaysia.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge